Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Posmen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Postmen Melbourne menunggang motorsikal.
Van USPS di Jalan Cambridge di Dataran Harvard (Cambridge, Massachusetts).

Posmen, penghantar surat atau tukang pos (Bahasa Inggeris: postman atau postwoman di Britain;[1] letter carrier di Amerika Syarikat; postie di Australia[2] dan New Zealand[3]; serta Belanda: Postbode) merupakan pekerja pejabat pos atau perkhidmatan pos, yang menghantar surat atau bungkusan ke tempat tinggal dan perniagaan. Pos Diraja British (Royal Mail), menukar nama rasmi pekerjaan ini dari pembawa/penghantar surat kepada "posmen" pada tahun 1883.[4]

Tahukah anda berapa banyak pucuk surat yang diproses di pejabat pos pada setiap hari? Purata 140,000 pucuk surat sehari! Jumlahnya bertambah lebih sekali ganda pada musim perayaan. Sebelum diproses di pejabat pos untuk diserahkan kepada para penerimanya, surat-surat itu terlebih dahulu disaring mengikut destinasinya. Kerja ini dilakukan menggunakan mesin di pejabat pos besar iaitu tempat pengumpulan semua surat bagi setiap negeri.

Kerja posmen bermula

[sunting | sunting sumber]

Sebelum keluar menghantar surat, posmen akan mengasingkan surat di stesen kerjanya (work station). Surat-surat itu diasingkan mengikut alamatnya. Pos Malaysia mempunyai lebih 682 pejabat pos dan lebih 328 pejabat pos mini di seluruh negara.

Aliran surat-surat

[sunting | sunting sumber]

Surat-surat akan sampai di pejabat pos besar pada sekitar pukul 7.30 pagi. Surat-surat ini dibawa dengan dulang(tray) untuk diproses di Bahagian Serahan. Bahagian ini terlindung daripada pandangan orang ramai yang biasa datang untuk berurusan di pejabat pos. Dulang-dulang akan ditimbang untuk diketahui purata bilangan surat untuk setiap hari.

Bagasi dan bungkusan

[sunting | sunting sumber]

Bagasi dan bungkusanakan dikumpul di Pusat Pendaftaran dan Bungkusan di pejabat pos besar ini. Selepas itu barulah ia dihantar ke destinasinya. Surat-surat berdaftar juga diproses di sini.

Salah isi

[sunting | sunting sumber]

Jika ada berlaku surat-surat yang tersalah letak atau tersalah isi, misalnya surat yang sepatutnya dihantar ke kawasan Bukit Kemuning telah diletakkan di stesen kerja untuk kawasan lain, surat-surat seperti ini akan diserahkan ke Bahagian Salah Isi Dalaman. Di situ surat-surat tadi akan diproses dan diasingkan semula mengikut kawasan serahan yang betul. Selepas itu ia akan diserahkan ke stesen kerja yang sepatutnya.

Menghantar surat

[sunting | sunting sumber]

Pada kira-kira pukul 11 pagi, posmen akan mula keluar dengan motosikal untuk menghantar surat. Kerja menghantar bungkusan dan bagasi pula dilakukan menggunakan van.

Berutus surat dengan rakan pena

[sunting | sunting sumber]

Dengan belanja hanya 50 sen, anda boleh mengutus surat kepada kenalan di mana-mana negara. Caranya, beli aerogram berharga 50 sen di pejabat pos. Kemudian:

  1. Tulis surat dan alamat penerima di atas aerogram itu.
  2. Lipat dan lekatkan aerogram.
  3. Masukkan ia ke dalam peti pos. Tidak perlu ditampal setem.

Begitu mudah dan murah! Bertanyalah di Kaunter Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan aerogram.


  1. ^ "Can you deliver the goods?". Royal Mail. 2013. Dicapai pada 15 Februari 2013.
  2. ^ "Keeping our posties safe". Australia Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2018. Dicapai pada 15 Februari 2013.
  3. ^ "Postie". New Zealand Post. 2009. Dicapai pada 15 Februari 2013.
  4. ^ "What did your relatives do?". London: British Postal Museum & Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2009. Dicapai pada 4 Disember 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]