Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Árpád

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Árpád
Patung Árpád di Ráckeve (Hungary)
Putera Agung Hungary
Pemerintahanskt. 895 – skt. 907
Didahului olehÁlmos
Diikuti olehZoltán (tidak pasti)
Keputeraanskt. 845
Kemangkatanskt. 907 (usia 62)
PemakamanFehéregyháza (Hungaria) (tidak pasti)
AnakandaLiüntika
Tarkatzus
Jelek
Jutotzas
Zolta
DynastyWangsa Árpád
AyahandaÁlmos
AgamaPaganisme Hungary
Patung Árpád di Hősök tere (Budapest)

Árpád (sebutan Hungary: [ˈaːrpaːd]; 845 – 907) merupakan seorang raja berbangsa Hungary menghulu persekutuan suku-suku asalnya pada lewat abad ke-9 dan awal ke-10. Sebahagian besar rincian hidupnya diperdebatkan oleh para sejarawan, kerana sumber yang berbeza mengandungi maklumat yang saling berselisih. Meskipun demikian, banyak orang Hungary menyanjungnya sebagai pengasas bangsa mereka, bahkan peran istimewa Árpád dalam penaklukan Hungary di Lembangan Pannonia telah ditekankan oleh beberapa kronik kemudian. Keturunan baginda memerintah Kerajaan Hungary sampai tahun 1301.

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

Árpád diputerakan sekitar tahun 845 (menurut sejarawan Gyula Kristó[1]) kepada Álmos, raja penghulu persekutuan suku-suku Majar;[2][1] nama ibunda dan anggota kerabat lainnya tidak diketahui.[1] Baginda dinamakan dari kata Hungari árpa untuk barli.[1] Anak-beranak Arpad dan Almos mewakili suku Kabar Turki, yang diasingkan dari Empayar Khazar untuk memberontak dan kemudian bergabung dengan persekutuan Magyar. Maharaja Konstantinos Porphyrogennētos penguasa Makaduniah Byzantium menyatakan dalam penceritaan baginda bahawa orang-orang Hunggar "tidak pernah memiliki putera lain" sebelum Árpád jauh berbeza dari apa yang dilaporkan babad-babad Hunggaria tentang Álmos.[3][4] Dalam narasi Porphyrogenitos, pasukan Khazar memulakan pemusatan komando suku-suku Hungary untuk memperkuatkan kedaulatan kuasa baginda atas mereka.[4][5] Khagan awalnya ingin melantik seorang pembesar suku bernama Levedi untuk memimpin Hungary,[5] Namun, Levedi tidak menerima tawaran ini dan menyarankan agar baik Álmos atau Árpád harus dipromosikan dan bukan dirinya.[5] Khagan mendekati Hungary dengan usulan baru ini.[4] Mereka lebih menyukai Árpád daripada ayahandanya yang "sangat dikagumi kebijaksanaan, nasihat dan keberaniannya, dan [dilihat] mampu memerintah".[5] Setelah itu, Árpád ditabalkan sebagai "putera sesuai adat istiadat ... dari Khazar, dengan mengangkatnya ke atas perisai."[4] Konstantinos Porphyrogenitus mengacu pada Árpád sebagai "putera agung Turki" (yakni Hungary; Yunani: ὁ μέγας Τουρκίας ἄρχων).[6][4][2]

Keandalan laporan maharaja Bizantium tentang pengundian Árpád sangat ditelingkahkan para sejarawan moden: Victor Spinei misalnya menyatakan bahawa peristiwa itu "agak kabur dan hampir tidak dapat dipercayai", tetapi András Róna-Taspula menulis bahawa isi tulisan tersebut sahih.[5][7] András menambahkan bahawa pengundian Árpád digalakkan ayahandanya sendiri yang turut memaksa kende Levedi untuk mengundurkan diri. Dengan demikian, dalam pandangan Róna-Tas, Árpád menggantikan kende Levedi sebagai penguasa suci atau kende, yang memungkinkan ayahandanya untuk mempertahankan posisinya sendiri pemimpin Hungary sebenarnya atau gyula.[7]

[sunting | sunting sumber]

Sumber awal kehidupan Árpád yang paling awal adalah dokumen awal abad ke-10, the Continuation of the Chronicle by George the Monk.[1][7][4] Ini menceritakan bahawa Maharaja Leōn VI (bertakhta 886-912) mengirim utusannya Niketas Skleros ke Hungary pada tahun 894 atau 895 untuk "mengurniakan hadiah" dan menghasut mereka melawan Empayar Bulgaria.[4] Skleros bertemu dengan Árpád dan penguasa samanya Kurszán di Sungai Donau.[4][5] Misi Skleros berhasil: tentera Hungary segera menyeberangi Donau di kapal-kapal Bizantium melawan Bulgaria dipimpin Liüntika putera Árpád sebagai panglima menurut interpolasi dalam teks Porphyrogenitos.[5][4]

Posisi yang dipegang oleh Árpád dan Kurszán saat merunding dengan Skleros diperdebatkan oleh para sejarawan. Spinei menulis bahawa Árpád adalah gyula, dan Kurszán adalah kende.[5] sebaliknya, Kristó mengatakan bahawa Kurszán adalah gyula dan Árpád mewakili ayahandanya, kende Álmos.[4] [4]

Patung Árpád di Székelybere (Bereni, Rumania)

Pada waktu itu, bangsa Bulgaria telah mengabaikan perjanjian damai tersebut dan merompak kampung-kampung Trakiyah. Keadilan mengejar mereka karena telah melanggar sumpah mereka kepada Kristus kita, kaisar seluruh umat, dan mereka dengan cepat bertemu dengan hukuman mereka. Sementara pasukan kita terlibat melawan tentera Sarakin, Tuhan memimpin [bangsa Hungaria], menggantikan bangsa Romawi, untuk berkampanye melawan bangsa Bulgaria. Armada kapal milik Yang Mulia mendukung mereka dan mengangkut mereka menyeberangi sungai Donau. [Kuasa Maha Melindung] mengirim mereka keluar melawan tentera bangsa Bulgaria yang dengan sangat jahat telah mengangkat senjata melawan umat Kristian dan, seolah-olah mereka adalah algojo keramaian, mereka dengan tegas mengalahkan musuh dalam tiga pertempuran, sehingga umat Kristoan Rom mungkin tidak dengan rela menodai diri mereka dengan darah bangsa Bulgaria Kristian.

— Leon yang Bijaksana: Taktika

Tentera Hungary mengalahkan bangsa Bulgaria, tetapi yang terakhir merekrut Pecheneg melawan mereka.[5][9] Bangsa Bulgaria dan Pecheneg secara bersamaan menyerang wilayah Hungary di wilayah barat stepa Pontic pada tahun 895 atau 896.[2] Penghancuran tempat tinggal mereka oleh bangsa Pecheneg memaksa balatentera Hungary meninggalkan tanah air baru melintasi Pergunungan Karpatos menuju Dataran Pannonia.[10]

Babad Chronicon Pictum mengatakan bahawa Álmos "tidak dapat memasuki Pannonia kerana baginda mangkat di Erdelw" atau Transilvania.[2][7][11] Engel, Kristó dan Molnar, yang menerima keandalan laporan ini, menulis bahawa Álmos memilih mengorbankan diri dalam suatu cara menyerupai adat amalan khagan Khazar jika terjadi bencana yang menimpa orang-orang mereka.[2][10][4] berbeda dengan mereka, Róna-Tas menyatakan bahawa meskipun laporan pembunuhan Álmos "mencerminkan kejadian sebenarnya, satu-satunya penjelasan yang mungkin adalah bahawa Árpád atau seseorang dalam rombongannya" membunuh pangeran berusia tua.[7] Spinei menolak laporan Chronicon Pictum tentang pembunuhan Álmos di Transilvania kerana penyebutan terakhir Álmos dalam pengisahan Gesta Hungarorum berbutir lawan yang sehubung pengepungan Ungvár (kini Uzhhorod di Ukraina) oleh bangsa Hungary.[12] Kronik terakhir mengatakan bahawa Álmos melantik Árpád "sebagai pemimpin dan tuan" bangsa Hungary pada kesempatan ini.[1][13]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]
Reruntuhan Aquincum – "kota Raja Attila" di dalam Gesta Hungarorum[14]

Nama Árpád "sama sekali tidak diketahui" pada semua sumber yang ditulis di Francia Timur, yang merupakan salah satu kekuatan utama Lembangan Karpatos pada pergantian abad ke-9 dan ke-10.[4] Sumber-sumber Ini, termasuk Annales Alamannici dan Annales Eisnidlenses, hanya menyebutkan pemimpin Hungary lainnya, Kurszán.[4] Menurut Kristó dan sejarawan lain, sumber-sumber ini menunjukkan bahawa Kurszán pasti adalah gyula yang memerintahkan pasukan Hungary, sementara Árpád menggantikan ayahandanya yang terbunuh sebagai kende suci.[4][10] Mengusulkan teori yang kontras, sejarawan Rumania Curta menulis bahawa Kurszán adalah kende dan Árpád gyula hanya menggantikannya ketika Kurszán dibunuh oleh Bayern pada tahun 902 atau 904.[4][9]

Berbeda dengan sumber yang hampir sejaman, tawarikh Hungary yang ditulis berabad-abad setelah peristiwa tersebut—misalnya, Gesta Hungarorum dan Kronik Piktum—menekankan peran terbaik Árpád dalam penaklukan Lembangan Karpatos.[2][1] Gesta Hungarorum juga menyoroti kemampuan militer Árpád dan kemurahan hatinya.[1] Kronik ini juga menekankan bahawa Tétény, salah satu kepala dari tujuh suku Hungary "tanah Transilvania untuk dirinya sendiri dan keturunannya" hanya setelah tahun lalu memberinya wewenang untuk menaklukkannya.[15][16]

Setelah menyeberangi Donau, mereka berkemah di samping Donau sampai ke Budafelhévíz. Mendengar ini, semua orang Romawi yang tinggal di seluruh tanah Pannonia, menyelamatkan nyawa mereka dengan penerbangan. Keesokan harinya, Pangeran Árpád dan seluruh pejuang Hungaria memasuki kota Raja Attila dan mereka melihat semua istana kerajaan, beberapa hancur merata, yang lainnya tidak, dan mereka mengagumi bangunan batu dan lebih bahagia. Daripada yang dapat dikatakan bahwa mereka pantas mengambilnya tanpa melawan kota Raja Attila, garis keturunan Pangeran Árpád. Mereka berpesta setiap hari dengan sukacita besar di istana Raja Attila, duduk berdampingan satu sama lain, dan semua melodi dan suara merdu zither dan pipa beserta semua lagu dari para pemeran dipresentasikan kepada mereka.... Pangeran Árpád memberikan tanah yang besar dan properti untuk para tamu yang tinggal bersama mereka, dan, ketika mereka mendengar ini, banyak tamu memadatinya dan dengan senang hati tinggal bersamanya.

Gesta Hungarorum mengatakan bahawa Árpád mengambil "sumpah orang-orang terkemuka dan pejuang Hungary," dan "membuat putranya, Pangeran Zolta diangkat" menjadi pangeran dalam hidupnya.[18][1] Namun, keandalan laporan ini dan daftar pangerang agung di Gesta Hungarorum diragukan.[2] Misalnya, ia mengabaikan Falicsi, yang memerintah saat Konstantinos VII Porphyrogenitus menyelesaikan De Administrando Imperio pada sekitar tahun 950.[2]

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]
Patung Árpád di Nagymegyer (Velky Meder, Slowakia)

Tanggal mangkatnya Árpád diperdebatkan.[1] Gesta Hungarorum menyatakan bahawa baginda mangkat pada tahun 907.[2][1] Namun, Kristó menulis bahawa baginda disahkan mangkat pada tahun 900 atau lebih kerana Gesta mengatakan bahawa 903 adalah tanggal mula dari "pengambilan tanah" Hungary, bukan tanggal sebenarnya sekitar tahun 895.[1] Jika laporan Gesta tentang pemakamannya dapat dipercayai, mayat Árpád dimakamkan "di hulu sebuah sungai kecil yang mengalir melalui batu gorong-gorong ke kota Raja Attila" di mana sebuah perkampungan dekat Buda bernama Fehéregyháza, berkembang seabad kemudian.[1]

Peninggalan

[sunting | sunting sumber]

Bangsa Hungary tiba di tanah air baru mereka di kaki Karpatos di bawah Árpád.[1] Árpád adalah aktor utama di Gesta Hungarorum, yang mengaitkan "hampir semua peristiwa tak terlupakan" dari "pengambilan tanah Hungary" kepadanya.[16] Selain itu, sampai kepunahan garis laki-laki dinastinya pada tahun 1301, Hungary diperintah oleh "satu garis pangeran", semuanya keturunan dari Árpád.[10] Árpád masih terkenal di kalangan bangsa Hungary sebagai honalapító atau "pendiri negara kita".[1]

Permaisuri Árpád dibawa atas suatu pedati dalam adegan A magyarok bejövetele (1894) lukisan oleh Árpád Feszty

Porphyrogenitus mengatakan Árpád "memiliki empat putra: pertama, Tarkatzous; kedua, Ielech; ketiga, Ioutotzas; keempat, Zaltas".[2][1][19] Namun, ia juga mengacu pada salah satu "Liuntikas, anak " Árpád; Kristó menulis bahawa Liuntikas (Liüntika) adalah nama alternatif Tarkatzous (Tarhos).[1][20] Nama dan keluarga ibunda anak-anak Árpád yang tidak diketahui.[1] Berikut ini adalah pohon keluarga yang menyajikan silsilah Árpád dan keturunannya sampai akhir abad ke-10:[1]

 
 
 
 
 
Ügyek
 
Eunedubelian
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Előd atau Ügyek
 
Emese
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Álmos
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Árpád
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Liüntika*
 
Tarkatzus*
 
 
Jelek
 
Jutotzas
 
(tidak diketahui)
 
Zolta
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Teveli
 
 
(tidak diketahui)
 
Ezelekh
 
Fajsz
 
Tas**
 
Taksony
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Termatzus
 
 
Szerénd Tar
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Raja Hungaria***
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Koppány

*Liüntika dan Tarkatzus seharusnya identik.
**Ayahanda Tas adalah salah satu dari anak keempat atau kelima Árpád, tetapi namanya tidak diketahui.
***Semua putera agung kemudian dan raja-raja Hungary keturunan Taksony.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Catatan kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s Kristó & Makk 1996.
  2. ^ a b c d e f g h i j Engel 2001.
  3. ^ Constantine Porphyrogenitus: De Administrando Imperio (ch. 38), p. 173.
  4. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Kristó 1996.
  5. ^ a b c d e f g h i Spinei 2003.
  6. ^ Constantine Porphyrogenitus: De Administrando Imperio (ch. 40), pp. 178–179.
  7. ^ a b c d e Róna-Tas 1999.
  8. ^ The Taktika of Leo VI (18.40), p. 453.
  9. ^ a b Curta 2006.
  10. ^ a b c d Molnár 2001.
  11. ^ The Hungarian Illuminated Chronicle (ch. 28), p. 98.
  12. ^ Spinei 2009.
  13. ^ Anonymus, Notary of King Béla: The Deeds of the Hungarians (ch. 13), p. 37.
  14. ^ Anonymus, Notary of King Béla: The Deeds of the Hungarians, note 1 on p. 8.
  15. ^ Anonymus, Notary of King Béla: The Deeds of the Hungarians (ch. 24), p. 59.
  16. ^ a b Madgearu 2005.
  17. ^ a b Anonymus, Notary of King Béla: The Deeds of the Hungarians (ch. 46), pp. 100–101.
  18. ^ Anonymus, Notary of King Béla: The Deeds of the Hungarians (ch. 52), p. 115.
  19. ^ Constantine Porphyrogenitus: De Administrando Imperio (ch. 40), p. 179.
  20. ^ Constantine Porphyrogenitus: De Administrando Imperio (ch. 40), p. 177.

Sumber primer

[sunting | sunting sumber]
  • Anonymus, Notary of King Béla: The Deeds of the Hungarians (Edited, Translated and Annotated by Martyn Rady and László Veszprémy) (2010). In: Rady, Martyn; Veszprémy, László; Bak, János M. (2010); Anonymus and Master Roger; CEU Press; ISBN 978-963-9776-95-1.
  • Constantine Porphyrogenitus: De Administrando Imperio (Greek text edited by Gyula Moravcsik, English translation by Romillyi J. H. Jenkins) (1967). Dumbarton Oaks Center for Byzantine Studies. ISBN 0-88402-021-5.
  • The Hungarian Illuminated Chronicle: Chronica de Gestis Hungarorum (Edited by Dezső Dercsényi) (1970). Corvina, Taplinger Publishing. ISBN 0-8008-4015-1.
  • The Taktika of Leo VI (Text, translation, and commentary by George T. Dennis) (2010). Dumbarton Oaks. ISBN 978-0-88402-359-3.

Sumber sekunder

[sunting | sunting sumber]
  • Curta, Florin (2006). Southeastern Europe in the Middle Ages, 500–1250. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-89452-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Engel, Pál (2001). The Realm of St Stephen: A History of Medieval Hungary, 895–1526. I.B. Tauris Publishers. ISBN 1-86064-061-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kristó, Gyula (1996). Hungarian History in the Ninth Century. Szegedi Középkorász Műhely. ISBN 1-4039-6929-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kristó, Gyula; Makk, Ferenc (1996). Az Árpád-ház uralkodói [Rulers of the House of Árpád] (dalam bahasa Hungary). I.P.C. Könyvek. ISBN 963-7930-97-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Madgearu, Alexandru (2005). The Romanians in the Anonymous Gesta Hungarorum: Truth and Fiction. Romanian Cultural Institute, Center for Transylvanian Studies. ISBN 973-7784-01-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Molnár, Miklós (2001). A Concise History of Hungary. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-66736-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Róna-Tas, András (1999). Hungarians and Europe in the Early Middle Ages: An Introduction to Early Hungarian History (Translated by Nicholas Bodoczky). CEU Press. ISBN 978-963-9116-48-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Spinei, Victor (2003). The Great Migrations in the East and South East of Europe from the Ninth to the Thirteenth Century. Romanian Cultural Institute (Center for Transylvanian Studies) and Museum of Brăila Istros Publishing House. ISBN 973-85894-5-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Spinei, Victor (2009). The Romanians and the Turkic Nomads North of the Danube Delta from the Tenth to the Mid-Thirteenth century. Koninklijke Brill NV. ISBN 978-90-04-17536-5.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Árpád
Tarikh keputeraan: skt. 845 Tarikh kemangkatan: skt. 907
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Álmos
Pangeran Agung Hungaria
skt. 895 – skt. 907
Diikuti oleh:
Zolta (?)

Templat:Penguasa Hungaria