Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Tan Sri Lim Ah Lek adalah ahli politik MCA di Malaysia dan pernah menjadi ahli parlimen Bentong, Pahang serta Timbalan Presiden MCA. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Menteri Sumber Manusia.

YBhg Tan Sri Dato' Sri
Lim Ah Lek
PSM; SSAP (Phg); SIMP (Phg); SSIS (Sel); DIMP (Phg); AMN
Menteri Sumber Manusia
Dalam jawatan
1989–1999
Didahului olehLee Kim Sai
Digantikan olehFong Chan Onn
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Bentong, Pahang
Dalam jawatan
1989–1999
Didahului olehChan Siang Sun
Digantikan olehLiow Tiong Lai
Maklumat peribadi
Lahir
Lim Ah Lek @ Lim Mok Siang

(1939-04-08) 8 April 1939 (umur 85)
Tapah, Perak
Parti politik BN-MCA
PasanganPuan Sri Agnes Lim
Anak3
PekerjaanAhli politik

Politik

sunting

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995, beliau mengalahkan calon DAP, Syed Ali Mohsin di P83 Bentong, Pahang. PRU 1999, nama beliau digugurkan sebagai calon pilihan raya dan tempatnya digantikan oleh Liow Tiong Lai.

Beliau terpilih sebagai Timbalan Presiden MCA pada 1986 menggantikan Lee Kim Sai, semasa Ling Liong Sik menjadi pemangku presiden dan seterusnya presiden. Ketika itu Presiden MCA Tan Koon Swan telah dipenjarakan di Singapura berikutan Skandal Pan El. Dalam Mesyuarat Agung MCA 2000, Ling Liong Sik bertikam lidah dengan Lim Ah Lek. [1]

Pada 2001, beliau pernah dilabel sebagai dari Team B yang menentang parti politik mengawal kebebasan laporan akhbar di Malaysia Team A diketuai oleh Ling Liong Sik. Pertelagahan Ah Lek dan Liong Sik bermula selepas pilihan raya 1999 di mana Ah Lek mahukan Chan Kong Choy dilantik sebagai menteri penuh.[2]

Sebenarnya MCA mempunyai pengaruh yang kuat terhadap akhbar The Star dan UMNO berpengaruh terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian. Geng 8 dalam MCA iaitu Chua Jui Meng dan Chan Kong Choy dan diketuai oleh Timbalan Presiden Lim Ah Lek menyokong pendirian masyarakat Cina agar wartawan diberi ruang yang luas untuk bebas dan mengkritik. Beberapa pihak cuba membeli dan mengawal Nanyang Publication.Syarikat pelaburan MCA, Huaren Management Sdn. Bhd. membeli Nanyang Press Holdings membabitkan harga RM230 juta. Pemimpin lain yang menentang perjanjian jual beli ini ialah, Ketua Pemuda, Ong Tee Keat dan Timbalan Ketua Wanita MCA, Tan Yee Kew.[3] Selepas Geng 8, Geng 10 pula dibentuk yang terdiri daripada Ketua Pemuda MCA Johor, Hoo Seong Chan; Datuk Ho Cheng Wang (Perak), Datuk Chong Toh Eng (Selangor), Lau Chek Tuan (Pulau Pinang), Senator Yew Teong Look (Wilayah Persekutuan), Datuk Soon Tian Szu (Melaka), Yip Chee Kiong (Negeri Sembilan), Tan Ken Ten (Kelantan), Toh Chin Yau (Terengganu) dan Chew Kok Woh (Sabah).[4]

Dalam Mesyuarat Agung MCA 2002, Liong Sik dan Ah Lek kekal jawatan sepenggal lagi sehingga 2005 (2002-2005) kerana tidak ada pemilihan.[5] Semua ini berikutan campur tangan / pelan damai yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad agar tiada pemilihan MCA 2002. [6]

Pada 2004, Lim Ah Lek dan Ling Liong Sik secara sukarela berundur awal dari politik MCA dan mereka diganti oleh Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy.[7][8]

Bersara dari politik

sunting

Selepas bersara dari politik , beliau dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) (2007-2009). Selepas beliau ialah Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (1 Oktober 2009).[9] KTMB melaksanakan projek landasan berkembar dari utara ke selatan Semenanjung.[10]

Beliau menjadi Pro Canselor Universiti Putra Malaysia bersama Tan Sri Dr. Nayan Ariffin dan Tan Sri Rozali Ismail.[11]

Beliau juga dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Penyiasatan dan Penambahbaikan Polis. Suruhanjaya ini disertai oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah (Pengerusi), Tun Mohammed Hanif Omar (Timbalan Pengerusi), Tun Salleh Abas, Tun Azizan Zainul Abidin, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Kamilia Ibrahim, Tun Zaki Tun Azmi, Datuk Abdul Kadir Jasin, Datuk Michael Yeoh, Kuthubul Zaman Bukhari, Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim, Denison Jayasooria, Ivy Josiah dan Datin Paduka Zaleha Zahari.[12]

Pada 2004, sebagai bekas Timbalan Presiden MCA, beliau jengkel dengan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek yang masih mahu berpolitik dan bertanding walaupun jelas video CD tersebar. Selaku veteran MCA, beliau dipanggil untuk menyelesaikan krisis antara Chua Soi Lek dengan Ong Tee Keat.

Rujukan

sunting
  1. ^ Akhirnya Ling mengaku
  2. ^ MCA semakin panas
  3. ^ Penjelasan Ah Lek bantah pengambilalihan Nanyang
  4. ^ MCA semakin panas
  5. ^ Liong Sik, Ah Lek kekal jawatan sehingga 2005
  6. ^ Liong Sik, Ah Lek kekal jawatan sehingga 2005 Liong Sik, Ah Lek kekal jawatan sehingga 2005
  7. ^ "Ah Lek sokong pencalonan Ka Ting". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-09. Dicapai pada 2012-02-17.
  8. ^ "Pecat Soi Lek tidak selesai masalah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2012-02-17.
  9. ^ Ir. Mohd. Zin Pengerusi KTMB baru
  10. ^ Projek landasan berkembar perlu disegerakan
  11. ^ 7,282 graduan terima ijazah, diploma UPM
  12. ^ "Tun Mohamed Dzaiddin is Police Commission chairman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-07. Dicapai pada 2012-02-17.