Vostok 1
Vostok 1 (Rusia: Восто́к , Timur 1) merupakan penerbangan angkasa lepas pertama dalam rancangan Vostok dan penerbangan angkasa lepas dipandu manusia pertama dalam sejarah. Kapsul angkasa Vostok dilancarkan bersama angkasawan Soviet Yuri Gagarin sebagai pemandu kapal daripada Kosmodrom Baikonur pada 12 April 1961 lalu menjadikannya manusia pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas.
Penerbangan angkasa lepas berorbit ini terdiri dari satu orbit sekitar Bumi yang melepas atas atmosfera pada ketinggian 169 kilometer (91 batu nautika) pada titik terendahnya. Penerbangan kapsul mengambil masa 108 minit dari pelancaran untuk mendarat. Gagarin terjun ke darat secara berasingan dari kapsul selepas melenting jauh pada ketinggian 7 km (23,000 ka).
Pautan luar
sunting- Gagarin's Start – video pendek oleh Roscosmos termasuk persediaan, penerbangan dan pendaratan Gagarin di bumi
- Vostok 1 – Encyclopedia Astronautica
- The First Man In Space – NASA/JPL translation of Soviet Radio and Newspaper Reports – May 1, 1961
- An analysis of the flight of Vostok 1 – Sven Grahn
- (Rusia) Transkrip perbualan radio Gagarin bersama stesen-stesen darat pada 2 jam sebelum pelancaran, serta dokumen yang berkaitan