Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Al-Muntasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Al-Muntasir (bahasa Arab: المنتصر) (meninggal 862) ialah khalifah Abbasiyah di Baghdad dari 861 hingga 862.

Al-Muntasir diangkat menjadi Khalifah pada 861 setelah membunuh ayahnya Al-Mutawakkil dengan mengupah Baghirah, rakyat berbangsa Turki. Pembantunya yang berbangsa Turki kemudian menghasut al-Muntasir supaya menyingkirkan saudaranya, takut akan dibalas atas pembunuhan ayah mereka.

Al-Muntasir dipuji karena, tak seperti ayahnya, mencintai dinasti ˤAlī (Shīˤa) dan membatalkan larangan ziarah ke makam Hassan dan Hussein.

Pemerintahan Al-Muntasir hanya berlangsung selama 6 bulan, dan berakhir dengan kematiannya atas sebab yang tidak diketahui pada Jun 862. Ada pendapat mengatakan Al-Muntasir menghidap penyakit, ada yang mengatakan kerana diracun. Beliau merupakan khalifah pertama Bani Abbasiyah yang diketahui di mana makamnya, dikhabarkan oleh bondanya yang berasal dari Yunani. Khalifah sebelumnya mengharapkan makamnya dirahsiakan agar tidak disembah-sembah.

Al-Muntasir
Tarikh keputeraan:  ? Tarikh kemangkatan: 862
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Al-Mutawakkil
Khalifah Islam
861 – 862
Diikuti oleh:
Al-Musta'in