FOSS Pengenalan Am/Perihal IOSN
International Open Source Network ("Jaringan Sumber Terbuka Antarabangsa") (IOSN) ialah sebuah inisiatif Asia-Pacific Development Information Programme ("Rancangan Maklumat Pembangunan Asia-Pasifik", APDIP) di bawah naungan UNDP. Matlamat keseluruhannya ialah untuk berfungsi sebagai Pusat Cemerlang dan Pusat Penyebaran Informasi berkaitan dengan Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FOSS) di rantau Asia-Pasifik. Untuk mempercepatkan penggunaan FOSS sejagat, IOSN berusaha untuk meningkatkan kesedaran, memudahkan perangkaian manusia, memperkukuhkan kebolehan, dan menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Benefisiari-benefisiari IOSN ialah kerajaan-kerajaan, para profesional Teknologi Maklumat (IT), para pembangun perisian, komuniti R&D FOSS, ahli akademik dan komuniti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). IOSN bertindak sebagai pusat sumber untuk membantu pembuat dasar dalam sektor swasta, institusi pendidikan, perniagaan dan lain-lain membuat dasar dan rencana buat penggunaan FOSS dalam organisasi masing-masing. Sebahagian besar aktiviti IOSN dilakukan dalam talian dan portal IOSN dibangunakan untuk tujuan ini dan bertindak sebagai pusat sumber yang menyeluruh berkaitan dengan FOSS. Portal IOSN juga menyediakan cara untuk komuniti FOSS di rantau ini menyumbang kepada usaahanya dan untuk berinteraksi sesama mereka.