Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Tiang Asoka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5618763 pada 08:53, 18 Julai 2022 oleh 2001:e68:5409:53eb:8cd1:5fd8:73d5:1f1a (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Sebuah tiang Asoka berdiri di Vaishali, Bihar, India

Tiang-tiang Asoka didirikan di seluruh benua India oleh Maharaja Asoka semasa pemerintahannya ke atas kerajaan Maurya dari s. 268 hingga 232 SM. Baginda maharaja mendirikan tiang-tiang ini di biara-biara dan tempat-tempat ziarah yang dianggap penting dalam riwayat hidup Buddha.

Binaan-binaan ini wujud dengan berubahnya keperibadian Asoka berikutan pengalaman baginda berperang di tanah Kalinga menyaksikan kegerunan dan keadaan menyayat hati di medan perang, perkara tersebut mengesan dalam dirinya sehingga terdorong memeluk agama Buddha; tiang-tiang ini yang disebutnya sebagai "tiang Dharma" (Dhaṃma thaṃbhā) didirikan dengan tujuan menyatakan rukun yang ingin diajarkannya sendiri kepada rakyat jelata[1][2] berdasarkan ajaran Buddha.[3][4]

Tiang-tiang ini diamati mempunyai empat bahagian komponen dalam dua potongan: tiga bahagian dari hulu dibuat dalam satu potongan, sering dari batu berbeza dari batu digunakan untuk monolit di mana dua-dua hulu dan badan tiang diikat oleh sebuah pasak logam besar.

Tiang selalu polos dan halus, melingkar dalam penampang, sedikit meruncing ke atas dan selalu dipahat dari satu potongan batu. Bahagian bawah kepala memiliki bentuk dan penampilan dari lonceng melengkung lembut membentuk kelopak bunga teratai.

Ukiran haiwan seperti singa, lembu dan sebagainya menghiasi hulu tiang mengikut gaya seni Maurya yang ditampilkan baik dalam posisi duduk atau berdiri, selalu dalam putaran dan diukir pahat sekaligus dengan tapak datar di atas kepala[5][6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Inscriptions of Asoka. New Edition by E. Hultzsch (dalam bahasa Sanskrit). 1925. m/s. 132, Edict No 7 line 23.
  2. ^ Skilling, Peter (1998). Mahasutras (dalam bahasa Inggeris). Pali Text Society. m/s. 453. ISBN 9780860133209.
  3. ^ Time Life Lost Civilizations series: Ancient India: Land Of Mystery (1994) p. 84-85,94-97
  4. ^ Oliphant, Margaret "The Atlas Of The Ancient World" 1992 p. 156-7
  5. ^ Mahajan V.D. (1960, reprint 2007). Ancient India, S.Chand & Company, New Delhi, ISBN 81-219-0887-6, pp.350-3
  6. ^ Companion,