Ab Halim Tamuri
Ab Halim Tamuri | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Paya Jaras | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Mohd Khairuddin Othman |
Pesuruhjaya PAS Selangor ke-16 | |
Menyandang jawatan 31 Oktober 2023 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Ahmad Yunus Hairi |
Pengerusi Lembaga Pengarah TV AlHijrah | |
Dalam jawatan 1 Julai 2022 – 17 Mei 2023 | |
Didahului oleh | Hussamuddin Yaacub |
Digantikan oleh | Mohd Khair Ngadiron |
Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor | |
Dalam jawatan 1 Julai 2013 – 30 Jun 2021 | |
Didahului oleh | Aziuddin Ahmad |
Digantikan oleh | Mohd Farid Ravi Abdullah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ab Halim bin Tamuri 9 Oktober 1967 Tanjung Karang, Selangor, Malaysia |
Parti politik | (2023-kini) |
Pendidikan |
|
Pekerjaan | Ahli politik, pensyarah |
Yang Berhormat Dato' Profesor Dr. Ab Halim Tamuri (lahir 9 Oktober 1967) ialah seorang ahli akademik Malaysia. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan Islam di Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah dilantik menjadi Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bermula 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2021[1]. Beliau telah dilantik menggangotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) di bawah Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik pada Oktober 2018 hingga April 2019[2].
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Ab Halim Tamuri dilahirkan pada 9 Oktober 1967 di Tanjung Karang, Selangor. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Tanjung Karang (1974-1979), dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang (1980-1983) dan Kolej Islam Klang (1984-1985). Kemudian, beliau melanjutkan pengajian STPM di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam (1986).
Di peringkat pengajian tinggi, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) di UKM (1987-1991), Diploma Pendidikan UKM (1993-1995), Sarjana Pendidikan Islam (M.Litt) (1995-1997) dan ijazah kedoktoran dalam Pendidikan Islam (2000) di Universiti Birmingham, United Kingdom.
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Anugerah Maulidur Rasul
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Maulidur Rasul Negeri Selangor - Anugerah Imam Al-Ghazali - 2015[3]
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Selangor
- Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) - Dato' (2010) [4]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Penerbitan Ab Halim Tamuri diindekskan oleh Google Scholar
- Ab Halim Tamuri di Google Books
- Ab Halim Tamuri di ResearchGate
- Ab Halim Tamuri di UKM Sarjana
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ab Halim Tamuri di UKM Sarjana
- ^ "Maszlee lantik pakar pendidikan anggotai jawatankuasa khas". Suara Pakatan Daily. 19 Oktober 2018. Dicapai pada 22 Julai 2021.
- ^ Saiful Bahri Kamaruddin (3 Januari 2015). "Pengarah PKK UKM Tokoh Maulidur Rasul Selangor Tahun 1436 Hijrah". UKM. Dicapai pada 22 Julai 2021.
- ^ Nor Hatina Shuib (11 Disember 2010). "Sultan Johor, Kelantan terima anugerah tertinggi". BHarian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2010. Dicapai pada 22 Julai 2021.