Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Boidae ialah sekeluarga ular tak berbisa yang ditemui di benua-benua Amerika, Afrika, Eropah, Asia dan sesetengah Kepulauan Pasifik. Ular-ular yang agak primitif ini menjangkau kepanjangan sederhana hingga panjang ketika dewasa, dengan yang betina lazimnya lebih panjang daripada yang jantan. Kini dikenalpastnya dua subkeluarga yang terdiri daripada lapan genus dan 43 spesies.[2]

Boidae
Boa constrictor
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Infraorder:
Keluarga:
Boidae

Gray, 1825
Sinonim
  • Boidae - Gray, 1825[1]
Nama am: boa, boid.[2]

Keterangan

sunting

Seperti ular sawa, boa mempunyai tulang supratemporal yang panjang. Tulang-tulang kuadratnya juga panjang tetapi tidak sepanjang tulang supratemporal, tetapi kedua-duanya mampu bergerak dengan bebas supaya ketika ia berayun ke sisi sejauh-jauhnya, jarak di antara engsel-engsel rahang bawahnya jauh diluaskan.[3]

Kedua-dua keluarga berkongsi beberapa ciri primitif. Hampir kesemuanya mempunyai rahang bawah yang agak tegat dengan unsur koronoid serta vestij girdel pelvis dengan tungkai belakang yang halus sebagai sepasang taji, satu di setiap sebelah lohong. Taji dubur ular jantan ini lebih besar dan lebih ketara daripada yang betina punya. Terdapat sebaris panjang gigi lelangit dan kebanyakan spesies mempunyai paru-paru kiri berfungsi yang boleh mencapai 75% saiz paru-paru kanan.[3][4]

Bagaimanapun, ular-ular boid berbeza dengan ular sawa kerana tidak satu pun yang ada tulang pascafrontal atau gigi pramaksilari, apalagi ular boa melahirkan anak hidup-hidup. Sesetengah ular boa mempunyai lekuk bibir di celah sisik dan bukannya di atas sisik. Selain itu, taburan boa hampir berbeza sama sekali dengan taburan ular sawa, yang mana hanya ular boa jarang sekali ditemui hidup bersama ular sawa dalam satu tempat liar.[3]

 
Fosil Boavus idelmani, satu spesies boa yang pupus

Pemakanan

sunting

Mangsa dibunuh dengan menjerut; selepas mangsa dicengkam untuk ditahan, ular cepat-cepat melingkari mangsa. Kemudian, dengan menggunakan dan mengekalkan tekanan yang cukup untuk menghalangnya daripada menyedut udara, mangsa itu akhirnya tewas akibat lemas.

Spesimen-spesimen yang lebih besar lazimnya memakan haiwan yang lebih kurang sebesar kucing belaan, tetapi memang ada makanan yang lebih besar: makanan anakonda am, Eunectes murinus diketahui termasuk tapir remaja. Mangsa ditelan seekor-seekor dan mungkin mengambil masa beberapa hari ataupun berminggu-minggu untuk dicerna sepenuhnya. Biarpun saiz dan kebesarannya menggerunkan, namun boa lazimnya tidak membahayakan manusia.

Subkeluarga

sunting
Subkeluarga[2] Pengarang takson[2] Genus[2] Spesies[2] Nama am Taburan geografi[1]
Boinae Gray, 1825 5 28 Boa sejati Amerika Tengah dan Selatan, Afrika, Madagascar, Pulau Reunion, Mauritius, Kepulauan Maluku dan New Guinea.
Erycinae Bonaparte, 1831 3 15 Boa pasir Dunia Lama Selatan dan tenggara Eropah, Asia Kecil, utara, tengah, barat dan timur Afrika, Tanah Arab, tengah dan barat daya Asia, India, Sri Lanka. Juga di barat daya Kanada, barat Amerika Syarikat dan timur laut Mexico.

Genus jenis = Boa - Gray, 1825[1]


Rujukan

sunting
  1. ^ a b c McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
  2. ^ a b c d e f "Boidae". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 14 July 2008.
  3. ^ a b c Parker HW, Grandison AGC. 1977. Snakes -- a natural history. Second Edition. British Museum (Natural History) and Cornell University Press. 108 pp. 16 plates. LCCCN 76-54625. ISBN 0-8014-1095-9 (cloth), ISBN 0-8014-9164-9 (paper).
  4. ^ Boidae Diarkibkan 2008-05-18 di Wayback Machine at VMNH. Dicapai pada 15 Julai 2008.

Pautan luar

sunting

Templat:EB9 Poster