Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bulla paus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bulla paus atau titah-perintah/warta paus (bahasa Latin: bulla papalis) merupakan suatu jenis surat atau piagam yang diwartakan oleh Paus ketua Gereja Katolik. Surat ini dicap dengan mohor diperbuat daripada timah hitam (bulla[1]) yang ditambahkan pada lipatan tertutupnya sebagai tanda pengesahan penulis atau pewartanya.

Bulla kepausan telah digunakan setidaknya sejak abad ke-6, tetapi istilah ini belum digunakan sehingga sekitar akhir abad ke-13, dan kemudian baru digunakan secara dalaman untuk keperluan administratif yang tidak resmi. Pada abad ke-15, ia digunakan secara rasminya dalam salah satu perkhidmatan dari Pejabat Kepausan dinamakan "pencatatan bulla-bulla" (registrum bullarum).[2]

Isi teks warta ini tiada bentuk yang khusus, malah ia boleh dikarang seringkasnya. Bahagian penutup ia terdiri daripada suatu "datum" pendek yang tertera tempat, tarikh dan tahun pemerintahan Paus serta tandatangan Paus tersebut. Suatu cap mohor dikenakan bersebelahan datum ini.

Titah perintah ini adakalanya ditandatangani Paus sendiri dengan format "Ego N. Catholicae Ecclesiae Episcopus" ("Saya, ______ , Uskup Gereja Katolik") bersama monogram peribadinya, tandatangan para saksi serta suatu cap mohor. Tugasan tersebut kini lebih dilakukan sebuah anggota Kuria Rom bagi pihak beliau, biasanya oleh Setiausaha Negara Kardinal, maka sebarang monogram tidak dipakai.

  1. ^ "bulla". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 100.
  2. ^ Thurston, Herbert. "Bulls and Briefs." The Catholic Encyclopedia. Vol. 3. New York: Robert Appleton Company, 1908. 23 Jul. 2014

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]