Ahicchatra
Ahicchatra merupakan sebuah bandar di hilir Lembah Ganges di utara India, yang diduduki sejak kurun ke empat B.C.E. sehingga sekitar 1100 C.E. Menurut Raymond Allchin, ia merupakan bandar yang tergolong dalam gred saiz ke tiga bagi pusat Mauryan, dengan kawasan seluas antara 121 dan 180 hektar (300 dan 450 ekar). Kawasan ini, bagaimanapun, ditakrifkan melalui tembok tanah liat yang di bina pada awal fasa ke empat hayat bandar pada permulaan kurun pertama C.E. Pada kurun ke tujuh C.E., tapak ini dilawati oleh sami Cina Xuanzang, yang menggambarkan 10 monastri Buddha dan sembilam kuil Hindu terdapat di situ, dalam bandar yang dibina di dalam kubu yang kukuh. Kawasan sekeliling dilaporkan menghasilkan gandum dan padi dan memiliki banyak mata air dan kayu-kayan.
Adalah jelas tapak ini diduduki secara berterusan untuk tempoh yang lama. Cari gali yang dijalankan pada 1940–44 dan kemudiannya pada 1963–65 berikutan selepas kerja awal oleh Sir Arthur Cunningham, yang membongkar satu stupa dan menjumpai simpanan dasar steatite yang mengandungi mutiara, kaca dan manik amber. Cari gali tersebut memeriksa timbunan pertahanan dan dalaman dan mengenal pasti Sembilan penempatan, bermula pada lewat tempoh pra sejarah dan berlangsung sehingga sekitar 1100 C.E. Pentarikhan lapisan dan pertahanan silih ganti telah dilakukan berdasarkan tipologi seramik dan syiling yang dijumpai.
Fasa ke dua dan ketiga dari dasar membayangkan penjajahan oleh Mauryan, di ikuti oleh lapisan yang mengandungi syiling Kushan dan syiling yang semasa dengan Empayar Gupta. Satu kuil Gupta turut dibongkar, direka dalam bentuk berteres dan ditashihkan pada Dewa Siva. Ia berhias indah dengan imej terra-cotta bagi dewa Gaga dan dewa Yamuna. Pertahanannya dipertingkatkan sekurang-kurangnya bagi dua kejadian dengan tambahan binaan batu-bata dan dinding dalaman yang dibina bagi membahagikan bandar pada dua sektor selepas pembinaan kuil Gupta. Bandar itu sendiri kelihatannya ditinggalkan sekitar 1100 C.E.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Encyclopedia of ancient Asian civilizations / Charles F. W. Higham., ISBN 0-8160-4640-9, (Kulit keras)