Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Raja berperlembagaan

Raja berperlembagaan (Tulisan Jawi: راج ڤرلمباݢاءن; Bahasa Inggeris: Constitutional monarchy) adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.[1]. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.

Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

Sejarah

sunting

Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, baginda dihukum pancung dan Cromwell dilantik menjadi presiden di mana England menjadi sebuah republik buat seketika waktu. Pemerintahan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard mengambil alih kuasa[2] namun hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat semula ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.[3].

Senarai negara raja berperlembagaan

sunting
 
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan ketua negara Malaysia yang terkini

Sehingga ke hari ini, terdapat 43 buah negara mengamalkan sistem raja berpelembagaan di seluruh dunia.

Lihat juga

sunting

Nota dan rujukan

sunting
  1. ^ "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-21. Dicapai pada 2010-06-10.
  2. ^ "Oliver Cromwell, 1599-1658". David Plant.
  3. ^ Adam Kadir. "Menghayati maksud raja berperlembagaan", Utusan Malaysia. 24 Mac 2008