Geseran dwibibir bersuara
Geseran dwibibir bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara β dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan B dalam X-SAMPA.
Nombor AFA | 127 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | B | ||
| |||
Sampel audio | |||
Ciri-ciri
suntingCiri-ciri geseran dwibibir bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah dwibibir, iaitu disebut dengan menutup kedua-dua bibir.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.