Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Antologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebuah antologi, bunga rampai atau rampai sari[1] adalah tampilan karya sastera tidak kira sajak, cerpen, drama, lagu, atau petikan yang dihimpunkan dan dipilih baik dari seorang atau lebih penulis.[2] Dalam genre cereka antologi digunakan untuk mengkategorikan koleksi kerja-kerja yang lebih pendek seperti cerpen dan novel pendek, biasanya dikumpulkan ke dalam satu jilid untuk penerbitan.

Koleksi lengkap karya sering dipanggil karya lengkap atau opera omnia (Bahasa Latin). Bagi manga, istilah ini biasa digunakan oleh majalah koleksi manga Jepun seperti Shōnen Jump Mingguan dan Majalah Shōnen Mingguan.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Pengungkapan ini mula wujud pada kata Yunani anthologia (ἀνθολογία) terbitan ánthos (ἄνθος) iaitu bunga dan logia (λόγια) "kumpulan"[3][2] dengan terbit salah satu antologi paling awal yang diketahui iaitu Stéphanos (bahasa Yunani: Στέφανος) nukilan Meleagros, seorang penyajak asal Gadara (kini Umm Qais di Jordan) yang menhimpunkan sajak-sajak menarik dari 46 penyair masyhur dikenali pada zamannya membandingkan setiap tokoh dengan bunga; pengungkapan tersebut dipinjam terjemah menjadi "bunga rampai"[2] atau "rampai sari" langsung (baik melalui bahasa Belanda anthologie dan bloemlezing[3] atau bahasa Inggeris anthology).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "antologi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ a b c Ajip Rosidi (2018). Kamus Istilah Sastera Indonesia. Bandung: Dunia Pustaka Jaya. ISBN 9794195243. m/s. 22, 40.
  3. ^ a b M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "bloemlezing". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. ...naar analogie van Grieks anthologíā ‘bloemlezing’ (> Nederlands anthologie [1769; WNT Supp.]), dat op dezelfde manier uit ánthos ‘bloem’ en légein ‘lezen, uitzoeken’ is gevormd.CS1 maint: multiple names: editors list (link)