Ahmad Mattar
Ahmad Mattar | |
---|---|
Menteri Sekitaran | |
Dalam jawatan 1985–1993 | |
Perdana Menteri | Lee Kuan Yew Goh Chok Tong |
Didahului oleh | Ong Pang Boon |
Digantikan oleh | Mah Bow Tan |
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam | |
Dalam jawatan 1977–1993 | |
Perdana Menteri | Lee Kuan Yew Goh Chok Tong |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Abdullah Tarmugi |
Ahli Parlimen Singapura bagi Leng Kee SMC | |
Dalam jawatan Oktober 1972 – Disember 1976 | |
Didahului oleh | Kerusi dicipta |
Digantikan oleh | Ow Chin Hock |
Ahli Parlimen Singapura bagi Brickworks SMC | |
Dalam jawatan 1976–1988 | |
Didahului oleh | Kawasan dicipta |
Digantikan oleh | Dibubarkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad bin Mohamed Mattar 13 Ogos 1940 |
Parti politik | Parti Tindakan Rakyat |
Tempat belajar | Universiti Singapura Universiti Sheffield |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Pensyarah, ahli akademik |
Ahmad bin Mohamed Mattar (lahir 13 Ogos 1940)[1] ialah seorang bekas ahli politik dan bekas anggota Kabinet Singapura.[2] Beliau ialah menteri bertanggungjawab bagi ehwal masyarakat Islam pertama di Singapura[3].
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau ialah lepasan Raffles Institution dan bergraduasi daripada Universit Singapura dengan sarjana muda fizik pada 1963.[4] Beliau menamatkan ijazah sarjana di Universiti Sheffield dengan pembiayaan dari Rancangan Colombo dan ijazah kedoktoran dari Universiti Singapura.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah menjadi pensyarah di Politeknik Singapura dan mengendalikan pengajian berskala besar mengenai kesan bunyi bising terhadap taman perumahan; kajian yang kemudiannya digunakan untuk perundangan akan datang dan kajian mengenai bunyi bising lalu lintas.[4]
Ahmad juga merupakan presiden pengasas Majlis Pembangunan Masyarakat Islam Singapura (Mendaki) pada 1982 hingga 1989, yang ditubuhkan bagi memantau keperluan kebajikan dan pendidikan masyarakat Melayu/Muslim.[5]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Pada 1972, beliau bertanding di Kawasan Undi Perseorangan Leng Kee atas cadangan Abdul Rahim Ishak, ahli parlimen Kawasan Undi Perseorangan Siglap. Daripada 1985 kepada 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Sekitaran.[6] Semasa perkhidmatan sebagai menteri, beliau terkenal dengan memperketatkan sekatan terhadap penjualan aerosol yang mengandungi CFC dan memperkenalkan perintah kerja pemulihan (CWO) untuk memerangi isu pembuangan sampah. Beliau telah merancang untuk meletak jawatan dari Kabinet pada 1991 tetapi dipujuk untuk kekal oleh Perdana Menteri baharu, Goh Chok Tong. Pada 1996 beliau bersara dari politik dan mengambil sikap tidak menonjolkan diri.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ National Library Board, Singapore. "Ahmad Mattar". Eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 17 December 2014.
- ^ "Welcome to Raffles Alumni, your connection to the Raffles network and beyond". alumni.ri.edu.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-17. Dicapai pada 17 December 2014.
- ^ NURULKHASANAH AGOST (22 Julai 2020). "Tahukah anda, ada 53 Anggota Parlimen Melayu/Islam di S'pura sejak 1965; ini senarainya…". berita.mediacorp. Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ a b "Distinguished Science Alumni Awards 2004: Ahmad MATTAR". National University of Singapore. 2004.
- ^ "Annual Report – Aspiring Beyond Limits" (PDF). Yayasan MENDAKI. 2014. m/s. 12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-11-05. Dicapai pada 2021-04-02.
- ^ Kong, Lily (1994). "'Environment' as a Social Concern: Democratizing Public Arenas in Singapore?". Journal of Social Issues in Southeast Asia. 9 (2): 277–287. doi:10.1355/SJ9-2H. JSTOR 41056891.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Mattar – Infopedia Singapura (Lembaga Perpustakaan Negara)
- Rencana dengan pengenalan MGP
- Kelahiran 1940
- Orang hidup
- Anggota Parti Tindakan Rakyat
- Orang Singapura berketurunan Melayu
- Muslim Singapura
- Alumni Institusi Raffles
- Alumni Universiti Sheffield
- Menteri Sekitaran Singapura
- Anggota Kabinet Singapura
- Anggota Parlimen Singapura
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura