Andrew Janggi Muyang
Yang Berhormat Tuan Andrew Janggi Muyang | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi P203 Lubok Antu Sarawak | |
Dalam jawatan 22 April 1982 – 9 Februari 1987 | |
Didahului oleh | Jonathan Narwin Jinggong |
Digantikan oleh | Jawah Gerang |
Majoriti | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | [1] Engkilili, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak) | 23 Disember 1947
Mati | 9 Februari 1987[2] Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 39)
Parti politik | SNAP (BN) |
Pasangan | Julia Umping (k. 1971; m. 1987) |
Pertalian | Tambat @ Jugah anak Muyang (adik) |
Anak | 3 |
Tuan Andrew Janggi anak Muyang[3] (23 Disember 1947 – 9 Februari 1987) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Sarawak. Beliau merupakan Ahli Parlimen Malaysia untuk kerusi P203 Lubok Antu, Sarawak daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Andrew Janggi anak Muyang dilahirkan pada 23 Disember 1947 di Engkilili, Sarawak[1] dan merupakan abang kepada Jugah Muyang yang juga merupakan Ahli Parlimen Lubok Antu sejak tahun 2018.[4]
Beliau bersekolah rendah dan menengah di Sarawak lalu lulus peperiksaan Senior Cambridge. Beliau kemudiannya menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur.[1]
Beliau berkahwin dengan Julia Umping serta mempunyai tiga orang anak.[5]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan ahli Parti Kebangsaan Sarawak.[perlu rujukan]
Pada tahun 1982, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-6 (PRU-82) bagi kerusi Parlimen Lubok Antu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebagai calon tunggal lalu menang tanpa bertanding. Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-7 (PRU-86) bagi mempertahankan kerusi di Lubok Antu[1] melawan Dawi Drahman yang merupakan calon bebas. Beliau menang dengan undian sebanyak 5,195 dengan majoriti 1,034 daripada 9,539 orang pengundi.[perlu rujukan]
Beliau meninggal dunia dalam jawatan pada 9 Februari 1987 di Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Bowker-Saur 1991, m/s. 126.
- ^ a b Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Pertama (PDF). Parlimen Malaysia (Laporan). I. 9 Mac 1987. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Jun 2020. Dicapai pada 16 Jun 2020.
- ^ Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keenam Penggal Kedua (PDF). Parlimen Malaysia (Laporan). II. 2 November 1984. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Jun 2020. Dicapai pada 16 Jun 2020.
- ^ "JUGAH MUYANG". PRU di Sinar. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
- ^ Sarawak Publishing House 1991, m/s. 78.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Who's who in Sarawak (dalam bahasa Inggeris). Sarawak Publishing House Sdn. Bhd. 1985.
- Who's Who in Asian and Australasian Politics (dalam bahasa Inggeris). London: Bowker-Saur. 1991. ISBN 978-086-291-593-3.