Alif Azfar Ishak
Alif Azfar Ishak | |
---|---|
Berasal dari | Malaysia |
Pekerjaan | Penyanyi, Pemuzik, Anggota polis |
Tahun aktif | 2001-2010 |
Syarikat rakaman | Luncai Emas. |
Alif Azfar Ishak merupakan seorang bekaspenyanyi di Malaysia. Beliau merupakan artis yang bernaung di bawah Luncai Emas.Kini menyertai Polis Diraja Malaysia dengan pangkat Koperal dan bertugas di Bahagian Pancaragam
AZFAR merupakan juara pertandingan Akhir ‘Sinaran Pertiwi TV3 2001’ dan 'Top 6 finalis program realiti tv 'One In A Million'.
Mula menceburi bidang nyanyian sejak tahun 1998 dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan turut menjadi penyanyi undangan dalam banyak persembahan-persembahan majlis makan malam kerajaan dan korporat.
Keupayaan dan bakat semulajadi Azfar dalam menyampaikan lagu bercorak irama Malaysia dengan begitu baik sekali, telah menarik minat M.Nasir mengambil Azfar bernaung di bawah syarikat Luncai Emas Sdn Bhd.[1] Diarkibkan 2009-01-09 di Wayback Machine
==Kerjaya Polis==
Azfar menyertai PDRM pada Januari 2011 dan menerima latihan asas konstabel di Pusat Latihan Polis Malaysia (PULAPOL) Jalan Semarak, kini beliau habiskan masa dengan Pancaragam PDRM dan banyak menyertai acara keramaian atau pertandingan pancaragam polis antarabangsa sama ada secara perseorangan mahupun berkumpulan.
Album
[sunting | sunting sumber]- Jatuh Cinta Pandang Pertama (2007)