Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Buku-Buku UNDP-APDIP/Nota Penterjemahan

Daripada Wikibuku
Perihal buku
Buku-buku ini diterjemahkan daripada transkripsi buku-buku asal di Wikibuku bahasa Inggeris. Teks terjemahan ini juga diperiksa dengan teks buku asal yang terdapat di tapak web APDIP. Penggunaan teks transkripsi disebabkan oleh format PDF teks asal yang menyukarkan penyalinan teks untuk penterjemahan.
Istilah
Terjemahan ini menterjemahkan istilah-istilah bahasa Inggeris seperti nama-nama organisasi, perisian, lesen, dan sebagainya, akan tetapi mengekalkan istilah dan nama singkatan Inggeris seperti UNDP, ICT, PC, IP dan lain-lain, yang dianggap sudah biasa dengan para pembaca.
Kadang kala istilah Inggeris diletakkan dalam kurungan selepas istilah Bahasa Melayu. Ini untuk membantu kefahaman istilah-istilah komputer oleh pembaca yang mungkin tidak biasa dengan istilah-istilah Bahasa Melayu.
Petikan
Petikan percakapan ataupun penulisan diterjemahkan dalam badan teks dan kata-kata asal diberikan dalam nota kaki.
Pautan Wikipedia
Teks juga mengandungi beberapa pautan ke rencana Wikipedia yang berkaitan.