Big Ben
Koordinat: 51°30′02.2″N 00°07′28.6″W / 51.500611°N 0.124611°W
Big Ben ("Ben Gedang") ialah nama umum yang diberi kepada untuk loceng besar ("Great Bell") dalam menara jam di hujung utara Istana Westminster di London.[1] Nama samaran sering juga digunakan untuk memaksudkan jam atau menara berkenaan.[2] Menara ini secara rasmi dikenali sebagai Menara Elizabeth, dinamakan semula sebegitu kerana untuk meraikan Jubli Intan Elizabeth II (sebelum dinamakan semula pada tahun 2012 ia dikenali sebagai Clock Tower "Menara Jam"). Ini adalah jam berperanggu loceng bermuka empat yang terbesar di dunia, dan menara jam berdiri bebas ketiga tertinggi di dunia.[3] Jam ini mula berdetik pada 31 Mei 1859.[4][5]
Big Ben adalah lambang paling masyhur kota London, negeri England malah negara United Kingdom sendiri.[6][7] Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1987.[8]
Menara
[sunting | sunting sumber]Big Ben telah dibina sebagai sebahagian rekaan Charles Barry untuk istana yang baru selepas Istana Westminster lama telah dimusnahkan dalam kebakaran pada malam 16 Oktober 1834.
Menara ini yang tingginya 96.3 meter (316 kaki) direka bentuk dalam gaya Gothik Victoria. 61 meter (200 kaki) yang pertama struktur ini merupakan menara jam dan dibina dengan bata yang disaluti oleh batu; yang selebihnya merupakan puncak menara berangka yang diperbuat daripada besi tuangan. Menara ini berdiri di atas asas konkrit yang berukuran 15 meter kali 15 meter, dengan tebalnya sebanyak 3 meter (9 kaki), pada kedalaman sebanyak 7 meter (23 kaki) di bawah aras bumi. Beratnya Menara Big Ben sebanyak lebih kurang 8,667 tan panjang (9,553 tan metrik). Keempat-empat muka jam terletak 55 meter (180 kaki) di atas aras bumi.
Akibat keadaan bentuk muka bumi tanah sejak pembinaannya, Menara Big Ben condong sedikit ke barat laut sebanyak lebih kurang 220 milimeter (8.66 inci). Disebabkan kesan-kesan haba, menara ini condong setiap tahun sebanyak beberapa milimeter pada arah timur-barat.[9]
Muka jam
[sunting | sunting sumber]Muka jam ini pada satu ketika cukup besar untuk menjadikannya jam bermuka 4 yang paling besar di dunia. Rekod ini kini dipegang oleh jam Allen-Bradley di Milwaukee, Wisconsin. Mekanisme jam ini disiapkan pada tahun 1854 tetapi menara jam tidak disiapkan sehingga tahun 1858.
Muka jam dan dail ini adalah rekaan Augustus Pugin dan dibina menggunakan kerangka besi dengan garis lintang 7 meter. Kerangka ini mendakap 576 kepingan gelas opal, seperti tingkap kaca berwarna. Kepingan-kepingan kaca ini boleh ditanggalkan untuk pemeriksaan. Sekeliling permukaan dial disalutkan dengan kepingan emas (gilded). Pada kaki setiap muka jam terdapat tulisan Domine Salvam Fac Reginam Nostram Victorian Priman yang bermaksud “Tuhan Selamatkan Ratu Victoria I Kami”.
Nama Big Ben sebenarnya diberikan kepada loceng utama untuk Jam Besar Westminster. loceng utama yang beratnya 14.5 tonne dibuat dalam tahun 1856. Jam ini tidak pernah diberikan nama rasmi, tetapi legenda menyatakan bahawa Pesuruhjaya Pembinaan Sir Benjamin Hall mengarahkan sedemikian. Oleh kerana menara jam belum lagi siap, jam ini dipasangkan di New Palace Yard tetapi jam ini retak apabila diketuk oleh pengetuk loceng. Oleh yang demikian, jam ini dileburkan semula dan dibuatkan semula menjadi jam seberat 12.5 tonne dan 4 buah jam suku-jam. Jam besar mula bergerak pada 7 September 1859.
Semasa Perang Dunia II, Istana Westminster rosak terkena bom Jerman yang memusnahkan Dewan Perundangan House of Commons dan muka jam sebelah barat.
Loceng utama
[sunting | sunting sumber]Big Ben sebenarnya adalah nama tidak rasmi untuk loceng besar yang digantungkan di dalam rumah loceng di dalam Jam Besar Westminster. Loceng ini adalah sebahagian daripada mekanisme Jam Besar Westminster.
Loceng besar ini mula dibuat pada 10 April 1859 apabila besi lebur mula dituangkan dalam acuannya oleh syarikat George Mears di Stockton-on-Tees. Tetapi loceng ini mengalami keretakan apabila diuji dan retak menjadi dua bahagian. Dengan itu, loceng ini dileburkan semula di Foundri Loceng Whitechapel dan dijadikan loceng yang kecil sedikit daripada loceng asal. Apabila diuji sekali lagi, retak halus berlaku. Keputusan dibuat untuk memusingkan sedikit loceng tersebut dan saiz pengetuknya dikurangkan untuk mengelakkan lagi keretakan.
Asal nama Big Ben dikatakan berpunca dari nama ahli tinju Benjamin Caunt, yang ketika itu paling sohor di Britain. Ia juga mungkin berasal dari nama Sir Benjamin Hall.
Perbadanan Penyiaran British ataupun BBC memulakan penyiaran bunyi loceng Big Ben sebagai tanda waktu pada 31 Disember 1923. Satu mikrofon dipasangkan di dalam rumah loceng Jam Besar Westminster dan dihubungkan terus ke Broadcasting House, London. Bunyi loceng ini masih digunakan oleh BBC sebagai tanda waktu sehingga hari ini.
Loceng-loceng lain
[sunting | sunting sumber]Selain Big Ben, terdapat beberapa loceng lain yang lebih kecil ditempatkan di dalam rumah loceng Jam Besar Westminster, yang digunakan untuk memainkan melodi untuk setiap suku jam, setengah jam dan tiga suku jam. Not “C” dimainkan dengan cepat secara berturutan, dan dua pengetuk digunakan untuk membolehkan efek ini. Melodi loceng sebenarnya disusun mengikut seni kata "All through this hour, Lord be my Guide. And by thy power, no foot shall slide" yang bermakna “Sepanjang satu jam ini, Tuhan menjadi panduanku, dan dengan KuasaMu, tiada kaki akan tergelincir.”
Keandalan Masa
[sunting | sunting sumber]Jam Besar Westminster ini terkenal dengan ketepatannya mengikut masa. Keupayaan ini berpunca daripada kemahiran pembuat jam Edmund Beckett Denison (kemudiannya Lord Grimthorpe). Denison sebenarnya seorang peguam yang mempunyai hobi memperbaiki jam. Beliau juga mahir dalam ilmu horologi, iaitu ilmu mengukur masa dan ilmu membuat jam.
Mekanisme jam itu sendiri dibuat oleh Edward John Dent mengikut spesifikasi yang diberikan oleh Denison. Sementara menunggukan menara jam siap, Denison berpeluang membuat uji kaji ketetapan jamnya.
Disebabkan oleh lokasi jam ini ditempatkan dalam tempat yang tertutup, bandul jam ini dilindungi daripada faktor cuaca, ais dan juga burung-burung merpati yang banyak terdapat di kawasan Istana Westminster. Hasilnya, jam ini berupaya mengukur masa dengan tahap ketepatan yang amat tinggi dan tepat.
Pepatah Inggeris “putting a penny on” yang bermakna “mula perlahan” dikatakan berasal daripada cara untuk menala semula (fine-tuning) jam besar dengan cara menambahkan ataupun mengurangkan kepingan duit syiling satu penny. Cara ini masih digunakan, walaupun syiling penny itu sendiri tidak lagi digunakan selepas British menggunakan mata wang decimal dalam tahun 1971.
Jam Besar Westminster ini masih berfungsi dengan baik walaupun semasa Blitz, pengeboman London semasa Perang Dunia II. Tetapi pada tahun baru 1962, jam ini lambat sehingga 10 minit disebabkan oleh salji tebal, dan bunyi jam untuk tahun baru tersebut terlewat 10 minit.
Jam Besar Westminster ini mengalami kerosakan kali pertama dalam tahun 1976 dan perlu diperbaiki. Mekanisme yang menghasilkan bunyi loceng rosak kerana kelesuan logam pada 5 Ogos 1976. Kerja pembaikan hanya siap pada 9 Mei 1977. Sementara kerja pembiakan dibuat, BBC terpaksa menggunakan bunyi “pip” elektronik sahaja. Jam Besar ini terhenti pada 30 April 1997, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Britain 1977 dan sekali lagi terhenti tiga minggu kemudian. Pada 27 Mei 2005, Jam Besar ini terhenti selama 90 minit kerana cuaca terlalu panas (sehingga 31.8 °C/90 °F0) sebelum bergerak semula.
Pada Oktober 29 2005, mekanisme jam ini terhenti kira-kira selama 33 jam supaya jam tersebut dapat dibaiki untuk servis. Ini merupakan masa terpanjang yang diambil untuk kerja-kerja pembaikian dijalankan dalam tempoh masa 22 tahun.[4]
Pada tahun 2005 juga, sebuah manual pengganas telah dijumpai tempat Abu Hamza al-Masri, yang menanda Big Ben, The Statue of Liberty dan Menara Eiffel sebagai sasaran pihak pengganas. Dalam kes ini, The Old Bailey pada tahun 2006 telah menolak semua tuduhan yang menyatakan bahawa semua tempat-tempat yang telah ditanda bukan merupakan sasaran pengganas.
Sebuah "loceng suku" Big Ben telah dikeluarkan untuk dibaik pulih selama empat minggu mulai 0700 GMT pada 5 Jun 2006[10], ini disebabkan oleh kerosakan dan perlu dibaiki dan sevis.[11]
Budaya
[sunting | sunting sumber]Di England, Big Ben akan menjadi tumpuan pada setiap perayaan Tahun Baru, di mana stesyen-stesyen radio dan TV akan memggunakan bunyi yang unik itu untuk menandakan kedatangan tahun baru. Begitu juga pada Hari Peringatan, bunyi loceng Big Ben akan berbunyi pada jam 11, hari ke 11 pada bulan 11. Ini akan diikuti dengan 2 minit tempoh berdiam diri sebagai penghormatan.
Bertahun-tahun lamanya, siaran berita "News at Ten" di stesyen TV - ITN bermula dengan gambar dan bunyi Big Ben, sehinggalah ke hari ini, konsepnya masih begitu. Begitu juga bunyi jam Big Ben akan dibunyikan untuk menandakan waktu yang di siarkan di corong-corong radio BBC Radio 4 dan BBC World Service, yang mana semenjak 31 Disember, 1923 lagi bunyi tersebut adalah bunyi asli, iaitu pemasangan sistem mikrofon diletakkan di jam Big Ben dan bunyi terhasil di Bangunan Penyiaran.
Big Ben juga digunakan dalam kelas untuk mendemonstrasi prebezaan antara kelajuan cahaya dan kelajuan bunyi. Pengunjung yang melawat Big Ben yang berdiri di bawah menara jam tersebut biasanya akan mendengar bunyi loceng kira-kira 1/6 saat kemudian selepas bunyi loceng tersebut dibunyikan (Jika loceng tersebut diletakkan pada ketinggian 55 meter. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pantulan bunyi.
Imej jam tersebut juga dijadikan logo syarikat perfileman Filim London.
Dalam budaya
[sunting | sunting sumber]- Strukturnya ada ditunjukkan dalam filem-filem seperti The Thirty Nine Steps, V for Vendetta, Shanghai Knights, Basil, The Great Mouse Detective, Independence Day, My Learned Friend, Mars Attacks, National Lampoon's European Vacation, The Avengers, Gorgo, Peter Pan, Over the Hedge and Over the Hedge: The Giant Squirrel It has also been shown in various television shows such as Futurama, The Simpsons, Doctor Who (particularly in The Dalek Invasion of Earth, Aliens of London, The Empty Child and The Christmas Invasion) and Captain Scarlet.
- Bunyinya pula terdapat dalam bangsawan Stephen Sondheim musical Sweeney Todd, first heard as the title character arrives back into a London port and recurring throughout the piece, helping to maintain a sense of location.
- Menara jam tersebut ada muncul di Kingdom Hearts, part of the level relating to Disney's adaptation of J.M. Barrie's Peter Pan.
- Dan di Yu-Gi-Oh! Trading Card Game, the card Clocktower Prison of the Destiny Heroes is designed after the tower.
- Juga dalam Mainan Komputer James Bond James Bond 007: From Russia with Love Big Ben digunakan sebagai pembayang
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Story of Big Ben". Whitechapel Bell Foundry. Dicapai pada 2008-10-19.
- ^ Fowler, H. W. (1976). The Concise Oxford dictionary of current English. First edited by H. W. Fowler and F. G. Fowler (ed. Sixth edition). Clarendon Press. m/s. 95. ISBN 0198611218.
Big Ben, great bell, clock, and tower, of Houses of Parliament
|edition=
has extra text (bantuan) - ^ "25 tallest clock towers/government structures/palaces" (PDF). Council on Tall Buildings and Urban Habitat. January 2008. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-10-30. Dicapai pada 2008-08-09.
- ^ Happy birthday, Big Ben, The Times, January 1 2009, m/s. 1 Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Join in the anniversary celebrations, United Kingdom Parliament
- ^ "Palace of Westminster and Westminster Abbey including Saint Margaret's Church". UNESCO.
- ^ "Big Ben in films and popular culture". The Daily Telegraph. 8 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2022.
- ^ Centre, UNESCO World Heritage. "UNESCO World Heritage Centre - World Heritage List". UNESCO World Heritage Centre (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-08.
- ^ [1] Diarkibkan 2006-02-03 di Wayback Machine
- ^ [2]
- ^ [3]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Big Ben. |
- Big Ben Webcam, Houses of Parliament, London, UK
- Big Ben photo gallery
- Explore Parliament Diarkibkan 2007-04-03 di Wayback Machine
- Whitechapel Bell Foundry on Big Ben
- Factsheet from Palace of Westminster (includes details on The Great Clock) Diarkibkan 2008-05-28 di Wayback Machine
- Big Ben
- Innovative engineering to control Big Ben's tilt Diarkibkan 2007-07-12 di Wayback Machine - A technical paper from Cambridge University
- Skyscrapernews detail on Big Ben
- Big Ben widget for Opera
- Big Ben Clock widget on Yahoo! widgets
- Aerial view at Google Local
- Notes and Images on 1976 repairs