Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Astana, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astana Sarawak
استان سراوق
Pemandangan gedung istana (Astana) dari Kuching Waterfront
Map
Maklumat umum
StatusSiap dibina
JenisKediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
LokasiKuching, Sarawak, Malaysia
AlamatAstana, Petra Jaya 93500 Kuching, Sarawak. Sunting nilai ini di Wikidata
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat1°33′49″N 110°20′44″E / 1.56361°N 110.34556°E / 1.56361; 110.34556Koordinat: 1°33′49″N 110°20′44″E / 1.56361°N 110.34556°E / 1.56361; 110.34556
Pembinaan bermula1870 Sunting nilai ini di Wikidata
Disiapkan pada1870
Butiran teknikal
Lif/mesin pengangkatTidak diketahui
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Astana merupakan sebuah istana yang terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Gedung istana ini terletak di utara tebing Sungai Sarawak, bersemuka dengan Kuching Waterfront. Ia kini merupakan kediaman rasmi bagi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang mewakili Sarawak dalam Majlis Raja-raja.[1] Istana ini telah dibina pada tahun 1870 oleh Raja Putih Sarawak ke-2, Charles Brooke sebagai hadiah buat perkahwinannya dengan isteri baginda Margaret Alice Lili de Windt. Istana ini pada kebiasaannya dibuka untuk lawatan umum oleh pelancong, dari pinggir Kuching Waterfront pengunjung dapat melihat dengan jelas taman dan bangunan Istana, gedung istana boleh dicapai dengan menaiki bot melintasi Sungai Sarawak.

sebuah bangunan bersejarah di Kuching, Sarawak, Malaysia

[2]

Astana, kemudiannya dipanggil sebagai Rumah Kerajaan, ia dibina pada tahun 1870 oleh Raja Putih Sarawak ke-2 Charles Brooke, sebagai hadiah buat isteriya, Margaret Alice Lili de Windt. Pasangan diraja ini berkahwin di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869 dan dibesarkan sehingga memakai gelaran Permaisuri Sarawak (Ranee Sarawak). Selepas berkahwin ia memakai gelaran Yang Teramat Mulia.

Ranee Margaret tiba di Sarawak pada 1870, kemudian pasangan diraja ini mentap di Astana sebagai kediaman rasminya.[3] Baginda Ranee Margaret) kemudian dikenang tentang kehidupannya di Astana dan merupakan suatu bentuk kolonial baru di Borneo dalam memoirnya My Life in Sarawak, diterbitkan pada 1913.

bilik tidur utama gabenor sarawak

Brooke dikatakan menanam pokok pinang di belakang Astana, jadi baginda boleh memberi buah pinang segar kepada Ketua Orang Dayak yang melawatnya.

Seni bina

[sunting | sunting sumber]

Kediaman ini asalnya dibentuk pada tiga binaan bangunan yang berasingan, setiap satu dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang pendek dan sempit. Pada tahun 1883, sebuah menara jam telah dibina dihadapan istana bagi memperingati Charles Brooke (Raja Putih Sarawak pertama) yang mendiami istana tersebut.

Bangunan Astana telah banyak melalui proses pengubahsuaian dan penambaikkan sejak pembinaannya, disamping menjaga kualiti bangunan yang mendapat status kediaman rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Astana semasa zaman pemerintahan tanah jajahan mahkota british

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

References

[sunting | sunting sumber]