Fenomena (filem)
Fenomena | |
---|---|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Penulis | Zain Mahmood |
Lakon layar | Aziz M. Osman |
Dihasilkan oleh | Zain Mahmood |
Dibintangi | Ramona Rahman M. Nasir Amy Search |
Sinematografi | Bade Hj. Azmi |
Disunting oleh | Bade Hj. Azmi |
Muzik oleh | M. Nasir |
Syarikat penerbitan | Teletrade Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 149 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM1 juta |
Fenomena merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 1990 arahan Aziz M. Osman dan ditayangkan pada 31 Mei 1990.[1] Ia dibintangi oleh Ramona Rahman, M. Nasir dan Amy Search, mengisahkan tentang pengembaraan seorang wanita British yang lahir di Malaysia. Dia kembali ke Terengganu, negeri yang menjadi tempatnya menghabiskan zaman kanak-kanak. Filem ini merupakan percubaan sulung Aziz sebagai pengarah.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Isabella, anak kepada Tuan Howell, seorang pengurus lombong bijih besi di Bukit Besi, Terengganu, telah menghidapi sejenis penyakit yang aneh ketika berusia setahun. Pada suatu malam Isabella menangis tidak henti-henti hingga mendorong tukang kebun mereka Wak Labib yang juga dukun cuba mengubatinya. Serta merta Isabella berhenti menangis dan segar seperti kanak-kanak sihat.
Setelah 24 tahun berlalu, Isabella yang kini sarjana di Universiti London dalam bidang pengajian penyakit ganjil tersebut. Doktor-doktor di England berpendapat bahawa Isabella hanya berpeluang hidup selama enam bulan lagi. Isabella tidak dapat menerima hakikat itu, berpendapat hanya Wak Labib mampu mengubati penyakitnya, berazam kembali ke Bukit Besi untuk menemuinya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Ramona Rahman sebagai Isabella
- M. Nasir sebagai Azlan
- Amy Search sebagai Suhaimi
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Abu Bakar Omar sebagai Wak Labib
- Johan Abdullah sebagai Mr. Howell
- Hashimah Zulkifli sebagai Mrs. Howell
- Afidah Es sebagai Limah
- Nur Amarina Zulkifli sebagai Seri
- Mohd Yunus Osman sebagai Sudin
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Mustapha Maarof sebagai Doktor
Tema
[sunting | sunting sumber]Fenomena diserikan dengan elemen kerohanian dan nilai-nilai yang berkait rapat dengan masyarakat Melayu di Malaysia.
Runut
[sunting | sunting sumber]- Istana Menanti - Rahim Maarof (ciptaan M. Nasir)
- Fenomena - Search
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Fenomena meraih banyak anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-9 pada 1991 dan anugerah yang dimenangi adalah seperti berikut:
- Skor Muzik Terbaik – M. Nasir
- Lagu Tema Terbaik – M. Nasir
- Jurukamera Terbaik – Badaruddin Azmi
- Penataan Bunyi Terbaik – Musa Idris
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Noramarina Zulkifli
- Anugerah Khas Juri – Filem Box-Office
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Fenomena, arahan sulung Aziz M. Osman", Berita Harian, 26 Mei 1990.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2018-07-15.