Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Kulai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandar Kulai
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Johor
DaerahKulai
MukimBandar Kulai
KeluasanN/A

Bandar Kulai merupakan bandar di Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Bandar ini berada sejauh 29 km dari Johor Bahru, ibu negeri Johor dan sejauh 8 km dari Skudai. Tempat-tempat lain yang berhampiran dengan Bandar Kulai ialah Sengkang, Sedenak, Saleng, Selong dan Senai.

Di arah tenggara Bandar Kulai ialah Gunung Pulai (654 m). Jarak bandar ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ialah 15 km sahaja.

Bandar Kulai merupakan simpang tiga iaitu ke Johor Bahru di selatan. Jalan raya ke barat laut menuju ke Ayer Hitam dan Simpang Renggam. Jalan ke timur menuju ke Kota Tinggi. Landasan kereta api juga melalui bandar ini.

Bandar Kulai merupakan ibu daerah serta pusat pentadbiran bagi daerah baru Kulai dan terletak di dalam Metropolis Iskandar Malaysia.

Foon Yew High School cawangan Kulai turut terletak dekat sini.


Kulai masih merupakan sebuah hutan liar pada tahun 1892. Orang terawal yang menerokai Kulai ialah Huang Guo Mao yang pulang ke China untuk mengambil banyak orang Cina supaya dapat menjalankan kerja penerokaan dan pembinaan.[perlu rujukan]

Pada tahun 1902, Tan Yoke Fong dari China Selatan tiba di Kulai dan menerokai Pekan Baru Kulai[perlu rujukan] (bahasa Cina: Xin Jie Chang). Fu Wen Zhang dari Melaka juga melibatkan diri dalam kerja penerokaan Pekan Baru serta Taman Kluang yang seluas 4,000 ekar. Pada tahun 1910, Ngu Wan Zhi tiba di Kulai dan membeli tiga buah biji kereta Lamborghini daripada seorang penghuni Melayu. Beliau memajukan tanah itu menjadi lima biji kereta lamborghini. Kemudian, pondok-pondok itu dibina semula menjadi lima belas biji rumah kedai atap sederet. Kebanyakan kedai ini dijadikan perniagaan kedai kopi atau menjual petrol.

Pada tahun 1937, sepuluh buah rumah kedai batu dua tingkat sederet (iaitu kedudukan Klinik Kulai sekarang) serta sederet rumah kedai di hadapannya dibina oleh Fu Teck Hui dan Fu Teck Nan.[perlu rujukan] Dengan terbinanya bangunan-bangunan yang lain, terbentuklah pekan Kulai.

Perang Dunia II dan selepas

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1941, semasa Perang Dunia II, pihak British membakar kedua-dua baris rumah kedai itu. Ketika tentera Jepun tiba, mereka mengebom dan memusnahkan pekan Kulai. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan-bangunan termusnah ini dibina semula menjadi kedai-kedai papan dua tingkat.

Pada tahun 1947, terjadinya kebakaran kali kedua di Kulai yang melibatkan kedai-kedai yang berada di tapak bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekarang.[perlu rujukan] Melebihi dua puluh buah kedai termusnah. Ini diikuti oleh kebakaran kali ketiga pada tahun 1960 yang memusnahkan Kedai Runcit Seng Fat yang terletak di dalam kawasan pasar lama. Sepuluh tahun kemudian pada tahun 1970, tujuh buah kedai dan empat buah rumah di Jalan Pasar pula dijilat api.

Kebakaran-kebakaran terbesar

[sunting | sunting sumber]

Bagaimanapun, kejadian kebakaran yang paling dahsyat berlaku pada kali kelima dan keenam, iaitu pada 4 Julai 1981 dan 29 Ogos 1981. Melebihi seratus buah bangunan termusnah dalam kebakaran-kebakaran tersebut. Setelah berlakunya kebakaran-kebakaran ini, sebanyak 21 buah kedai makan dan 7 buah kedai getah telah menamatkan perniagaan mereka. Menurut feng-shui, kedua-dua jenis perniagaan ini tidak sesuai dijalankan di kawasan-kawasan itu. Selain itu, sewa kedai antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan juga terlalu tinggi untuk memperoleh sebarang keuntungan.

Mengikut kajian feng-shui, Kulai adalah sebidang tanah yang makmur. Bangunan-bangunan yang terbakar itu kini digantikan dengan 7 buah bank, 8 buah kedai emas, 9 buah syarikat kewangan dan lebih kurang 50 buah kedai menjual kereta. Kini, hanya tertinggal sebuah kedai makan yang paling lama dalam sejarah Kulai, iaitu Kedai Makan Yan Yan Loi. Kedai tersebut telah dibina pada dekad 1940-an dan pernah merupakan kedai yang terkenal.

Sejak kebakaran terakhir di Kulai, pelbagai aspek, khususnya dari segi pembinaan dan perkembangan, telah bertambah maju. Tidak lama kemudian, tempat ini telah dijadikan tapak perindustrian yang baru. Ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada penghuni-penghuni tempatan.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Majlis Perbandaran Kulai

Bandar Kulai ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulai.

Kawasan Felda

[sunting | sunting sumber]

[1]

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan kesihatan

[sunting | sunting sumber]
  • Kulai Dental Surgery,No. 43, A, Lorong Ismail, 81000 Kulai
  • My Pharmacy (Kulai) Sdn Bhd,No. 38, Jalan Titiwangsa 3/2, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru
  • Poh Wan Medical Trading Co,No. 41, Jalan Susur Kulai 4, Taman Sri Kulai Baru, 81000 Kulai
  • Tabib Perubatan S D Yong,No. 10, Jalan Susur Kulai 4, Taman Sri Kulai Baru, 81000 Kulai
  • Klinik Adham Sdn Bhd, 155 A jalan Susur 3,81000 Kulai
  • Klinik Adham Indahpura, Jalan Teratai 36/17, Taman Indahpura, 81000 Kulai
  • Maybank (Auto Finance Services), No.43 Jalan Susur Kulai 4, Tmn Sri Kulai Baru, 81000 Kulai Johor
  • Maybank Berhad, No.46 Jalan Raya Kulai, 81000 Kulai Johor
  • AmFinance Bhd,31-7, Jalan Susur Kulai 1, Kulai Besar, 81000 Kulai
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd,No. 4, Jalan Anggerik 1, Taman Kulai Utama, 81000 Kulai
  • Bank Pertanian Malaysia,No. 34, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Kulai Besar, 81000 Kulai
  • Bumiputra-Commerce Bank Bhd,31-10, Jalan Susur Kulai 1, Kulai Besar, 81000 Kulai
  • Chung Khiaw Bank Ltd,31-1, Jalan Susur Kulai 1, Kulai Besar, 81000 Kulai
  • Hong Leong Bank Bhd,No. 6, Jalan Anggerik 1, Taman Kulai Utama, 81000 Kulai
  • Public Bank Bhd,42-2, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Kulai Besar, 81000 Kulai
  • RHB Bank Bhd,No. 4, Jalan Susur Kulai 1, Taman Seraya, 81000 Kulai

Stesen minyak

[sunting | sunting sumber]
  • Stesen Minyak Shell, Jalan Kulai Besar Batu 19 1/2, Kulai Besar, 81000 Kulai
  • Lian Fatt Fuel Pump Service,23-3, Jalan Susur Kulai 1, Kulai Besar, 81000 Kulai

Kereta api

[sunting | sunting sumber]
  • KTMB Distribution Sdn Bhd,Stesyen Keretapi Kulai, Jalan Raya, 81000 Kulai

Teknologi Maklumat

[sunting | sunting sumber]
  • MSC Cyberport City

Pertubuhan

[sunting | sunting sumber]
  • Koperasi Felda Bukit Batu Kulai Bhd,Bangunan Koperasi Felda, Jalan Pekeliling, Felda Bukit Batu, 81000 Kulai

Persatuan

[sunting | sunting sumber]
Persatuan Hakka Kulai
  • Chinese Chamber Of Commerce Kulai,No. 149, Jalan Serunai, Taman Sri Kulai Baru 2, 81000 Kulai
  • Fung Shun Association,No. 142, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Kulai Besar, 81000 Kulai
  • MIC Bahagian Kulai,No. 125, A, Jalan Bunga Kiambang, Taman Aman, 81400 Senai
  • Persatuan Fui Chew Kulai,No. 1, Jalan Susur Kulai 4, Taman Sri Kulai Baru, 81000 Kulai
  • Persatuan Hakka Kulai,No. 144, Jalan Susur Kulai 3, 81000 Kulai
  • Persatuan Ibubapa-Guru Srjk (C) Kulai 2,No. 45, Jalan Abu Bakar, 81000 Kulai
  • Persatuan Lee Kulai Johor,MLO5264, Jalan Air Hitam, Kelapa Sawit, 81000 Kulai
  • Persekutuan Hokkien Kulai,42-9, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Kulai Besar, 81000 Kulai
  • Putri Kulai Recreational Club Bhd,PTD18660, Recreational Club, Jalan Persiaran Sri Putri 3, Taman Putri, 81000 Kulai
  • The Kulai District Liew Clan Association,S96, Kelapa Sawit, 81030 Kulai
  • The Management Commitee Of The Kulai Chinese Cemetery,No. 1, A, Jalan Makmur 1, Taman Makmur, 81000 Kulai
  • Hanson Quarry Products (Kulai) Sdn Bhd,16B, Jalan Tebrau, Kampung Wadihana, 80250 Johor Bahru
  • Hanson Quarry Products (Kulai) Sdn Bhd,No. 3563, Kulai Young Estate, 81000 Kulai
  • Hume Quarries (Kulai) Sdn Bhd,No. 36, A, Jalan Pinang, Taman Kota Kulai, 81000 Kulai
  • Kulai Batu Quarry Sdn Bhd,Kulai Batu Quarry Sdn Bhd, Jalan Off Gunung Pulai, 81000 Kulai

Syarikat pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
  • Kulai Tai Heng Bus Sdn Bhd,No. 232, Jalan Pinang 1, Taman Kota Kulai, 81000 Kulai
  • Kulai Transport Co Sdn Bhd,No. 126, Jalan Raya, 81000 Kulai

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Pejabat Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
  • Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Persiaran Indahpura 4, 81000 Kulai, Johor [2]

Sekolah Kebangsaan

[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan

[sunting | sunting sumber]
  • SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Batu 21, Jalan Ayer Hitam, 81000 Kulai, Johor.
  • SMK Kelapa Sawit, Batu 26, Jalan Ayer Hitam, Taman Sri Kulai Baru 2, 81030 Kulai, Johor.
  • SMK Munshi Abdullah, Batu 21, Jalan Air Hitam, 81000 Kulai, Johor.
  • SMK Sultan Ibrahim, Jalan Lengkongan, 81000 Kulai, Johor.
  • SMK Taman Kota Kulai, Persiaran Sri Putri, Taman Putri, 81000 Kulai, Johor.
  • SMK Taman Putri, Jalan Sri Putri 1/16, Taman Putri, 81000 Kulai, Johor.
  • SMK Indahpura 1, Jalan Indahpura Utama, Taman Indahpura, 81000 Kulai, Johor.
  • SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Sisiran Indahpura 36/6, Taman Indahpura, 81000 Kulai, Johor.
  • SMK Kulai Besar, Batu 19, Jalan Ayer Hitam, Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor.
  • SMK Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor.

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

[sunting | sunting sumber]
  • SJK(C) Batu, Bukit Batu, 81020 Kulai, Johor.
  • SJK(C) Bemban, Air Bemban, 81020 Kulai, Johor.
  • SJK(C) Sawit, Kelapa Sawit, 81030 Kulai, Johor.
  • SJK(C) Sedenak, Kampung Baru Sedenak, 81010 Kulai, Johor.
  • SJK(C) Sengkang, Sengkang Kulai, 81000 Kulai, Johor.
  • SJK(C) Kulai 1, Jalan Sekolah Cina, 81000 Kulai, Johor.
  • SJK(C) Kulai 2, Jalan Sekolah Cina, 81000 Kulai, Johor.
  • SJK(C) Kulai Besar, Jalan Saga, Taman Kota Kulai, 81000 Kulai, Johor.

Sekolah Tinggi Persendirian Cina

[sunting | sunting sumber]
  • Sekolah Menengah Foon Yew (cawangan Kulai), Lot 1591 (Zon 24), Jalan Persiaran Indahpura 6, Taman Indahpura, 81000 Kulai, Johor.

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)

[sunting | sunting sumber]

Lain-Lain

[sunting | sunting sumber]
  • Sekolah Music Public, No. 13, Jalan Seruling 1, Taman Sri Kulai Baru 2, 81000 Kulai, Johor.

Individu/Kumpulan Terkenal Asal Kulai

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]