Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Empayar Maurya

(Dilencongkan daripada Dinasti Maurya)

Empayar Maurya ialah sebuah empayar yang luas dan berkuasa di India kuno yang diperintah oleh Dinasti Maurya dari 321 SM hingga 185 SM. Empayar ini yang berasal dari kerajaan Magadha di dataran Indo-Ganges (Bihar moden, Uttar Pradesh timur dan Bengal) di sebelah timur subbenua India, berpusat di ibu kota Pataliputra (Patna moden).[1][2]

Empayar Maurya
322 SM–185 SM
Dinasti Maurya pada takat terbesar di bawah Asoka Agung
Dinasti Maurya pada takat terbesar di bawah Asoka Agung
Ibu negaraPataliputra
Bahasa yang umum digunakanIndik Lama (Sanskrit, Prakrit)
Agama
Agama Hindu
Agama Buddha
Jainisme
KerajaanPemerintahan beraja mutlak, sebagaimana diperihalkan dalam karya Arthashastra
Samraat (Maharaja) 
• 320–298 SM
Chandragupta Maurya
• 187–180 SM
Brhadrata
Era SejarahZaman purba
• Didirikan
322 SM
• Dibubarkan
185 SM
Mata wangPana
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Nanda
Mahajanapada
Empayar Seleucid
Empayaar Sunga
Orang Indo-Scyth
Sejarah Asia Selatan
Sejarah India
Zaman Batu sebelum 3300 SM
- Budaya Mehrgarh 7000–3300 SM
Tamadun Lembah Indus 3300–1700 SM
- Budaya Harappa Akhir 1700–1300 SM
Pemerintahan Syarikat di India 1757–1858 Masihi
India British 1858–1947 Masihi
Pemecahan India 1947 Masihi
Sejarah Sri Lanka
Sejarah negara
AfghanistanBangladeshBhutanIndia
MaldivesNepalPakistan
Sejarah khusus
Duit syilingDinastiEkonomi
IndologiBahasaKesusasteraanKelautan
TenteraSains dan TeknologiGaris masa

Empayar Maurya diasaskan pada tahun 322 SM oleh Chandragupta Maurya, selepas menggulingkan Dinasti Nanda. Dengan cepatnya, ia memperluas kuasanya ke arah barat ke seluruh India tengah dan India barat sewaktu berlakunya gangguan kuasa tempatan, ekoran daripada pengunduran tentera Yunani dan tentera Parsi di bawah Alexander Agung ke arah Barat. Menjelang 320 SM, empayar itu telah menduduki seluruh India Barat Laut selepas menewaskan satrap-satrap yang ditinggalkan oleh Alexander.

Empayar Maurya ialah salah satu empayar yang terbesar di dunia sewaktu itu. Pada takatnya yang terbesar, empayar itu terbentang ke utara pada sepanjang batas semula jadi Banjaran Himalaya di utara, dan ke apa yang kini merupakan Assam di timur. Di barat, ia mungkin terbentang melampaui Pakistan moden, dengan pengilhakan Balochistan serta kebanyakan kawasan di apa yang kini merupakan Afghanistan, termasuk Provinsi Herat moden dan Provinsi Kandahar. Empayar ini diperluas ke wilayah India tengah dan India selatan oleh Maharaja Chandragupta dan Maharaja Bindusara, tetapi tidak termasuk sebahagian wilayah puak dan wilayah berhutan yang tidak dijelajahi berhampiran Kalinga (Orissa moden). Kejatuhan Empayar Maurya bermula 60 tahun selepas keakhiran pemerintahan Asoka lalu dibubarkan pada 185 SM, ekoran daripada pengasasan Dinasti Sunga di Magadha.

Di bawah pemerintahan Chandragupta, Empayar Maurya menakluki wilayah trans-Indus yang dikuasai oleh Empayar Macedonia. Chandragupta kemudian menewaskan serangan yang diketuai oleh Seleucus I, seorang jeneral Yunani daripada tentera Alexander. Di bawah pemerintahan Chandragupta dan pewaris-pewarisnya, perdagangan, baik dalaman mahupun luaran, serta pertanian dan aktiviti ekonomi berkembang maju dan diperluaskan ke seluruh India, hasil daripada penciptaan sebuah sistem kewangan, pentadbiran, dan keselamatan yang tunggal dan cekap. Selepas Perang Kalinga, Empayar Maurya kemudian menikmati setengah abad keamanan dan keselamatan di bawah Asoka. India Maurya juga menikmati zaman keharmonian sosial, perubahan agama, dan perluasan bidang-bidang ilmu sains dan pengetahuan. Pemelukan agama Jainisme oleh Chandragupta Maurya meningkatkan pembaharuan sosial dan agama serta reformasi dalam masyarakat, sementara pemelukan agama Buddha oleh Asoka telah dikatakan merupakan asas pemerintahan keamanan sosial dan politik serta ketakganasan di seluruh India. Asoka juga menjadi penaung terhadap penyebaran idaman agama Buddha ke Sri Lanka, Asia Tenggara, Asia Barat, dan Eropah Mediterranean.

Chanakya, menteri Chandragupta, menulis Arthashastra, salah satu karya yang terbesar tentang ekonomi, politik, hubungan luar negeri, pentadbiran, seni ketenteraan, perang, dan agama yang pernah dihasilkan di India. Bersama-sama dengan Edik Asoka, ia merupakan sumber utama rekod bertulis daripada zaman Maurya. Daripada segi arkeologi, zaman pemerintahan Maurya di Asia Selatan tergolong dalam zaman Barang-barang Hitam Berkilat Utara (NBPW). Ibu Kota Singa Asoka di Sarnath ialah lambang kebangsaan di India.

Lihat juga

sunting
  1. ^ Kulke, Hermann; Rothermund, Dietmar (2004), A History of India, 4th edition. Routledge, Pp. xii, 448, ISBN 0415329205.
  2. ^ Thapar, Romila (1990), A History of India, Volume 1, New Delhi and London: Penguin Books. Pp. 384, ISBN 0140138358.

Rujukan

sunting
Kerajaan tengah di India
Garis masa: India Utara India Selatan Lembah Indus

 Abad ke-6 SM
 Abad ke-5 SM
 Abad ke-4 SM

 Abad ke-3 SM
 Abad ke-2 SM

 Abad ke-1 SM
 Abad ke-1


 Abad ke-2
 Abad ke-3
 Abad ke-4
 Abad ke-5
 Abad ke-6
 Abad ke-7
 Abad ke-8
 Abad ke-9
Abad ke-10
Abad ke-11















(Pemerintahan Parsi)
(Penaklukan Yunani)






(Penaklukan Islam)

(Empayar Islam)