Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Susu ibu, (jawi: سوسو إيبو) merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mamari ibu yang terletak di payudara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam rencana ini lebih menekankan tentang susu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

Dua sampel susu ibu dengan isipadu 25ml. Sampel susu kiri adalah susu cair (foremilk), susu cair yang hadir dari payu dara yang penuh. Sampel susu kanan pula adalah susu pekat (hindmilk), susu krim yang agak pekat yang hadir dari payu dara yang mempunyai isipadu susu yang kurang.[1]

Pada keperluannya, bayi baru lahir amat diperlukan dan disarankan agar terus diberi makan hanya dengan susu ibu sehingga umur bayi menjangkau 6 bulan. Ibu yang telah melahirkan anak adalah amat bersesuaian untuk terus menggunakan susu yang keluar dari payu daranya untuk disusukan buat bayi kelahirannya. Namun berikutan penciptaan pam payu dara, kini lebih ramai ibu-ibu lebih suka untuk menyediakan simpanan susu tambahan buat anaknya atau sebagai suatu inisiatif bagi menyusukan anak orang lain supaya menjadi anak susuannya, atau mendermakan susu tambahan ke dalam bank susu ibu untuk program tabung susu ibu. Susu yang sudah dipam akan dimasukkan ke dalam botol susu bayi, cawan ataupun sistem penyimpanan susu dan juga tiub nasogastrik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai umur 6 bulan selepas kelahiran. Pemberian makanan pejal, susu formula, susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman [2] pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran, masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku. Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun. Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah bergantung kepada kehendak ibu dan bayi.[3]

Tujuan penyusuan dengan susu ibu dapat memberikan banyak faedah kepada kesihatan yang sangat baik sehingga ia menjangkau usia kanak-kanak.[4] Antara kebaikannya adalah; kurangnya mendapat risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS),[5] meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdikan[perlu rujukan], mengurangkan risiko seperti jangkitan telinga tegah, kesejukan, flu dan selesema, serta dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit leukemia kanak-kanak, diabetes, asma dan ekzema. Juga mengurangkan penyakit kulit, masalah gigi dan gusi. Mengurangkan risiko obesiti pada usia kanak-kanak dan dewasa, melancarkan sistem penghadaman dan obstektrik. Mengelakkan masalah kekuningan pada bayi (jaundice). Ia jga mampu mengurangkan risiko kecacatan dan keilatan bayi dan masalah pembinaan psikologi bayi.[6][7][meragukan ]

Penyusuan bayi dengan susu ibu juga bayi buat ibu yang menyusu atau ibu yang menderma susu ibu. Ia dapat membantu ibu mengekalkan saiz dan struktur rahim dan uterus seperti sebelum mengandung[8]. Membantu mengurangkan pendarahan post-partum termasuk menurunkan kehilangan darah nifas dan wiladah. Juga membantu menurunkan berat badan ibu dan melangsingkan badan secara sihat. Penyusuan susu ibu pada bayi dapat mengurangkan risiko kanser payu dara dalam kehidupan ibu.[9]

Penghasilan

sunting

Dibawah penghasilan hormon prolaktin dan oksitoksin yang dikeluarkan oleh kelenjar mammari, wanita yang mengandung dapat menghasilkan susu untuk menjadi makanan utama bagi bayinya apabila dilahirkan nanti. Susu ibu yang dihasilkan pada 7 minggu pertama sewaktu bayi masih dalam kandungan dapat menghasilkan kolostrum, dimana ia tinggi akan kandungan immunoglobulin IgA, dimana dapat memelihara sistem gastrointestinal bayi dengan baik. Kolostrum juga bertindak menjaga dan melindungi sistem imun semulajadi bayi sehinggalah ia dapat bekerja dengan baik seperti manusia normal biasa. Kolostrum juga dapat menghasilkan laksatif ringan dan lembut pada bayi, dimana laksatif dapat menghasilkan mekonium bagi membantu dalam melindungi tubuh dari penciptaan bilirubin (faktor penyumbang masalah kekuningan (jaundice).

Masalah ketidakmampuan penghasilan susu yang cukup jarang berlaku kepada ibu mengandung didunia ini, kajian menunjukkan ibu di negara-negara membangun lebih mengalami masalah kesukaran menghasilkan nutrien yang cukup dalam susu mereka berbanding ibu dari negara maju.[10] Terdapat banyak sebab mengapa ibu tidak dapat menghasilkan susu dengan cukup. Mungkin akibat lekapan yang yang kurang betul (i.e. bayi tidak menghisap puting payu dara ibu dengan efisyen atau mungkin juga posisi hisapan dan penyusuan tidak betul), penjagaan yang tidak baik atau pengepaman payu dara bagi pengeluaran susu tidak cukup bagi penghasilan susu yang seimbang, pengambilan ubat-ubatan dan meditasi (misalnya mengandungi estrogen kontraseptif hormon, dimana berkaitan dengan kegagalan penghasilan prolaktin; sindrom ini mungkin memerlukan rawatan seperti penggantian hormon.

Jumlah susu yang dihasilkan bergantung pada kekerapan penjagaan payu dara oleh ibu atau pengepaman payu dara; semakin kerap ibu menjaga bayinya dengan baik atau semakin tinggi kadar pengepaman payu dara, maka makin tinggi la susu ibu yang dihasilkan.[11][12][13][14][15] Ia sangat membantu untuk menjaga kerana ia merupakan satu permintaan-bayi kadangkala amat memerlukan susu dengan tidak mengikut jadual penyususannya, maka ibu seharusnya lebih peka untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi bayinya khususnya dengan meningkatkan kadar pengambilan makanan seimbang dan berzat tinggi. Ibu boleh menggunakan pam payu dara versi elektronik kerana ia dapat merangsang pengeluaran susu dengan baik dan mencukupi. Ada ibu yang mengambil herba sepertifenugreek yang telah digunakan sejak ratusan tahun lalu secara turun temurun bagi meningkatkan penghasilan susu.[16] (Kewujudan produk "Teh Susu Ibu" yang mengandungi bahan herba fenugreek telah meningkatkan tahap pesanan dan permintaan keatas herba tersebut. Terdapat juga preskripsi meditasi yang boleh digunakan seperti Domperidone (lihat kegunaan label) dan Reglan.[perlu rujukan] Penghasilan pengeluaran susu ibu juga dikenali sebagai galactagogue.

Komposisi susu ibu

sunting
Komposisi susu ibu manusia[17]
Lemak
jumlah (g/100 ml) 4.2
asid lemak - kepanjangan 8C (% ) sisa
asid lemak tepu (%) 14
Protein (g/100 ml)
jumlah 1.1
kasein 0.4 0.3
a-laktalbumin 0.3
laktoferrin 0.2
IgA 0.1
IgG 0.001
lisozim 0.05
serum albumin 0.05
ß-laktoglobulin -
Karbohidrat (g/100 ml)
laktosa 7
oligosakarida 0.5
Mineral (g/100 ml)
kalsium 0.03
fosforus 0.014
natrium 0.015
kalium 0.055
klorida 0.043

Penyimpanan susu ibu segera

sunting

Susu ibu segera boleh disimpan untuk digunakan kemudian. Ia disarankan agar susu ibu disimpan dalam bekas kedap udara dan kuat kekuncinya. Terdapat juga beg plastik khusus dibuat untuk menyimpan susu ibu segera untuk tempoh masa kurang 72 jam- dan perlu disimpan dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegarannya. Jika susu ibu disimpan dalam peti sejuk beku, ia boleh dikekalkan kesegarannya sehingga 6 bulan.[18] Jumlah masa penyimpanan yang baik bagi kegunaan bayi di rumah ada disertakan dalam jadual dibawah.[19]

Tempat penyimpanan Suhu Masa penyimpanan maksimum
Dalam bilik 25 °C 77 °F 6-8 jam
Insulasi beg termal dengan pek ais Hingga 24 jam
Dalam peti sejuk 4 °C 39 °F Hingga 5 hari
Peti sejuk beku kompartment atas dalam peti sejuk -15 °C 5 °F 2 minggu
Kombinasi peti sejuk dan peti sejuk beku dengan pintu berasingan -18 °C 0 °F 3-6 bulan
Manual deepfrost dalamn peti sejuk beku -20 °C -4 °F 6-12 bulan

Perbandingan susu ibu dengan susu yang lain

sunting

Semua spesies mamalia termasuklah manusia, mamalia maging dan mamalia maun menghasilakan susu badan untuk dijadikan minuman buat bayi-bayi mereka. Tetapi, komposisi dalam susu bagi setiap spesies mamalia itu adalah berbeza dan lain-lain sumber susu yang diperbandingkan dengan susu keluaran manusia juga memang ternyata perbezaan kandungannya, walaupun rata-rata susu keluaran yang dihasilkan memang tampak keputihan. Sebagai suatu ketetapan, susu mamalia yang dijaga secara kerap (termasuk bayi manusia) adalah kurang nilai kekayaannya (kepekatannya). Ia bersifat kurang pekat, mempunyai kandungan air yang tinggi, berbanding dengan susu mamalia yang dari mudanya dijaga kurang. Susu keluaran manusia biasanya lebih halus akan teksturnya dan lebih manis berbanding susu keluaran lembu segar.

Secara amnya, susu lembu tidak mempunyai kandungan vitamin E, zat besi, atau asid lemak esential yang mencukupi, ini boleh menyebabkan bayi yang dibekalkan minuman susu lembu akan mudah mendapat penyakit anemia. Susu lembu juga mempunyai kandungan protein, natrium, dan kalium yang tinggi yang dapat menyebabkan peningkatan nilai bebenan kepada ginjal bayi yang seterusnya dapat menyebabkan kegagalan dan kerosakan ginjal bayi. Perlu diketahui bahawa bayi manusia sebenarnya merupakan spesies bayi yang lemah berbanding dengan bayi keluaran haiwan mamalia, sitem pertahanan dan kematangan bayi manusia adalah terlalu lambat untuk mencapai tahap kematangan yang optima pada tempoh masa yang singkat. Tambahan itu, protein dan lemak dalam susu lembu sukar untuk dicerna oleh sistem intertestinal bayi manusia dan ia sukar untuk diseram kedalam pembuluh dan kapilari darah, berbeza dengan susu ibu, ianya lebih kurang kandungan protein dan lemak dan teksturnya yang lebih halus dan lembut serta mudah diserap.[20] Susu sejat mungkin mudah untuk dicerna berikutan kaedah pemprosesan proteinnya, namun kandungan nutriennya masih lagi kurang mencukupi bagi bayi. Kesan ketara yang mungkin selalu dirasai oleh segelintir bayi apabila mengambil sekali atau lebih susu lembu adalah masalah alergi susu. Lebih ketara masalah ini didiagnosis berpunca kepada protein susu lembu itu sendiri.[21] Masalh ini masih lagi berterusan sehingga hari ini walaupun bayi diberi minum susu formula, kerana rata-rata susu formula yang dibuat khas bagi bayi atau kanak-kanak masih menggunakan sumber asasnya dari susu lembu. Pemilihan susu lembu sebagai bahan asas oleh para pengeluar dan penghasil susu formula kerana susu lembu dilihat sumber susu yang murah berbanding susu keluaran kambing dan lain-lain selain penghasilan susu lembu adalah banyak dan mudah diperolehi kerana ternakan industri lebih memberi fokus pengeluaran susu dari lembu berbanding haiwan dan tumbuhan-tumbuhan yang lain.

Rentasan masuk sebatian yang tidak diperlukan

sunting

Jika diabaikan dahulu, risiko pemindahan sebatian atau unsur berbahaya seperti jangkitan penyakit akibat kuman atau bakteria dari ibu kepada anak melalui aktiviti penyusuan menggunakan susu ibu, telah terbukti secara azali malah kaedah klinikal dan saintifik, susu ibu mempunyai berganda-ganda kebaikan berbanding susu formula untuk bayi. Dengan hanya beberapa seba tertentu yang mungkin tidak dibenarkan penyusuan susu ibu kepada anak, namun WHO secara ekslusifnya amat menyarankan anak-anak kecil (bayi) untuk menyusu dengan susu ibu bermula awal kelahiran hingga umurnya menjangkau usia 6 bulan.[22]

Namun mungkin terdapat beberapa perkara kecil yang terjadi lebih-lebih pada alaf moden ini yang memperlihatkan situasi rentasan masuk sebatian yang tidak diperlukan misalnya; Susu yang dihasilkan oleh sel-sel kelenjar mammari mungkin mudah dimasuki dadah ketika minggu post-partum pertama.[23]

Karekteristik dadah dari ubat-ubatan yang diambil oleh ibu pasca mengandung atas sebab-sebab klinikal oleh doktor dapat meningkatkan pengeluaran susu termasuklah:[23]

  1. Tidak bergabung dengan protein plasma
  2. Tidak ber-ion
  3. Berat molekul rendah
  4. Lipid terlarut berbanding keterlarutan air
  5. Lemah alkalinya berbanding asid lemah

Dadah yang diambil akan masuk kedalam plasma darah melalui sel-sel duktul kepada susu melalui kaedah resapan atau pengangkutan aktif. Kesannya mungkin kosentrasi/ kepekatan dadah dalam susu adalah tinggi berbanding plasma darah si ibu.[23]

Jumlah dadah dalam susu ibu biasanya tidak melebihi 2% dari dos yang terserap.[23]

Bahan pencemar alam sekitar

sunting

Bahan pencemar alam sekitar yang pernah ditemukan dalam susu ibu biasanya tidak membahayakan, dan ia akan berlaku hanya apabila aras bahan pencemaran dalam persekitaran itu ternyata tinggi dan luar biasa tinggi kepekatannya. Tambahan, jika bahan pencemar itu berkurangan dalam keadaan persekitaran, biasanya aras bahan pencemar dalam susu ibu juga akan turut berkurangan. Bahan pencemar yang dikesan biasanya pestiside yang hadir akibat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi racun serangga pada kadar yang tinggi. raksa organik, dan plumbum. DDT dan dieldrin biasanya tidak dapat dielakkan, malahan boleh ditemukan dalam susu formula bayi.[24] Pestiside dan lain-lain sebatian bertoksid bioakumulasi, i.e. haiwan yang biasanya ditemukan dalam rantai makanan akan menyimpan bahan bertoksid itu dalam lemak badannya. Isu ini sering dikaitkan dengan Inuit, kerana diet tradisionalnya rata-rata berasaskan daging. Kajian yang dijalankan untuk melihat kesan polychlorinated biphenyls dan bahan pencemar organik perintang dalam badan; menemukan sebatian toksid dalam susunya adalah luar biasa akan tingginya.[25]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ http://www.drpaul.com/breastfeeding/colostrum.html
  2. ^ (Inggeris) ADA study confirms dangers of flouridated water, especially for babies Natural News.com
  3. ^ http://www.who.int/nutrition/topics/exclusive_breastfeeding/en/
  4. ^ World Health Organization breast feeding recommendations.
  5. ^ WHO and UNICEF call for renewed commitment to breast-feeding
  6. ^ breastfeeding prevents obesity later in life - study
  7. ^ usbreastfeeding.org benefits of breastfeeding
  8. ^ Ellsee, Cik (2023-07-17). "Cara Banyakkan Susu Badan". Ellsee (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-30.
  9. ^ womenshealth - breastfeeding benefits mom and baby
  10. ^ Prentice, A.M., Paul, A., Prentice, A., Black, A., Cole, T., & Whitehead, R. (1986). Cross - cultural differences in lactational performance. In Maternal Environmental Factors in Human Lactation. Human Lactation 2, pp. 13 = 44 [Hamosh, M., & Goldman, A.S. (eds). New York: Plenum Press.
  11. ^ http://www.mayoclinic.com/health/breast-feeding/FL00120
  12. ^ http://www.llli.org/FAQ/increase.html
  13. ^ http://www.askdrsears.com/html/2/T022800.asp
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-14. Dicapai pada 2011-06-02.
  15. ^ http://www.babies.sutterhealth.org/breastfeeding/bf_production.html
  16. ^ http://pediatrics.about.com/library/breastfeeding/blbreastfeedingza.htm
  17. ^ Constituents of human milk United Nations University Centre
  18. ^ [1] Medela.
  19. ^ Protocol #8: Human milk storage information for home use for healthy full-term infants. Diarkibkan 2020-10-29 di Wayback Machine Academy of Breastfeeding Medicine Protocol.
  20. ^ MedlinePlus Medical Encyclopedia: Cow's milk for infants and children
  21. ^ "Some patients with lactose intolerance may believe they are allergic to milk or milk products. A milk allergy, however, is related to the proteins in milk rather than the lactose." Lactose Intolerance, National Institute of Child Health and Human Development (NICHD)
  22. ^ Secretariat, World Health Organization (24 November 2001). "Infant and Young Child Nutrition: Global strategy for infant and young child feeding" (PDF). World Health Organization. WHO Executive Board 109th Session provisional agenda item 3.8 (EB109/12). Diarkib pada 2004-07-08. Ralat: If you specify |archivedate=, you must also specify |archiveurl=. https://web.archive.org/web/20040708050049/http://www.who.int/gb/ebwha/pdf_files/EB109/eeb10912.pdf.
  23. ^ a b c d breastfeedingbasics.org - a site for parents developed by pediatricians --> Breastfeeding & Drugs: Does the medication pass into the breast milk? Retrieved on June 19, 2009
  24. ^ kidsgrowth.org --> Drugs and Other Substances in Breast Milk Retrieved on June 19, 2009
  25. ^ Silent Snow: The Slow Poisoning of the Arctic by Marla Cone, Grove Press.

Pautan luar

sunting