Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Nadiyah Shahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nadiyah Shahab
Kelahiran
Sharifah Nadiyah binti Syed Fuad Al Shahab

(1991-05-29) 29 Mei 1991 (umur 33)
PendidikanUndang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti London, Singapura
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2016–kini
Ketinggian5 ft 7 in (1.7 m)
PasanganBen Ali (berkahwin 2018)

Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab atau lebih dikenali sebagai Nadiyah Shahab (lahir 29 Mei 1991) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Singapura.[1] Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Tengku Natasha dalam Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose.[2]

Kerjaya

Sebelum menjadi pelakon, Nadiyah terlebih dahulu menjadi pengacara rancangan travelog Lost At Sea yang bersiaran di Go Asean yang mana beliau menjelajah bandar-bandar di rantau ASEAN setiap minggu dengan beberapa petunjuk tanpa menggunakan buku panduan.[3][4]

Beliau juga pernah muncul dalam rencana bertajuk "The Women We Love Of Instagram" yang disiarkan dalam majalah Esquire pada April 2016.[5]

Mengikut jejak langkah ramai artis senegaranya, Nadiyah berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonan.[6] Beliau membuat penampilan drama televisyen pertamanya dalam drama adaptasi novel Encik Suami Mat Salih Celup lakonan Nelydia Senrose dan Daler Yusuf. Nadiyah mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi watak Tengku Natasha lakonannya dalam drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Datuk Farid Kamil dan Nelydia.[7]

Nadiyah muncul bersama Zizan Razak dalam telefilem bertajuk Misteri Maria arahan Rusdi Ramli yang memulakan tayangan perdana di ntv7 pada 25 Mac 2018. Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini ialah Mas Khan dan Zila Bakarin.[8] Beliau kembali digandingkan bersama Zizan dalam supertelefilem Saya Jual Ye Bang yang ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 14 Mac 2019, yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose.[9]

Kehidupan peribadi

Nadiyah merupakan anak sulung daripada dua beradik, adiknya ialah Syed Adni. Pada 13 Januari 2018, beliau dan bekas pelakon Ben Ali melangsungkan pertunangan di sebuah majlis di negara kelahirannya, Singapura. Ia turut dihadiri rakan artis, Uqasha Senrose dan dua adiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose.[7][10] Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti London, Singapura.

Pada 1 April 2018, Nadiyah dilaporkan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana tidak memiliki permit bekerja,[11] beliau ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Johor, selepas tiba dari Singapura.[11]

Beliau berkahwin dengan Ben Ali pada 11 November 2018.[12]

Filemografi

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Lost At Sea Dirinya sendiri Go Asean Travelog
2017 Encik Suami Mat Salih Celup Keisha Adriana TV3
Mr. Hijab Saleha
Hikayat Cinta Si Pematah Hati Tengku Zarynn Astro Ria
Kelip-Kelip Di Kota London Jasmine TV3
2018 Shah & Zam Amyra
Lafazkan Kalimah Cintamu Tengku Natasha Astro Ria Slot MegaDrama
Misteri Maria Maria ntv7
Doa Ku Mohon TV3
Kek Untuk Kapten Mia Sofia MediaCorp Suria
Mama Tak Akan Sama Nasha/Aleeya ntv7
2019 Asalkan Dia Bahagia Afida TV3 Slot Akasia
Saya Jual Ye Bang Astro First Eksklusif

Rujukan

  1. ^ Biodata Nadiyah Shahab Azhan.co (31 Oktober 2017). Diperoleh pada 19 April 2018.
  2. ^ Martin Carvalho, Allison Lai and R. Aravinthan (29 Januari 2018). "Barbie: I'm all original, not plastic". The Star (Malaysia). Dicapai pada 5 Mei 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ Mumtaj Begum (8 Disember 2015). "Model-turned-TV host Nadiyah Shahab likes to get lost". Star2. Dicapai pada 20 Julai 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ "Akal budi Nadiyah Shahab". Utusan Malaysia. 1 Mei 2016. Dicapai pada 20 Julai 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ "The Women We Love Of Instagram: Nadiyah Shahab". Esquire Malaysia. 16 April 2016. Dicapai pada 27 April 2018.
  6. ^ Zulhilmi Jalil (25 Februari 2018). "Nadiyah takut penonton agresif". Kosmo!. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  7. ^ a b Amirah Amaly Syafaat (28 Januari 2018). Dilema seorang wanita berwajah cantik Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 April 2018.
  8. ^ "Sinopsis Misteri Maria NTV7". Nota Info. 24 Mac 2018. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  9. ^ Syanty Octavia Amry (14 Mac 2019). "Tak guna 'kabel' pun- Nadiyah". Harian Metro. Dicapai pada 15 Mac 2019.
  10. ^ "Beruntung jatuh cinta dengan rakan baik sendiri - Nadiyah Shahab". Astro Awani. 22 Januari 2018. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  11. ^ a b Najiy Jefri (2 April 2018). "Nadiyah tak lepas tiada permit". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  12. ^ "Pelakon Nadiyah Shahab, Ben Ali selamat disatukan". Sinar Harian. 11 November 2018. Dicapai pada 20 November 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar