Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Aureus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aureus yang ditempa oleh Septimius Severus pada tahun 193 untuk merayakan XIV Gemina Martia Victrix, legion yang mengisytiharkannya sebagai maharaja
Aureus Augustus, k.k. 30 SM

Aureus ialah duit syiling emas Rom kuno yang bernilai 25 denarius perak. Saiz aureus lebih kurang sama dengan saiz denarius tetapi lebih berat kerana ketumpatan emas adalah lebih tinggi. Aureus dikeluarkan sejak abad ke-1 SM sehingga awal abad ke-4 apabila ia digantikan dengan duit syiling solidus.

Sebelum zaman Julius Caesar, aureus jarang ditempa dan biasanya hanya dikeluarkan untuk pembayaran besar daripada harta rampasan. Caesar lebih kerap menempa duit syiling dan memiawaikan beratnya pada paun Roman (k.k. 8 gram). Jisim aureus dikurangkan kepada w paun (7.3 g) semasa pemerintahan Nero.

Selepas pemerintahan Marcus Aurelius, pengeluaran duit syiling aureus dikurangkan, dengan beratnya dikurangkan lagi kepada paun (6.5 g) menjelang zaman Caracalla. Pada abad ke-3, kepingan emas diperkenalkan dalam berbagai-bagai pecahan dan angka kandungan dan dengan itu, jenis mata wang duit syiling emas yang dimaksudkan menjadi susah untuk ditentukan.

Bagaimanapun, tanpa mengira saiz atau beratnya, ketulenan duit syiling aureus tidak banyak terjejas. Analisis aureas Rom menunjukkan aras ketulenan yang biasa melebihi 99%, berbanding dengan 91.7% (22 karat) untuk duit syiling raja British, dan 90% untuk dolar emas Amerika Syarikat.

Disebabkan inflasi melampau yang diakibatkan oleh pemerintahan Rom mengeluarkan duit syiling logam murah tetapi enggan menerima apa-apa wang selain daripada logam perak atau logam emas sebagai bayaran cukai, nilai duit syiling emas aureus naik dengan ketara, berbanding dengan duit syiling denarius. Inflasi juga diterukkan lagi oleh penurunan nilai duit syiling perak denarius yang hampir tidak lagi memiliki sebarang logam perak di dalamnya menjelang pertengahan abad ke-3.

Pada tahun 301, satu aureus emas bernilai 833⅓ denarus. Menjelang tahun 324, aureus yang sama telah mencecah 4,350 denarius nilainya. Maharaja Constantine memperkenalkan duit syiling solidus pada tahun 309 untuk menggantikan aureus sebagai duit syiling emas piawai Empayar Rom. Duit syiling solidus itu adalah lebih besar diameternya dan lebih leper, berbanding dengan duit syiling denarius. Pada tahun 337, satu solidus bernilai 275,000 denarus dan akhirnya, satu solidus bernilai 4,600,000 denarii pada tahun 356.


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]