Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Dam/Mencatat permainan

Daripada Wikibuku
< Dam

Mencatat permainan merupakan satu aspek yang penting terhadap mereka yang bermain dam secara serius. Ia membolehkan seseorang mengkaji strategi dan mengukur kemajuannya. Ia juga membolehkan pemain tersebut mengkaji strategi pemain lawan atau jaguh dam yang permainannya direkodkan.

Terdapat dua jenis notasi yang lazim digunakan: notasi nombor dan notasi koordinat (notasi catur).

Notasi nombor

[sunting]
Penomboran papan dam

Notasi nombor dam menomborkan semua petak hitam di papan dam. Bermula di petak hitam atas kiri, mereka dinomborkan dari 1 hingga 32 sampai ke petak hitam terakhir di kanan bawah papan (bagi papan 8x8). Oleh itu petak hitam pertama di di kiri atas dinomborkan 1. Petak hitam kedua di sebelahnya dinomborkan 2, dan seterusnya. Maka, buah pemain Putih akan diletakkan di tiga baris bernombor 1 hingga 12 dan Hitam 21 hingga 32 (lihat rajah). Perlu dipastikan saiz papan yang digunakan kerana papan 10x10 misalnya, akan mempunyai 50 petak sah dan buah pemain akan bermula di petak 1 hingga 20 dan 35 hingga 50.

Kawasan tengah papan 8x8 pula dinomborkan 13 hingga 20. Petak sebelah kiri bernombor 5, 13, 21 dan 29 manakala petak sebelah kiri adalah 4, 12, 20 dan 28. Petak hitam di penjuru papan dinomborkan 4 dan 29 manakala 'petak penjuru' sekunder bernombor 1 dan 5.

Dalam merekod gerakan, buah di petak 9 yang mara ke kanannya akan tiba di petak 13. Notasinya ialah 9-13. Jika sebaliknya ia bergerak ke kiri ia akan tiba di petak 14 dan ditulis sebagai 9-14. Dan jika ia memakan buah lawan di petak 14 ia akan mendarat di 18 dan ditulis sebagai 9-18.

Notasi koordinat

[sunting]
b6-c5

Notasi koordinat diambil daripada catur. Ini kerana banyak permainan dam kini dimainkan di papan catur yang berlabel. Walaupun papan catur terhad kepada papan bersaiz 8x8, ia boleh diskalakan dengan mudah untuk papan dam yang lebih besar.

Dalam notasi koordinat, petak paling bawah kiri ialah a1, manakala petak atas kanan ialah h8. Oleh itu, buah Putih akan bermula di baris 6 - 8, manakala buah Hitam akan bermula pada baris 1 - 3. Baris 4 dan 5 pula merupakan kawasan tengah papan. Petak sebelah kiri berada di lajur a manakala petak sebelah kanan berada di lajur h.

Dalam merekod gerakan, buah di petak b6 yang mara ke kanannya akan tiba di petak a5. Notasinya ialah b6-a5. Jika sebaliknya ia bergerak ke kiri ia akan tiba di petak c5 dan ditulis sebagai b6-c5. Dan jika ia memakan buah lawan di petak c5 ia akan mendarat di d4 dan ditulis sebagai b6-d4.