Wikistudy
Selamat Datang ke WikistudyKaedah pembelajaran wiki-interaktif terkini Matlamat projek ini ialah untuk mengeluarkan buku rujukan dan latihan untuk para pelajar peringkat rendah dan menengah. Sesuai untuk para remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun yang sedang berada dalam sesi pembelajaran secara formal. Buku-buku ini dicipta dan diolah dengan jelas berpandukan sukatan KSSR (Kurikulum Standart Sekolah Rendah) dan KSSM (Kurikulum Standart Sekolah Menengah). Setiap modul pembelajaran adalah diselaraskan hampir mengikut kaedah pendidikan interaktif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Namun demikian, kaedah pembawakan pembelajaran ini tidaklah mengikut secara sepenuhnya kaedah pembelajaran oleh KPM, hal ini kerana sistem pembelajaran yang dibawa adalah dalam bentuk capaian wiki yang kandungan bersifat bebas untuk disunting. Kaedah pembelajaran yang digunapakai hendaklah bersifat ilmiah dan menyeronokkan serta dijelaskan dengan bantuan gambar, rajah, lakaran, dan lukisan asal. Buku Wikistudy disediakan oleh komuniti penulis, guru, pelajar dan orang-orang muda yang bekerja bersama-sama di seluruh dunia. Buku-buku ini mengemukakan maklumat fakta yang dapat ditentusahkan. Anda diundang untuk bersama-sama menyertai dan menulis, menyunting dan mengolah semula setiap modul dan buku untuk memperbaiki isinya. Buku-buku yang terkandung di sini dilesenkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU.
|