Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Ineh

luak di Negeri Sembilan, Malaysia
(Dilencongkan daripada Inas)

Ineh (sebelum ini dengan nama Inas[1]) ialah sebuah luak yang terletak di antara daerah Kuala Pilah dan daerah Rembau. Ia merupakan salah satu daripada Luak Tanah Mengandung yang mengelilingi wilayah diraja Seri Menanti dan bernaung di bawah Yamtuan Besar.

Ineh
Lokasi Luak Ineh di Negeri Sembilan
Lokasi Luak Ineh di Negeri Sembilan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Institusi adatYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Pentadbiran
 • Penghulu Luak InehMohammad Ariff Sidek

Penamaan

sunting

Ineh berasal daripada perkataan jernih, iaitu mengambil sempena kejernihan air sungai dan air terjun yang ada dalam luak ini.[1]

Semasa penggabungan sembilan negeri-negeri kecil untuk membentuk Negeri Sembilan, kawasan Ineh dikenali sebagai Jelai. Ia bersempena dengan nama sebatang sungai utama yang merentangi luak ini. Penduduknya pula terdiri daripada penghijrah dari Minangkabau di Sumatera Barat yang telah meneroka tanah, bermastautin serta berkahwin dengan orang asal di daerah ini.[2]

Sejarah

sunting

Mengikut kisah lagenda yang disampaikan turun-temurun, kononnya sebelum kampung Inas ini diteroka, sekitar kawasan ini dikuasai oleh Maharaja Jin yang bernama Maharaja Joing, yang beristanakan di Mahligai Lubuk Bunga sekarang ini.

Hulubalang Bendahara Sekudai bernama Tuk Sabun di Sungai Keruh telah mempengaruhi Maharaja Joing untuk dikahwinkan dengan Puteri Kanun yang duduk dipuncak gunung hulu Sungai Jerneh (sekarang dikenali sebagai Jeram Angin). Maka dengan helah Tuk Sabun dengan Puteri Kanun Maharaja Joing dapat dipenjarakan dibawah Mahligai Lubuk Bunga.

Semenjak itu lembah Sungai Jerneh telah boleh diteroka untuk dijadikan tempat penempatan dan sebagai tempat bercucuk tanan terutamanya sawah padi. Oleh kerana suburnya kawasan ini maka ramailah orang membuka tempat kediaman dan berkampung halaman. Kerana air sungainya sangat jernih, mereka sesama sendiri mengambil nama kampung ini sempena air sungai iaitu Air Jerneh, dipendekkan dengan sebutan Ineh dan ditulis dalam bahasa persuratan dan pemetaan sebagai Inas[3] kekal hingga digunakan kembali sebagai Ineh bermula November 2023[1].

Pada kurun ke-18, Luak Inas merupakan sebuah Luak yang berasingan dan bersendirian serta berkuasa dibawah ketuanya Penghulu Embun Seri seorang wanita bertaraf "Bergajah Tunggal". Inas juga dikenali dengan nama Jelai mengikut nama sungai serta diakui kekuasaannya oleh oleh Sultan Johor sebagai Luak yang berdaulat pada tahun 1760. Pada masa itu Penghulu Luak Inas bernama Bayan telah dikurniakan cop mohor kekuasaannya bergelar Datuk Johan Pahlawan Walat Kuala Diuh.S.H.1218 berkuasa dalam Luaknya.

Pada tahun 1773 satu persetujuan telah dibuat untuk menjemput Raja Melewar di Pagar Ruyung untuk ditabalkan sebagai raja di Negeri Sembilan. Penghulu Bayan telah meletakan sepenuh kepercayaan dan mewakilkan kuasanya kepada Undang Johol Datuk Setiawan II sebagai menandakan Penghulu Luak Inas juga menyertai persetujuan menjemput anak Raja dari Pagar Ruyung itu.

Datuk-Datuk Lembaga Luak Inas kurang senang dan tidak bersetuju atas langkah yang diambil oleh Penghulu Bayan, mereka menganggap itu sebagai penyerahan kuasa kepada Datuk Setiawan II, tetapi kedudukan Penghulu Bayan yang kukuh maka beliau tidak dapat dipecat.

Apabila Penghulu Bayan meninggal dunia, perbalahan orang-orang Inas tercetus kerana hendak memilh pengantinya. Perbalahan ini berlarutan dan tidak dapat kata sepakat. Maka dalam perbalahan ini Datuk Rambutan Jantan, Undang Johol ke IV menyalurkan pengaruhnya dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan perbalahan itu. Cadangan itu telah diterima oleh orang-orang Inas bahawa Datuk Rambutan Jantan Undang Johol juga berkuasa di Inas sebagai Penghulu Luak Inas pada masa itu.

Namun selepas Datuk Rambutan Jantan digantikan oleh Datuk Nuri sebagai Undang Johol merangkap Datuk Penghulu Luak Inas barulah dapat dilantik Penghulu Luak Inas dari waris Inas iaitu Penghulu Mantik. Semenjak itu kekuasaan yang ada Penghulu Embun Seri dahulu tidak ada lagi pada Penghulu Mantik dan taraf Penghulu Luak Inas serta Luaknya dimasukan dibawah kekuasaan Lengkungan Tanah Mengandung, bagaimanapun kekuasaan dan pentadbiran Datuk Penghulu Luak Inas dapat mengekalkan kedudukannya hingga ke hari ini bersama Datuk Lembaganya dengan menerima Lemak Tanah atau Political Pensions dari pihak kerajaan.

Pentadbiran

sunting

Luak Ineh diketuai oleh Datuk Penghulu Luak iaitu sebagai ketua adat yang tertinggi di dalam luaknya. Pada masa dahulu disebut juga Undang kerana kekuasaannya dalam Luaknya sama seperti Undang, tetapi kerana ganjaran berupa elaun yang diterima dari kerajaan agak rendah, maka masyarakat setempat memandang beliau tidak sama seperti Undang.[perlu rujukan]

Gelaran bagi Datuk Penghulu Luak Ineh ialah 'Datuk Johan Pahlawan Walat Kuala Dioh' seperti terakam dalam cop mohor yang diakui oleh Sultan Johor pada tahun 1760 yang masih tersimpan oleh sesiapa penyandang Datuk Penghulu Luak Ineh .[4] [5]

Susun tadbir Luak Ineh diketuai oleh Datuk Penghulu mentadbir Luak, Datuk Lembaga mentadbir Suku, Buapak mentadbir anak buahnya, Juak-juak hulubalang mentadbirkan keamanan dan pegawai masjid mentadbirkan yang bersangkut paut dengan hal ehwal agama Islam. Berikut adalah susun tadbir dalam Luak Ineh yang diguna hingga sekarang.

Penghulu

  • Y.M Datuk Penghulu dari Biduanda Waris
  • Y.M Datuk Bentara Jantan dari Biduanda Waris
  • Y.M datuk Bentara Betina dari Biduanda Waris.

Datuk Lembaga

  • Y.M Datuk Menteri dari Biduanda Punggur
  • Y.M Datuk Setia Raja dari Biduanda Chenerung.
  • Y.M Datuk Baginda Maharaja dari Seri Lemak.
  • Y.M Datuk Andila dari Seri Melenggang.
  • Y.M Datuk Baginda Raja dari Biduanda Buah Petai.
  • Y.M Datuk Bangsa Balang dari Tiga Nenek atau Tiga Batu

Juak-juak Hulubalang

  • Y.M Datuk Panglima Puteh dari seri melenggang.
  • Y.M Datuk Panglima Hitam dari Biduanda Chenerung.
  • Memperang Kanan dari Seri Melenggang.
  • Memperang Kiri dari Tiga Nenek atau Tiga Batu.
  • Mengarang dari Biduanda Kabung
  • Meleman dari Biduanda Chenerung.
  • Mendalan dari Biduanda Kebangsa.
  • Mengkakap I dari Seri Lemah.
  • Mengkakap II dari Biduanda Betawi.
  • Mawan dari Biduanda Punggur.
  • Pawang Luak bagi yang berkebolehan.
  • Bidan Luak bagi yang berkebolehan.

Buapak atau ketua suku

  • Datuk Paduka pahlawan dari Biduanda kabung.
  • Datuk Paduka Kebangsa dari Biduanda Gating.
  • Datuk Amar penghulu dari Biduanda Betawi.
  • Datuk Jelela dari Seri Melenggang
  • Datuk Lela Raja dari Biduanda Punggur.
  • Datuk Nara Sakti dari Biduanda Chenerung.
  • Datuk Nara Kaya dari Tiga Nenek atau Tiga Batu.
  • Datuk Amar Pahlawan dari Seri Lemak.
  • Datuk Paduka Jelela dari Biduanda Buah Petai.

Tempat menarik

sunting

Jeram Papan

sunting

Merupakan kawasan perkelahan dan perkhemahan yang terletak 7 km dari Kampung Batu, Rembau ke Inas atau 12 km dari Kuala Johol ke kampung Batu.

Pada masa dahulu sebelum kawasan ini dijadikan tempat beriadah adalah tempat tentera menjalani latihan. Kini kawasan ini telah disediakan kemudahan asas seperti bilik air, surau dan gerai jualan.

Lubuk Bunga

sunting

Terletak di kampung Dingkir antara kawasan yang popular di Inas. Meskipun jauh sedikit dari jalan utama tetapi tidak menghalang kepada pengunjung yang berminat untuk berkelah atau berkhemah, mungkin kerana suasana yang tenang dan airnya yang jernih. Jarak antara jeram Papan ke Lubuk Bunga lebih kurang 8 km.

Pada masa dahulu Lubuk Bunga ini adalah kawasan empangan kecil bagi mengalirkan air kesawah seluruh kampung Inas, tetapi kini tidak lagi digunakan oleh kerana tanaman padi yang terakhir dibuat tahun 1990. Selepas itu kebanyakan tanah sawah dijadikan kebun sayur dan ada yang membina rumah. Lubuk bunga ini juga terkenal dengan lagenda penubuhan kampung Inas.

Jeram Angin

sunting

Kawasan yang sesuai untuk mencuba aktiviti yang lebih mencabar seperti 'river tracking'.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c HAMZAH, NOR AINNA (2023-11-23). "Penduduk gembira Inas ditukar Ineh". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-11-23.
  2. ^ Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan, Kajian Kes Luak Inas Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine Jabatan Persuratan Melayu Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusian UKM, 1992/93
  3. ^ Dato' Alias Bin Iban (Dato' Bentara Jantan Luak Inas) Sejarah Ringkas Luak Inas[pautan mati kekal]
  4. ^ Zainal Leman, Kampung Inas Info
  5. ^ "Cara orang Negeri Sembilan memilih Penghulu Luak". Berita Harian. 26 Jun 2023. Dicapai pada 15 Mei 2024.