Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Biogeografi merupakan kajian taburan spesies dan ekosistem sesuatu kawasan geografi melalui pengiraan zaman geologi. Populasi organisma dan komuniti biologi berbeza mengikut gradien geografi iaitu latitud, ketinggian, pengasingan dan berbeza dengan cara yang sangat biasa di sepanjang cerun geografi latitude, ketinggian, pengasingan dan habitat.

Peta dari buku Alfred Russel Wallace, Penyerakan Geografi Haiwan

Pengetahuan tentang perubahan ruang dalam bilangan dan jenis organisma penting kerana membolehkan manusia awal menyesuaikan diri persekitaran persekitaran geografi berbeza yang diramalkan. Kajian biogeografi merupakan integerasi konsep dan pengetahuan evolusi, geologi dan geografi fizikal.

Penyelidikan biogeografi moden menggabungkan maklumat dan idea dari pelbagai bidang termasuklah fisiologi dan ekologi terhadap penyerakan organisma mengikut fenomena geologi dan iklim pada skala global dan jangka masa evolusi.

Pengenalan

sunting

Corak taburan spesies sesebuah kawasan geografi boleh dikaji melalui gabungan faktor-faktor seperti; spesiasi, kepupusan, hayutan benua, kewujudan glasier dan variasi habitat di bawah arus laut atau kawasan sungai dengan halangan geografi.

Sepanjang tempoh perubahan ekologi, biogeografi termasuk kajian spesis tumbuhan dan hawian melalui perbandingan antara habitat terdahulu dengan sekarang (dikenali sebagai habitat refugium) dan habitat interim[1] Penulis David Quammen mentakrifkannya, "...biogeografi lebih daripada persoalan Spesies manakah? dan Kawasan manakah? tetapi yang lebih penting Mengapakah"[2]


Rujukan

sunting
  1. ^ Martiny JBH et al. Microbial biogeography: putting microorganisms on the map Diarkibkan 2010-06-21 di Wayback Machine Nature: FEBRUARY 2006 | VOLUME 4
  2. ^ Quammen, David (1996). Song of the Dodo: Island Biogeography in an Age of Extinctions. New York: Scribner. m/s. 17. ISBN 978-0-684-82712-4.