Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Ali bin Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Allahyarham Dato'
Ali Ahmad
SPMJ, SMJ (Johor)
Menteri Pertanian Malaysia
Dalam jawatan
1976–1977
Didahului olehAbdul Ghafar bin Baba
Digantikan olehShariff Ahmad
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pontian, Johor
Dalam jawatan
1974–1977
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehIkhwan Nasir
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1973–1976
Didahului olehHamzah Abu Samah
Digantikan olehAbdul Samad Idris
Pembantu Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
1969–1973
MenteriTan Siew Sin
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pontian Selatan
Dalam jawatan
1964–1974
Didahului olehZainon Munshi Sulaiman
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Maklumat peribadi
Lahir(1930-06-29)29 Jun 1930
Kampung Parit Rambai, Rambah, Pontian, Johor
Mati4 Disember 1977(1977-12-04) (umur 47)
Tanjung Kupang, Johor, Malaysia
Cause of deathTerbunuh dalam nahas pesawat Penerbangan 653 Malaysia Airlines di Tanjung Kupang, Johor
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Halimah Abdul Rahim
Anak5

Allahyarham Dato' Ali bin Haji Ahmad (29 Jun 1930 – 4 Disember 1977) merupakan bekas Menteri Pertanian Malaysia dan juga bekas Ahli Parlimen untuk Pontian dan Pontian Selatan dari tahun 1964 hingga 1977 semasa kematiannya dalam Tragedi Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977.[1]

Beliau telah berkahwin dengan Datin Halimah Abdul Rahim dan dikurniakan dengan 5 orang anak perempuan.

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Pontian setelah Parlimen Pontian Selatan dan Pontian Utara disatukan pada Pilihan raya umum Malaysia 1974 lalu.[2]

Ali telah memenangi kerusi Parlimen Pontian Selatan pada Pilihan raya umum Malaysia 1964. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan Malaysia pada 1969 hingga 1973. Tun Abdul Razak Hussein telah melantik beliau sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan[3] pada 1973 hingga hingga 1976. Pada tahun 1976, beliau menjadi Menteri Pertanian hingga ke akhir hayat beliau pada 1977 lalu.

Pada 4 Disember 1977, beliau telah terbunuh dalam nahas pesawat Penerbangan 653 Malaysia Airlines di Tanjung Kupang. Dikatakan punca kejadian adalah akibat kes berbalas tembakan antara pengawal peribadi beliau dengan Tentera Merah Jepun yang dikatakan sebagai rampasan pesawat dan bermotifkan pembunuhan.[4]

Sebuah sekolah menengah di Pontian, Johor telah dinamakan sempena nama beliau, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Ali Hj Ahmad.

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Penduduk imbau tragedi Tanjung Kupang
  2. ^ Biografi Dato' Ali Haji Ahmad
  3. ^ Ahli Dewan Rakyat 26041974
  4. ^ "Tragedi buruk pertama Malaysia Airlines". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-18. Dicapai pada 2020-05-17.