Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Mana Mau Lari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mana Mau Lari
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenulisAhadiat Akashah
Dihasilkan oleh
Eksekutif
Dibintangi
Disunting oleh
  • Hafiz A. Rashid
  • Wan Fathi Kamil
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
27 November 2014
Masa tayangan
85 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Mana Mau Lari merupakan sebuah filem komedi pengembaraan Malaysia 2014 arahan Abdul Razak Mohaideen, lakonan Saiful Apek, Yassin Yahya, Tauke Jambu dan Shuk Balas. Ia mengisahkan tentang persahabatan diantara empat orang penunggang motosikal berkuasa tinggi menolong antara satu sama lain selepas sebuah daripada motosikal mereka hilang ketika dalam pengembaraan. Filem ini ditayangkan pada 27 November 2014. Saksikan Mana Mau Lari Mulai 27 November Khamis 12:00 Malam Tayangan Serentak Di Astro Citra Astro Warna & Astro Maya HD [1][2]

Sebuah geng Harley Rider yang bernama “Kassem Selamat” yang terdiri daripada Abang Pen, King, Kapten dan Kyo memutuskan untuk pergi bercuti di Cowboy Town bagi meraikan kemenangan Abang Pen di pertandingan “motor-cross” baru-baru ini. Di chalet berkenaan, motor Abang Pen telah dicuri oleh seorang penunggang misteri misteri. Atas dasar setiakawan, mereka berempat memulakan pencarian yang bakal menguji persahabatan dan keberanian mereka! Dalam misi “memburu” penunggang misteri, banyak kejadian pelik, lucu dan ngeri telah mereka harungi. Abang Pen yang melihat keadaan iti akhirnya mengalah dan merancang untuk pulang. Sewaktu mereka singgah di chalet di mana Abang Pen kehilangan motornya, mereka terkejut kerana melihat motor Abang Pen masih di tempat asal dan seperti tidak pernah disentuh! Siapakah pencuri yang mereka kejar? Adakah mereka bermimpi? Tetapi apa yang mereka tempuhi benar-benar terjadi. Ini menimbulkan keraguan pada mereka bahawa adalah selama ini motor itu dicuri hantu.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Mana Mau Lari diarahkan oleh A Razak Mohaideen dengan skrip ditulis oleh novelis terkenal Ahadiat Akashah, ia merupakan filem pertama arahannya dalam tempoh dua tahun selepas kali terakhir menduduki kerusi sutradara menerusi dua filem arahannya, Bujang Terlajak dan Ngorat yang kedua-duanya ditayangkan pada 2012.[3] Ketika penggambaran dijalankan, satu insiden kemalangan telah berlaku melibatkan Yassin dan pelakon baharu, Aliff Yasraff.[4]

Filem ini turut mendapat tajaan dari jenama motosikal berkuasa tinggi terkenal, Harley-Davidson.[5] Penggambaran dijalankan selama 28 hari meliputi beberapa lokasi termasuk Putrajaya, Shah Alam, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Baru.[6]

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Mana Mau Lari ditayangkan pada 27 November 2014.

  1. ^ "'Mana Mau Lari' 100% Tentang Bikers, Bakal di Pawagam November Ini". Malaysia Digest. 24 Oktober 2014. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  2. ^ "Mana Mau Lari Bakal Menggegar Pawagam". Astro Shaw. 2 Disember 2014. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  3. ^ Akmaliah Razak (1 November 2014). "Mana Mau Lari percaturan Razak Mohaideen". Sinar Harian. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (26 Oktober 2014). "Razak Mohaideen Kembali Mengarah Selepas 2 Tahun Menyepi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  5. ^ "Lima perkara menarik tentang filem 'Mana Mau Lari'". Astro Awani. 28 November 2014. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  6. ^ Akmaliah Razak (1 November 2014). "Mana Mau Lari percaturan Razak Mohaideen". Sinar Harian. Dicapai pada 27 Julai 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]