Abu Bakar Umar
- Untuk pelakon, sila lihat Abu Bakar Omar.
Datuk Haji Abu Bakar Umar D.S.D.K. | |
---|---|
Jemaah Menteri Malaysia | |
Timbalan Menteri Kesihatan | |
Dalam jawatan 5 September 1974 – 8 November 1977 | |
Menteri | Lee Siok Yew |
Kepimpinan Tertinggi PAS | |
Timbalan Presiden PAS | |
Dalam jawatan 1977–1981 | |
Presiden | Mohd Asri Muda |
Didahului oleh | Hassan Adli Mohd Arshad |
Digantikan oleh | Yusuf Rawa |
Naib Presiden PAS | |
Dalam jawatan 1969–1977 | |
Ahli Parlimen Malaysia | |
Dalam jawatan 1974–1986 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Abdul Hadi Derani |
Kawasan pilihan raya | Kota Setar |
Dalam jawatan 1969–1974 | |
Didahului oleh | Senu Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Konstituensi dimansuh |
Kawasan pilihan raya | Kubang Pasu Barat |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kota Setar, Kedah | 13 Januari 1927
Mati | 12 Ogos 1998 Pokok Sena, Pulau Pinang | (umur 71)
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Datin Hajah Rokiah binti Haji Ahmad Tuan Hussein |
Kediaman | Langgar, Kedah |
Datuk Haji Abu Bakar Bin Umar merupakan ahli politik PAS di Malaysia. Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan[1] ketika menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 bagi kawasan Kota Setar, negeri Kedah. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional yang pada ketika itu dianggotai oleh PAS. Beliau kekal sebagai ahli PAS sehingga ke akhir hayat.
Sejarah hidup
[sunting | sunting sumber]Datuk Haji Abu Bakar lahir di Kampung Darat, Hutan Kampung, Kedah. Bapanya merupakan guru besar di sebuah Sekolah Melayu di situ. Pada tahun 1946, beliau mengambil peluang untuk ke India menaiki kapal bersama masyarakat India di Malaya yang pada masa itu ingin pulang ke tanah air mereka selepas kemerdekaan India daripada British.
Di India, beliau mendaftarkan diri di Aligarh Muslim University di Aligarh, India dalam jurusan Sains Politik. Pengalaman berada di India ini membuatkan beliau fasih berbahasa Urdu.
Pada tahun 1958, beliau pulang ke Malaya dan berkahwin dengan Rokiah Haji Ahmad, anak kepada Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein yang merupakan salah seorang pengasas PAS yang juga satu-satunya pembangkang di dalam Parlimen pertama Tanah Melayu, pada tahun 1955.
Beliau mula bertanding dalam pilihanraya sejak tahun 1959 dan merupakan Pesuruhjaya Pas bagi negeri Kedah.
Datuk Haji Abu Bakar Umar meninggal dunia pada 12 Ogos 1998 di Pokok Sena, Pulau Pinang dekat dengan Madrasah Khairiyah Islamiyah yang ditubuhkan bapa mentuanya, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein. Beliau dikebumikan bersebelahan dengan pusara Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein di Masjid Kampung Baggol, Pokok Sena, Pulau Pinang.
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Kedah
- Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' - 1976
- Darjah Setia Diraja Kedah (S.D.K) - 1975
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "PENYATA RASMI PARLIMEN" (PDF). Parlimen Malaysia. 4 November 1974. Dicapai pada 19 Jun 2021.