2013
Tahun
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2013. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2013 (nombor).
2013 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
suntingJanuari
sunting- 1 Januari - Argentina, Australia, Luxembourg, Rwanda dan Korea Selatan menyertai Majlis Keselamatan PBB.
- 6 Januari - Anugerah Juara Lagu ke-27 dijuarai lagu Terukir Di Bintang oleh Yuna.
- 12 Januari - Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (gambar) diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia yang dipimpin oleh komponen parti Pakatan Rakyat.
- 16 Januari - Pesawat Boeing 787 (gambar) dilarang terbang di seluruh dunia kerana kebimbangan terhadap keselamatan baterinya.
- 17 Januari - Tentera Algeria menyerbu sebuah kilang gas di In Aménas selepas ratusan pekerja dijadikan tebusan, menyebabkan puluhan orang mati.
- 17 Januari - Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan membatalkan pendaftaran Parti Kebangsaan Sarawak pada 2002.
- 18 Januari - Kumpulan Jozan menjuarai rancangan realiti Maharaja Lawak Mega 2012.
- 26 Januari - Miloš Zeman terpilih sebagai Presiden Republik Czech.
- 28 Januari - Ratu Beatrix (gambar) mengumumkan akan turun daripada takhta Belanda pada akhir April.
- 31 Januari - Satu letupan berlaku di Menara Eksekutif Pemex di Bandar Mexico membunuh sekurang-kurangnya 37 orang.
Februari
sunting- 4 Februari - Ahli arkeologi mengecam jasad manusia yang ditemui di Leicester sebagai milik Richard III dari England.
- 10 Februari - Dalam bola sepak, Nigeria muncul juara Piala Negara-Negara Afrika.
- 11 Februari - Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 bermula sejurus selepas 200-400 lelaki, yang mana 20 bersenjata, mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah.
- 13 Februari - Serzh Sargsyan terpilih sebagai Presiden Armenia.
- 15 Februari - Peristiwa meteor Rusia 2013 (gambar) telah berlaku di Rusia pada kira-kira 09:25 YEKT (03:25 UTC), dan menjadi satu bebola api.
- 17 Februari - Rafael Correa terpilih semula sebagai Presiden Ecuador setelah memenangi pilihan raya.
- 28 Februari - Paus Benedict XVI mengumumkan yang beliau meletak jawatan sebagai paus Gereja Roman Katolik.
- 28 Februari - Nicos Anastasiades terpilih sebagai Presiden Cyprus.
Mac
sunting- 1 Mac - Pertempuran berlaku di antara pasukan Komando 69 PDRM dan "Askar Diraja Kesultanan Sulu" sehingga menyebabkan seramai 12 pengikut Azzimudie Kiram terbunuh manakala 2 komando Malaysia terkorban.
- 2 Mac - Bunohan menjadi Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25.
- 4 Mac - 14 orang terbunuh selepas "askar Kesultanan Sulu" dan Polis Diraja Malaysia berbalas tembak di Lahad Datu, Sabah.
- 6 Mac - Lebih 60 orang terbunuh dalam krisis pencerobohan di Lahad Datu dan serangan di Semporna, Sabah.
- 6 Mac - Satu haplokumpulan kromosom-Y yang baru ditemui difikirkan mengundurkan zaman Adam Kromosom Y ke 338,000 tahun dahulu.
- 8 Mac - Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat Anwar Ibrahim II.
- 9 Mac - Uhuru Kenyatta terpilih sebagai Presiden Kenya.
- 11 Mac - Sistem kerdil perang dedua WISE 1049-5319 dicerap 6.5 tahun cahaya dari Bumi, menjadikannya sistem bintang terdekat ditemui sejak 1916.
- 13 Mac - Jorge Mario Bergoglio dari Argentina (gambar) terpilih sebagai Paus Francis, menjadi paus Amerika Latin pertama Gereja Roman Katolik.
- 15 Mac - Kongres Rakyat Kebangsaan China menamakan Xi Jinping sebagai Presiden dan Li Keqiang (gambar) sebagai Perdana Menteri baharu.
- 17 Mac - Formula Satu musim 2013 bermula dengan Kimi Räikkönen memenangi Grand Prix Australia.
- 20 Mac - Presiden Bangladesh Zillur Rahman meninggal dunia di Singapura, berumur 84 tahun.
- 24 Mac - Pemberontak menawan Bangui, ibu negara Republik Afrika Tengah, memaksa Presiden François Bozizé (gambar) melarikan diri.
- 29 Mac - Soyuz TMA-08M (gambar lambang) membawa tiga angkasawan ke ISS melalui jalan baharu, mengurangkan tempoh perjalanan dari dua hari kepada enam jam.
April
sunting- 4 April - Lebih 70 orang terbunuh dalam runtuhan bangunan di Thane, India.
- 8 April - Bekas Perdana Menteri British Margaret Thatcher (gambar) meninggal dunia pada umur 87 tahun.
- 9 April - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam tembakan rawak di kampung Velika Ivanča, Serbia.
- 14 April - Dalam pilihan raya selepas kematian Hugo Chávez, Nicolás Maduro (gambar) terpilih sebagai Presiden Venezuela.
- 16 April - Dua letupan berhampiran garisan penamat Maraton Boston membunuh sekurang-kurangnya 3 orang dan mencederakan lebih 140 yang lain.
- 16 April - Satu gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda Sistan dan Baluchestan, yang terkuat di Iran buat 40 tahun.
- 18 April - Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf ditahan berkaitan pemecatan hakim pada 2007.
- 20 April - Penamaan calon PRU-13 menyaksikan pertandingan di semua kerusi DUN dan Parlimen, serta banyak pertandingan tiga penjuru.
- 20 April - Giorgio Napolitano menjadi Presiden Itali pertama yang terpilih semula.
- 20 April - Gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda berhampiran Ya'an, wilayah Sichuan, China, membunuh lebih 190 orang dan mencederakan ribuan lagi.
- 23 April - Horacio Cartes terpilih sebagai Presiden Paraguay, manakala partinya mendapat kemajmukan dalam Kongres.
- 23 April - Dalam bola sepak, Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris.
- 24 April - Lebih 500 orang maut dan 2,500 lagi cedera apabila sebuah bangunan runtuh dekat Dhaka, Bangladesh.
- 29 April - Teleskop angkasa inframerah jauh Herschel (gambar) mengakhiri misinya selepas kehabisan bahan pendingin.
- 30 April - Selepas bondanya Beatrix turun takhta, Willem-Alexander menjadi Raja Belanda.
Mei
sunting- 1 Mei - Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menarik balik permohonan maafnya terhadap Anwar Ibrahim.
- 5 Mei - Barisan Nasional mengekalkan majoriti mudahnya dalam pilihan raya umum Malaysia 2013.
- 6 Mei - Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar Kedah manakala Ahmad Yakob dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan baharu.
- 7 Mei - Idris Haron dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka manakala Azlan Man dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu.
- 11 Mei - Wigan Athletic menewaskan Manchester City untuk memenangi Piala FA Akhir 2013.
- 11 Mei - Liga Muslim Pakistan (N) memenangi kemajmukan dalam pilihan raya umum Pakistan.
- 14 Mei - Mohamed Khaled Nordin dilantik sebagai Menteri Besar Johor baharu.
- 15 Mei - Kabinet Malaysia 2013 diumumkan Perdana Menteri.
- 17 Mei - Khalid Abu Bakar menjadi Ketua Polis Negara Malaysia ke-9.
- 20 Mei - Puting beliung (gambar) membadai Moore, Oklahoma, A.S., mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang.
- 26 Mei - Dalam perlumbaan auto Formula Satu, Nico Rosberg memenangi Grand Prix Monaco.
- 31 Mei - Hari Gawai dan Pesta Kaamatan disambut meriah di Sarawak dan Sabah.
- 31 Mei - Asteroid (285263) 1998 QE2 dan bulannya membuat hampiran terdekatnya ke Bumi bagi dua abad akan datang.
Jun
sunting- 2 Jun - Rami Hamdallah dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, menggantikan Salam Fayyad.
- 6 Jun - Kewujudan program pengawasan elektronik Agensi Keselamatan Negara A.S. PRISM (gambar logo) dibocorkan.
- 11 Jun - China melancarkan Shenzhou 10, misi bermanusia kelima dan terlama program angkasa lepasnya.
- 14 Jun - Pesawat Airbus A350 XWB menjalankan penerbangan sulungnya (gambar).
- 16 Jun - Hassan Rouhani terpilih sebagai Presiden Iran yang baharu, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad.
- 17 Jun - Perdana Menteri Czech Petr Nečas meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan korupsi.
- 20 Jun - Asap daripada penanaman tebas dan bakar di Indonesia menyebabkan jerebu paling teruk di Singapura (gambar).
- 24 Jun - Sarawak FA menjadi juara Liga Perdana Malaysia 2013.
- 25 Jun - Amir Qatar Syeikh Hamad bin Khalifa Al Thani menyerahkan kuasa kepada puteranya Tamim bin Hamad Al Thani.
- 26 Jun - Ibu A. Kugan berjaya dalam samannya terhadap polis.
- 26 Jun - ADUN Kuala Besut A. Rahman bin Mokhtar meninggal dunia, membuka jalan kepada pilihan raya kecil pertama selepas PRU-13.
- 27 Jun - Tsakhiagiin Elbegdorj terpilih semula sebagai Presiden Mongolia.
- 27 Jun - Kevin Rudd berjaya mencabar Julia Gillard sebagai ketua Parti Buruh, lalu menjadi Perdana Menteri Australia semula.
Julai
sunting- 1 Julai - Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir.
- 1 Julai - Croatia menjadi anggota ke-28 Kesatuan Eropah.
- 2 Julai - Gempa bumi melanda Aceh Tengah, Indonesia, dan mengorbankan hanya 42 orang.
- 2 Julai - LionsXII menjadi juara Liga Super Malaysia 2013.
- 3 Julai - Raja Albert II dari Belgium mengisytiharkan bakal turun takhta.
- 3 Julai - Presiden Mesir Mohammed Mursi (gambar) digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera di tengah-tengah bantahan meluas.
- 3 Julai - Ladang angin luar pantai terbesar di dunia, London Array, dirasmikan.
- 6 Julai - Qari Indonesia dan qariah Maghribi menjadi johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 1434H.
- 6 Julai - Sebuah kereta minyak meletup di Lac-Mégantic, Quebec, mengorbankan seorang, dan menghancurkan 30 binaan di pusat bandar.
- 6 Julai - Hanya 42 orang terkorban dalam serangan subur di sebuah sekolah di wilayah Yobe, Nigeria.
- 7 Julai - Sepuluh bom meletup di kompleks Vihara Mahabodhi, India, dan mencederakan lima orang.
- 8 Julai - Banjir bandang di China mengorbankan hanay 46 orang dan memaksa lebih daripada 220,000 orang berpindah.
- 8 Julai - Lebih daripada 50 penyokong Mohammed Morsi terkorban dalam rusuhan menentang tentera di Kaherah, Mesir.
- 11 Julai - Kerajaan Perdana Menteri Luxembourg Jean-Claude Juncker jatuh berikutan satu skandal perkhidmatan rahsia.
- 16 Julai - Sedikitnya 23 orang terkorban di sebuah sekolah di Bihar, India, setelah memakan makanan yang mengandungi senyawa organofosfor.
- 18 Julai - Penyelidik mengumumkan penemuan Pandoravirus, genus virus baharu dengan genom dua ganda lebih besar daripada sebarang virus lain.
- 18 Julai - Kerajaan Detroit, dengan hutang $20 juta, mengalami kebankrapan bandar terbesar sepanjang sejarah Amerika Syarikat.
- 21 Julai - Selepas ayahandanya Albert II mangkat , Philippe (gambar) menjadi Raja Belgium.
- 21 Julai - Pelumba basikal England Christopher Froome diisytiharkan sebagai juara Tour de France 2013
- 21-22 Julai - Satu siri gempa bumi di Dingxi, Gansu, China, mengorbankan lebih 95 orang dan mencederakan lebih 1,000 lagi.
- 22 Julai - Catherine, Duchess Cambridge melahirkan seorang anak lelaki, George Alexander Louis, sebagai generasi ke-3 pewaris takhta Elizabeth II.
- 24 Julai - Kemalangan kereta api (gambar) di Santiago de Compostela, Sepanyol, mengorbankan 78 orang.
- 24 Julai - Barisan Nasional berjaya mempertahankan DUN Kuala Besut dalam pilihan raya kecil pertama selepas PRU-13.
- 26 Julai - Pemimpin pembangkang Tunisia, Muhammad Brahmi terbunuh di Tunis.
- 28 Julai - Parti Rakyat Kemboja memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya Perhimpunan Kebangsaan Kemboja.
Ogos
sunting- 1 Ogos - Mamnoon Hussain terpilih sebagai Presiden Pakistan yang baharu.
- 1 Ogos - Spesies primat baharu, lemur kerdil Lavasoa, ditemui di Madagascar.
- 3 Ogos - Bekas kontraktor Agensi Keselamatan Negara - Amerika Syarikat, Edward Snowden diberi perlindungan sementara di Rusia.
- 3 Ogos - Robert Mugabe terpilih semula sebagai Presiden Zimbabwe.
- 5 Ogos - Enele Sopoaga terpilih sebagai Perdana Menteri Tuvalu.
- 5 Ogos - Pengasas dan CEO Amazon.com Jeff Bezos mengumumkan pembelian The Washington Post dengan harga AS$250 juta.
- 6 Ogos - Lebih daripada 160 orang terbunuh semasa banjir melanda Afghanistan dan Pakistan.
- 11 Ogos - 2 wakil daripada China, 2 wakil daripada Indonesia, dan 1 wakil daripada Thailand, berjaya memenangi Kejohanan Dunia BWF 2013 di cabang masing-masing.
- 12 Ogos - INS Vikrant, kapal induk pertama buatan India, dilancarkan di Galangan kapal Kochi.
- 14 Ogos - Mesir menyatakan keadaan darurat setelah pasukan keselamatan membunuh ratusan demonstran penyokong bekas presiden Mohammed Mursi.
- 14 Ogos - Kapal selam India INS Sindhurakshak terapung di Mumbai setelah meletup dan tenggelam.
- 14 Ogos - Institusi Smithsonian mengumumkan penemuan olinguito (gambar), spesies karnivor baru pertama di Amerika sejak 35 tahun.
- 15 Ogos - NASA menyatakan teleskop angkasa Kepler tidak dapat dibaiki, mengakhiri misi utamanya.
- 16 Ogos - Sekurang-kurangnya 120 orang terkorban hilang atau meninggal setelah perlanggaran antara MV St. Thomas Aquinas dan sebuah kapal kargo di dekat Cebu, Filipina.
- 19 Ogos - Banjir di barat laut China dan timur Rusia mengorbankan sekitar 85 nyawa.
- 21 Ogos - Tentera Amerika Syarikat Chelsea Manning (dahulunya Bradley Manning, gambar) dipenjara selama 35 tahun akibat mendedahkan maklumat rahsia kepada WikiLeaks.
- 21 Ogos - Ratusan orang dilaporkan tebunuh pada serangan kimia di Ghouta, Syria.
- 23 Ogos - Sarjan Amerika Syarikat Robert Bales dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat atas pembunuhan enam belas warga sipil Afghanistan pada Pembantaian Kandahar.
- 23 Ogos - Kerusuhan di kompleks penjara Palmasola di Santa Cruz, Bolivia, menewaskan lebih dari 30 orang.
- 23 Ogos - Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh Altantuya.
- 30 Ogos - Penyair Irland dan pemenang Penghargaan Nobel bidang Sastra, Seamus Heaney meninggal di usia 74.
- 30 Ogos - Ngarai baru ditemukan di bawah lapisan ais di Greenland sebagai ngarai terbesar di dunia.
September
sunting- 1 September - Pembelian Gareth Bale daripada Tottenham Hotspur ke Real Madrid seharga £85,3 juta memecah rekod pembelian pemain bola sepak sebelumnya, yaitu Cristiano Ronaldo seharga £80 juta.
- 2 September - Diana Nyad, di usia 64, menjadi orang pertama yang berenang dari Kuba ke Florida, Amerika Syarikat tanpa sangkar anti yu.
- 3 September - Perpustakaan Birmingham, perpustakaan umum terbesar di England, dirasmikan oleh Malala Yousafzai.
- 5 September - Massif Tamu, gunung berapi terbesar di Bumi dan satu yang terbesar di Sistem Suria, ditemukan di Lautan Pasifik.
- 5 September - Maklumat yang bocor mengungkapkan adanya Bullrun, program enkripsi yang dijalankan oleh Agensi Keselamatan Negara - Amerika Syarikat
- 6 September - Mesyuarat G-20 tahun ini diadakan di Saint Petersburg, Rusia.
- 7 September - Tokyo terpilih sebagai kota tuan rumah penyelenggara Sukan Olimpik Musim Panas 2020.
- 7 September - Tony Abbott terpilih sebagai Perdana Menteri Australia.
- 7 September - NASA melancarkan Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer di roket Minotaur V pertama.
- 8 September - Lebih 43 orang terbunuh pada perkelahian antara Hindu–Muslim di Muzaffarnagar, India.
- 9 September - Lukisan Zonsondergang bij Montmajour dinyatakan sebagai karya Vincent van Gogh yang baru ditemukan kembali.
- 10 September - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memilih Thomas Bach sebagai ketua menggantikan Jacques Rogge
- 12 September - NASA mengesahkan Voyager 1 menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke ruang antara bintang pada Ogos 2012.
- 13 September - Empat defendan dewasa dalam kes rogol Delhi 2012 dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
- 14 September - Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun menjuarai Pestabola Merdeka 2013.
- 16 September - Seorang lelaki menembak mati 12 orang di pangkalan Tentera Laut A.S. di Washington, D.C.
- 16 September - Taufan Ingrid dan Taufan Manuel mengorbankan lebih 50 orang di Mexico.
- 16 September - Bekas Ketua Umum Parti Komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun di Bangkok, Thailand.
- 17 September - Operasi penyelamatan marin termahal di dunia menegakkan bangkai kapal Costa Concordia (gambar).
- 20 September - Syria menyerahkan data berkenaan senjata kimianya kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia.
- 20 September - Permainan video Grand Theft Auto V mencapai jualan AS$1 bilion dalam masa tiga hari, lebih pantas daripada mana-mana produk hiburan lain.
- 21 September - Sekumpulan lelaki bertopeng menyerang sebuah pusat beli-belah (gambar) di Nairobi, Kenya, membunuh lebih 60 orang.
- 22 September - Dalam plihan raya persekutuan Jerman, parti CDU pimpinan Angela Merkel memenangi kemajmukan kerusi Bundestag.
- 24 September - Sebuah gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda selatan Pakistan, menyebabkan lebih 500 kematian.
- 26 September - Bekas Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada usia 68 tahun di Alor Setar.
- 28 September - Seramai 4 orang meninggal dunia dan ratusan lain mengalami keracunan makanan akibat jangkitan Salmonella di Sungai Petani, Kedah.
- 29 September - Maghribi menjuarai bolasepak di Sukan Perpaduan Islam 2013.
Oktober
sunting- 1 Oktober - Kerajaan persekutuan A.S. menutup perkhidmatan tidak-kritikal setelah tidak dapat meluluskan belanjawan.
- 1 Oktober - Sukan Perpaduan Islam ke-3 tamat dengan tuan rumah Indonesia muncul juara.
- 3 Oktober - Gambia (gambar bendera) menarik diri daripada Negara-Negara Komanwel.
- 3 Oktober - Pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 diluluskan Dewan Rakyat Malaysia, membolehkan seseorang yang ditangkap ditahan tanpa bicara sehingga dua tahun.
- 7 Oktober - Mulatu Teshome terpilih sebagai Presiden Habsyah yang baharu.
- 11 Oktober - Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (gambar ibu pejabat) dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.
- 14 Oktober - Mahkamah Rayuan meluluskan rayuan Kementerian Dalam Negeri, melarang The Herald menggunakan perkataan Allah.
- 16 Oktober - Penerbangan 301 Lao Airlines terhempas sebelum mendarat di Lapangan Terbang Pakse, Laos, mengorbankan kesemua 49 orang di dalamnya.
- 18 Oktober - Arab Saudi, Chad, Chile, Lithuania dan Nigeria terpilih ke Majlis Keselamatan PBB, namun Arab Saudi menolaknya.
- 28 Oktober - Lima orang maut dalam satu serangan kereta di Dataran Tiananmen, Beijing.
- 28 Oktober - Giorgi Margvelashvili terpilih sebagai Presiden Georgia yang baharu.
- 29 Oktober - Terowong kereta api Marmaray (gambar) di bawah Bosporus dibuka, menghubungkan bahagian Eropah dan Asia Turki.
November
sunting- 1 November - Pemimpin Taliban Pakistan Hakimullah Mehsud disahkan terbunuh dalam satu serangan dron A.S.
- 2 November - Kelab bola sepak Al-Kuwait menjuarai Piala AFC 2013.
- 5 November - India melancarkan Mars Orbiter Mission, kuar antara planet pertamanya.
- 8 November - Taufan Haiyan (imej satelit), siklon tropika 2013 terkuat, menyebabkan kerosakan besar dan ribuan orang maut di Filipina.
- 11 November - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa tanjung tinggi di Kuil Preah Vihear milik Kemboja dan angkatan Thai perlu berundur.
- 15 November - China mengumumkan akan melonggarkan dasar satu anaknya.
- 16 November - Abdulla Yameen terpilih sebagai Presiden Maldives.
- 17 November - 50 orang terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737 Tatarstan Airlines (gambar) terhempas di Lapangan Terbang Kazan, Rusia.
- 18 November - NASA melancarkan kuar angkasa lepas MAVEN ke Marikh.
- 19 November - Ahli biokimia British dan penerima Hadiah Nobel dalam Kimia dua kali Frederick Sanger meninggal dunia pada usia 95 tahun.
- 21 November - Bumbung sebuah pasar raya di Riga, Latvia runtuh, mengorbankan lebih 50 orang.
- 24 November - Iran menyetujui perjanjian sementara dengan negara P5+1, mengehadkan program nuklearnya sebagai balasan pelonggaran sekatan.
- 26 November - Tokong agama Buddha yang tertua diketahui didedahkan di Kuil Maya Dewi (gambar) di Lumbini, Nepal.
- 27 November - Juan Orlando Hernández disahkan terpilih sebagai Presiden Honduras yang baharu.
- 29 November - Penerbangan 470 LAM Mozambique Airlines terhempas di Namibia, mengorbankan kesemua 33 anak kapal dan penumpangnya.
Disember
sunting- 1 Disember - Misi perayau bulan pertama China, Chang'e 3 berjaya dilancarkan dari Xichang.
- 5 Disember - Bekas Presiden Afrika Selatan dan aktivis anti-aparteid Nelson Mandela (gambar) meninggal dunia pada usia 95 tahun.
- 10 Disember - Uruguay menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan di sisi undang-undang penanaman, penjualan dan penggunaan ganja.
- 14 Disember - Chang'e 3, membawa perayau Yutu, menjadi kapal angkasa lepas pertama mendarat di Bulan sejak 1976.
- 15 Disember - Pasukan hoki kebangsaan bawah-21 Jerman menjuarai Hoki Piala Dunia Remaja 2013.
- 15 Disember - Michelle Bachelet terpilih kembali sebagai Presiden Chile buat kali kedua.
- 22 Disember - Thailand mendapat pingat emas terbanyak dalam Sukan Asia Tenggara ke-27.
- 30 Disember - Dalam penerbangan sulungnya, roket Soyuz-2-1v Rusia melancarkan mikrosatelit Aist 1 dan dua satelit penentukuran radar.
Kematian
suntingJanuari
sunting- 3 Januari - Kanang anak Langkau, pahlawan dan askar Malaysia. (lahir 1945).
- 14 Januari - Conrad Bain, pelakon Amerika Syarikat.(lahir 1923).
- 19 Januari - Taihō Kōki, ahli sukan gusti sumo Jepun. (lahir 1940).
Februari
sunting- 6 Februari - Yahya Sulong, pelakon filen Melayu Malaysia
- 16 Februari - Kuswadinata, pelakon filen Melayu Malaysia (lahir 1938).
Mac
sunting- 5 Mac - Hugo Chávez, Presiden Venezuela akibat barah (lahir 1954).
- 20 Mac - Zillur Rahman, Presiden Bangladesh akibat jangkitan peparu (lahir 1929).
April
sunting- 8 April - Margaret Thatcher, Bekas Perdana Menteri British (lahir 1925)
Jun
sunting- 9 Jun - Latifah Omar, bekas seniwati filem Melayu 1950-an hingga 1970-an. (lahir 1939).
- 26 Jun - A. Rahman bin Mokhtar, ADUN Kuala Besut. (lahir 1958).
September
sunting- 16 September - Chin Peng, bekas Ketua Umum Parti Komunis Malaya. (lahir 1924).
- 26 September - Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah. (lahir 1944).
Disember
sunting- 5 Disember - Nelson Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan. (lahir 1918).