Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Halaju lepas (هالاجو لڤس) ialah kelajuan di mana tenaga kinetik campur dengan tenaga keupayaan graviti suatu objek adalah bersamaan dengan sifar.[nb 1] Untuk jasad simetri sfera, halaju lepas pada jarak yang diberikan adalah dikira berdasarkan rumus berikut:[1]

dimana:

  • G ialah pemalar graviti semesta (G = 6.67×10−11 m3 kg−1 s−2)
  • M ialah jisim jasad (seperti planet atau bintang)
  • r ialah jarak daripada pusat graviti[nb 2]

Senarai halaju lepas

sunting
Lokasi yang berhubungan dengan Ve[2]     Lokasi yang berhubungan dengan Ve[2]
pada Matahari graviti Matahari: 617.5 km/s
pada Utarid graviti Utarid: 4.3 km/s di Utarid graviti Matahari: 67.7 km/s
pada Zuhrah graviti Zuhrah: 10.3 km/s di Zuhrah graviti Matahari: 49.5 km/s
pada Bumi graviti Bumi: 11.2 km/s di Bumi/Bulan graviti Matahari: 42.1 km/s
pada Bulan graviti Bulan: 2.4 km/s di Bulan graviti Bumi: 1.4 km/s
pada Marikh graviti Marikh: 5.0 km/s di Marikh graviti Matahari: 34.1 km/s
pada Musytari, graviti Musytari: 59.5 km/s di Musytari graviti Matahari: 18.5 km/s
pada Ganymede, graviti Ganymede: 2.7 km/s
pada Zuhal, graviti Zuhal: 35.6 km/s di Zuhal graviti Matahari: 13.6 km/s
pad Uranus, graviti Uranus: 21.2 km/s di Uranus graviti Matahari: 9.6 km/s
pada Neptun, graviti Neptun: 23.6 km/s di Neptun graviti Matahari: 7.7 km/s
pada Pluto, graviti Pluto: 1.2 km/s
di jejari galaktik Sistem Suria   graviti Bima Sakti:   ≥ 525 km/s[3]
pada ufuk kejadian,   graviti suatu lohong hitam:   = >299,792 km/s (kelajuan cahaya)

Lihat juga

sunting
  1. ^ Tenaga keupayaan graviti adalah negatif kerana graviti adalah satu daya yang menarik dan tenaga keupayaan bagi tujuan ini telah ditakrifkan menjadi sifar pada jarak tidak terhingga dari pusat graviti.
  2. ^ Nilai GM dipanggil sebagai parameter graviti piawai atau μ, dan ia sering dikenali dengan lebih tepat berbanding hanyaG atau M.

Rujukan

sunting
  1. ^ Khatri, Poudel, Gautam, M.K. , P.R. , A.K. (2010). Principles of Physics. Kathmandu: Ayam Publication. m/s. 170, 171. ISBN 9789937903844.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ a b "Solar System Data". Universiti Negeri Georgia. Dicapai pada 21 Januari 2007.
  3. ^ The local galactic escape velocity. Universiti Harvard

Pautan luar

sunting