Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Resolusi Seri Gaya 14 Mac

Resolusi Seri Gaya merupakan satu ketetapan untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS) yang ditandatangani oleh hampir semua wakil rakyat Parti Bersatu Sabah (PBS) pada malam 14 Mac 1994 di Seri Gaya. Seri Gaya ialah tempat kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, iaitu tempat kediaman Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika itu.

Ketetapan itu telah dibuat selepas pucuk pimpinan Barisan Nasional mengatakan bahawa mereka tidak lagi akan menerima PBS sebagai parti komponen Barisan Nasional tanpa mengira sama ada Datuk Joseph Pairin masih memimpin parti itu atau tidak. Penolakan ini diakibatkan oleh peninggalan PBS secara tiba-tiba daripada Barisan Nasional lima hari sebelum pembuangan undi semasa pilihan raya umum pada tahun 1990. Oleh itu, Wakil-wakil Rakyat PBS telah membuat ketetapan untuk menubuhkan sebuah wadah kesinambungan untuk perjuangan politik kaum Kadazandusun Murut.

Penandatangan

sunting

Antara mereka yang menandatangani resolusi tersebut ialah:

  1. Datuk Adib Sigoh
  2. Datuk Baggai Basirun
  3. Datuk Bernard Giluk Dompok (kini Tan Sri)
  4. Datuk Dr. Ewon Ebin
  5. Datuk George Sangkin
  6. Datuk Gisin Lombut
  7. Datuk Jahid Jahim
  8. Datuk Joseph Pairin Kitingan (kini Tan Sri)
  9. Datuk Joseph Sitin Saang
  10. Datuk Kadoh Agundong
  11. Datuk Lawrence Gimbang
  12. Datuk Michael Metah Asang
  13. Datuk Markus Majihi
  14. Datuk Dr. Maximus Ongkili
  15. Datuk Monggoh Orow
  16. Datuk Dr. Othman Minudin
  17. Datuk Radin Malleh
  18. Datuk Saibul Supu
  19. Datuk Siringan Gubat
  20. Datuk Steven Kutai
  21. Datuk Tan Yong Gee
  22. Datuk Wences Angang (kini Tan Sri)
  23. Datuk Wilfred Bumburing

Jawatankuasa penaja

sunting

Dalam mesyuarat pada malam 14 Mac itu yang berlarutan sehingga 15 Mac, sebuah jawatankuasa penaja PDS telah ditubuhkan yang terdiri daripada:

Presiden: Datuk Bernard Dompok (kini Tan Sri)
Timbalan Presiden: Datuk Wilfred Bumburing
Setiausaha Agung: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Bendahari Agung: Datuk Monggoh Orow
Ketua Pemuda: Datuk Jahid Jahim
Ahli-ahil Majlis Tertinggi: Kesemua Wakil-wakil Rakyat yang menandatangani Resolusi Seri Gaya 14 Mac.

Berikutan kelulusan ketetapan itu, dokumen pendaftaran PDS telah dibuat pada sepanjang hari 15 Mac 1994, diketuai oleh Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Bernard Dompok. Pada masa yang sama, satu lagi perbincangan telah diadakan di tempat kediaman peribadi Datuk Joseph Pairin yang memutuskan penarikan balik hasrat mereka untuk menubuhkan PDS.

Walau bagaimanpun, sebahagian besar daripada Wakil-wakil Rakyat sudah pun berada di Kuala Lumpur pada 15 Mac seperti yang telah dipersetujui dalam Resolusi Seri Gaya 14 Mac. Pada pagi 16 Mac, proses dokumentasi pendaftaran PDS diteruskan. Dr. Maximus kemudian tidak bersetuju dengan tindakan itu dan beliau dikatakan menyimpan Resolusi Seri Gaya 14 yang telah ditandatangani.

Rujukan

sunting