Newton
Newton, singkatan N, adalah unit SI bagi daya. Ia dinamakan sempena nama Sir Isaac Newton sebagai pengiktirafan kepada hasil kerjanya dalam mekanik klasik, terutamanya Hukum Gerakan Newton Kedua.
Newton | |
---|---|
Sistem unit | unit terbitan SI |
Unit bagi | Daya |
Simbol | N |
Dinamakan sempena | Sir Isaac Newton |
Penukaran unit | |
1 N dalam ... | ... adalah sama dengan ... |
Unit asas SI | 1 kg⋅m⋅s−2 |
Sistem Graviti British | 0.2248089 lbf |
Definisi
suntingSatu daya newton adalah daya yang diperlukan untuk menghalajukan 1 kilogram jisim pada kadar 1 meter per saat kuasa dua di arah yang sama dengan daya yang dikenakan.
Pada tahun 1946, resolusi kedua Persidangan Am Timbang dan Ukur (Jawi: ڤرسيدڠن عام تيمبڠ دان اوکور; Perancis: Conférence Générale des Poids et Mesures, CGPM) telah menyelaraskan unit daya dalam sistem unit meter-kilogram-saat ("sistem unit-unit MKS") menjadi jumlah daya yang diperlukan untuk menghalajukan 1 kilogram jisim pada kadar 1 meter per saat kuasa dua. Pada tahun 1948, resolusi ketujuh persidangan CGPM kesembilan menggunakan nama "newton" bagi daya ini.[1] Sistem MKS ini kemudiannya menjadi asas kepada sistem unit Système International atau Sistem Unit Antarabangsa pada hari ini. Unit newton juga menjadi unit standard bagi daya dalam sistem tersebut.
Rujukan
sunting- ^ International Bureau of Weights and Measures (1977), The international system of units (ed. ketiga), U.S. Dept. of Commerce, National Bureau of Standards, m/s. 17, ISBN 0745649742 Cite has empty unknown parameter:
|postscripts=
(bantuan)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.