Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Ekosistem laut adalah antara yang terbesar daripada ekosistem air Bumi. Ini termasuk lautan, rawang garam dan ekologi antara pasang surut, muara dan lagun, bakau dan terumbu karang, laut dalam dan dasar laut. Ini boleh bertentangan dengan ekosistem air tawar, yang mempunyai kandungan garam rendah. Air laut melitupi dua pertiga permukaan Bumi. Tempat sedemikian dianggap sebagai ekosistem kerana hidupan tumbuhan menyokong hidupan haiwan dan begitu juga sebaliknya. Lihat rantai makanan.

Terumbu karang daripada ekosistem laut kompleks dengan biokepelbagaian hebat.
Di sini, ada tiga jenis tapak sulaiman, terumbu karang dan ikan di Terumbu Sawar Besar.

Ekosistem laut adalah sangat penting untuk kesihatan keseluruhan kedua-dua persekitaran laut dan darat. Menurut Pusat Sumber Dunia, habitat pesisiran sendiri merupakan kira-kira 1/3 daripada kesemua daya pengeluaran biologi laut, dan ekosistem muara (contohnya, rawang garam, rumpai laut, hutan bakau) adalah antara kawasan paling berdaya pengeluaran di planet ini. Sebagai tambahan, ekosistem laut lain seperti terumbu karang, menyediakan makanan dan tempat perlindungan kepada paras kepelbagaian laut tertinggi di dunia.[1]

Ekosistem laut biasanya mempunyai biokepelbagaian besar dan lalu dikatakan mempunyai daya tahan baik melawan spesies invasif. Walau bagaimanapun, pengecualian telah diperhatikan, dan mekanisme yang bertanggungjawab dalam penentuan kejayaan invasi masih belum jelas.[2]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Marine Ecosystems | Biological Indicators of Watershed Health | US EPA
  2. ^ Stachowicz, Fried, Osman, Whitlatch ESA Online Journals - BIODIVERSITY, INVASION RESISTANCE, AND MARINE ECOSYSTEM FUNCTION: RECONCILING PATTERN AND PROCESS. http://www.esajournals.org/doi/abs/10.1890/0012-9658%282002%29083%5B2575%3ABIRAME%5D2.0.CO%3B2?journalCode=ecol.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting

Templat:Topik ekosistem air