Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Oksidoreduktase

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5696892 pada 00:26, 23 Oktober 2022 oleh PeaceSeekers (bincang | sumb.) (Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Oksidoreduktase''' ialah sejenis enzim yang memangkinkan pertukaran elektron dari satu molekul ke satu lagi molekul. Enzim kumpulan ini lazimnya menggunakan NADP+ atau NAD+ sebagai kofaktor.<ref>{{cite book |author = Eric J. Toone |title = Advances in Enzymology and Related Areas of Molecular Biology, Protein Evolution |url = https://books.google.com/books?id=Pmh8yToeuloC |format = |edition = Volum 75 |year = 2006 |publisher...')
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Oksidoreduktase ialah sejenis enzim yang memangkinkan pertukaran elektron dari satu molekul ke satu lagi molekul. Enzim kumpulan ini lazimnya menggunakan NADP+ atau NAD+ sebagai kofaktor.[1][2] Oksidoreduktase transmembran membentuk rantaian pengangkutan elektron dalam bakteria, kloroplas dan mitokondria, termasuk kompleks respirasi I, II dan III. Sebilangan oksidoreduktase lain boleh bersatu dengan membran biologi sebagai protein membran periferi atau dibenamkan ke membran melalui satu heliks transmembran.[3]

Tindak balas

[sunting | sunting sumber]

Sebagai contoh, enzim yang memangkinkan tindak balas ini ialah oksidoreduktase:

A + B → A + B

Dalam contoh ini, A ialah reduktor (penderma elektron) dan B ialah pengoksida (penerima elektron).

Dalam tindak balas biokimia, tindak balas redoks kadangkala lebih sukar untuk dilihat, seperti tindak balas glikolisis ini:

Pi + gliseraldehid-3-fosfat + NAD+ → NADH + H+ + 1,3-bifosfogliserat

Dalam tindak balas ini, NAD+ ialah oksidan (penerima elektron), dan gliseraldehid-3-fosfat ialah reduktan (penderma elektron).

  1. ^ Eric J. Toone (2006). Advances in Enzymology and Related Areas of Molecular Biology, Protein Evolution (ed. Volum 75). Wiley-Interscience. ISBN 0471205036.
  2. ^ Nicholas C. Price; Lewis Stevens (1999). Fundamentals of Enzymology: The Cell and Molecular Biology of Catalytic Proteins (ed. ketiga). USA: Oxford University Press. ISBN 019850229X.
  3. ^ Superfamilies of single-pass transmembrane oxidoreductases in Membranome database