Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Howard Hughes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5731946 pada 00:22, 10 Disember 2022 oleh 2001:e68:5409:8187:2d0d:67ff:cf20:7ed2 (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Howard Hughes
Kelahiran(1905-12-24)24 Disember 1905
Meninggal dunia5 April 1976(1976-04-05) (umur 70)
PekerjaanPengerusi, Hughes Aircraft; usahawan; juruterbang; jurutera; penerbit dan pengarah filem
Nilai bersih USD43.4 bilion, menurut rencana Tokoh sejarah yang terkaya 2008 - Februari 2008, USD12.8 bilion (Forbes 400 1958),
PasanganElla Rice (1925-1929)
Terry Moore (dikatakan) (1949-1976)
Jean Peters (1957-1971)

Howard Robard Hughes, Jr. (24 Disember 1905 – 5 April 1976) ialah juruterbang, usahawan, penerbit/pengarah filem, dan dermawan, serta juga salah satu orang yang terkaya di dunia. Beliau terkenal kerana mencatat banyak rekod laju udara, membina kapal terbang Hughes H-1 Racer dan H-4 Hercules, menerbitkan filem Hell's Angels, Scarface dan The Outlaw, serta memiliki dan mengembangkan Trans World Airlines. Pada hari ini, Hughes masih merupakan tokoh abad ke-20 yang ikonik, bukan sahaja kerana pencapaian profesionalnya, tetapi juga kerana tingkah lakunya yang esentrik pada akhir hayatnya. Walaupun seorang penyendiri serta pesakit gangguan obsesif-kompulsif yang terkenal, Hughes dipercayai oleh banyak orang sebagai salah satu orang Amerika Syarikat yang amat bijak serta juga salah satu juruterbang Amerika Syarikat yang paling berjaya sehingga hari ini.

Howard Hughes ialah penerima Pingat Emas Kongres (dihadiahkan pada 7 Ogos 1939).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]