Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Surat wasiat (pinjaman Arab: وَصِيَّة, rumi: waṣiyat terbitan kata akar وَصَّىwaṣṣā "mempertanggungjawabkan dan menjaminkan [harta kepada seseorang]";[1][2] bahasa Inggeris: last will and testament) ialah pengisytiharan sah yang mana penulisnya selaku pewasiat, mencalonkan beberapa orang lain untuk menguruskan asetnya serta menguruskan pertukaran hartanya apabila pewasiat meninggal dunia. Wasiat juga boleh mengasaskan amanah wasiat yang hanya menjadi laku selepas kematian pewasiat.

Keperluan

sunting

Sesiapa yang sudah mencecah usia dewasa dan berfikiran sihat boleh mendrafkan wasiat sendiri tanpa bantuan peguam, ditambah lagi dengan syarat-syarat lain mengikut bidang kuasa, seperti berikut:

  • Pewasiat mesti membuktikan dirinya selaku penulis wasiat dengan jelas, dan wujudnya surat wasiat; beginilah "penerbitan" wasiat yang dilengkapkan dengan perkataan "wasiat" (bahasa Inggeris: last will and testament) di helaian hadapan surat.
  • Pewasiat mesti mengisytiharkan dirinya menarik balik semua wasiat dan kodisil sebelumnya. Jika tidak, wasiat terbaru hanya menarik balik butiran-butiran dalam wasiat dan kodisil sebelumnya yang bertindan dengannya. Apapun, jika wasiat terbaru langsung tidak seiringan dengan wasiat sebelunya, maka wasiat lama itulah yang ditarik balik sepenuhnya atas sebab implikasi.
  • Pewasiat mesti menunjukkan dirinya berupaya melupuskan hartanya dengan bebas dan rela hatinya.
  • Pewasiat mesti menandatangani dan membubuh tarikh pada wasiat, selalunya apabila dihadiri sekurang-kurangnya dua saksi berkecuali (bukan waris). Boleh dijemput lagi saksi "supernumari" sekiranya timbul persoalan perselisihan antara pihak-pihak berkepentingan.
  • Tandatangan pewaris mesti berada di hujung surat wasiat. Jika tidak, mana-mana kandungan yang menyusuli tandatangan itu akan diabaikan, ataupun seluruh wasiat menjadi tidak sah sekiranya kandungan selepas tandatangan itu amat penting dan boleh melawan kehendak pewasiat jika diingkari.
  • Seorang atau lebih pewaris mesti dinyatakan dengan jelas dalam kandungan.

Selepas pewasiat meninggal dunia, tindakan probet boleh dimulakan di mahkamah untuk menentukan kesahan wasiat yang ditulis oleh pewasiat, iaitu sama ada wasiat itu memenuhi keperluan undang-undang, dan melantik wasi. Selalunya apabila menjalankan probet, sekurang-kurangnya seorang saksi dihadapkan untuk memberi keterangan atau menandatangani afidavit "bukti penyaksian". Walaupun begitu, di sesetengah tempat, undang-undang statut menyediakan keperluan wasiat "pembuktian diri" (mesti dipatuhi ketika melaksanakan wasiat), oleh itu testimoni saksi boleh diabaikan ketika menjalankan probet. Sekiranya wasiat diisytiharkan tidak sah dalam probet, maka pewarisan dijalankan mengikut undang-undang kematian tak berwasiat (intestacy) seolah-olah wasiat tak pernah ditulis. Selalunya diberikan had masa, biasanya 30 hari, untuk wasiat dikemukakan untuk dijalani probet. Hanya surat wasiat asal boleh dikemukakan di kebanyakan tempat, salinan yang paling iras pun tidak diterima juga.

Lihat juga

sunting

Untuk penurunan harta yang tidak ditentukan oleh wasiat, rujuk pewarisan harta dan kematian tak berwasiat.

Rujukan

sunting
  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 386. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ "وَصَّى". Mu`jam al-Jāmi` `Arabiy `Arabiy. Almaany. 2010.

Pautan luar

sunting
Undang-undang
 
Sistem perundangan Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-undang antarabangsa

Sumber undang-undang Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut)
Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Ekuiti)

Penghukuman Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran)
Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan)
Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam)

Falsafah perundangan Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang
Lihat juga:Senarai cabang undang-undang