Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Babad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Babad (Jawi: بابد, Jawa: ꦧꦧꦢ꧀)[1] ialah periwayatan sejarah, fakta dan peristiwa yang berkisar dalam susunan kronologi, seperti dalam garis masa. Biasanya, penekanan yang sama diberikan untuk peristiwa tempatan dan penting bersejarah, tujuannya adalah untuk rakaman kejadian yang berlaku, dilihat dari sudut pandang sejarah. Ini agak berbeza dengan naratif atau sejarah, yang menetapkan peristiwa-peristiwa terpilih dalam konteks interpretasi yang bermakna dan tidak memasukkan apa yang penulis lihat sebagai tidak penting.

Takrifan asal

[sunting | sunting sumber]

Babad berasal dari perkataan bahasa Jawa bermakna "buka, tebang"[2] lalu kemudiannya ditafsirkan sebagai "membuka lahan baru" atau "menebang pohon di hutan" di mana kisah atau sejarah suatu daerah biasanya dimulai dengan pembukaan daerah tersebut. Namun maksud ini kemudiannya terlanjut kepada 'catatan atau rekod peristiwa yang disusun mengikut waktu berlakunya peristiwa tersebut'.[1]

Catatan begini amat diutamakan dalam sastera Jawa di mana ia biasanya mengandung campuran antara sejarah, mitos, dan kepercayaan.[3]:49-50 Menurut M. C. Ricklefs, ketepatan kandungan babad beragam, tetapi sejumlah di antaranya dapat dianggap agak tepat dan sumber sejarah yang bererti.[4] Sebahagian besar babad ditulis dalam bentuk macapat (puisi), namun ada juga yang ditulis dalam bentuk gancaran (prosa). Penceritaan ini boleh terbahagi kepada tiga bentuk

  1. Babad yang memuat sejarah suatu tempat seperti: Babad Tanah Jawi, Babad Kartasura, Babad Banten, Babad Bandawasa, Babad Pathi, Babad Wirasaba, Babad Brebes, dan Babad Kebumen
  2. Babad yang memuat sejarah seorang tokoh seperti: Babad Ajisaka, Babad Arungbinang, Babad Dipanegara, Babad Mangkubumi, Babad Pakualaman, Babad Sultan Agung, Babad Trunajaya, Babad Untung Surapati, dan Babad Brawijaya
  3. Babad yang memuat suatu peristiwa seperti: Babad Bedhah Ngayogyakarta, Babad Giyanti, Babad Pacina, dan Babad Prayut

Di Bali, karya-karya bergenre babad umumnya ditulis pada masa Kerajaan Gelgel (1340-1705).[3]:49-50

Takrifan lanjutan

[sunting | sunting sumber]

Dari mana seseorang penulis babad memperoleh maklumat itu berbeza-beza; beberapa babad ditulis dari pengetahuan atau pengalaman, ada pula dari saksi atau peserta dalam peristiwa, namun yang lain adalah perakuan yang disampaikan dari mulut ke mulut sebelum ditulis.[5] Ada yang menggunakan bahan bertulis: piagam, surat, atau karya-karya pencerita yang terdahulu.[5] Ada yang lain mempunyai kisah-kisah asal-usul yang tidak diketahui sedemikian rupa sehingga memegang status mitos.

Penyalin juga boleh mempengaruhi babad apabila menyalin secara kreatif, membuat pembetulan atau mengemas kini atau meneruskan babad dengan maklumat yang tidak ada pada pengarang asal. Kebolehpercayaan babad tertentu adalah penentuan penting untuk ahli sejarah moden.[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Dewan Bahasa dan Pustaka: Babad
  2. ^ S. Prawiroatmodjo (1980). Bausastra Jawa-Indonesia. I. Jakarta: Haji Masagung. Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ a b Widati, Sri; Rahayu, Prapti; Prabowo, Dhanu Priyo (2015). Ensiklopedi Sastra Jawa. Balai Bahasa Daerah Istimewa Yogyakarta. ISBN 978-979-18523-5-7. OCLC 804977586.
  4. ^ Ricklefs, M. C. (2008). A History of Modern Indonesia since c. 1200 (ed. ke-4). New York: Palgrave MacMillan,. ISBN 978-0-230-54686-8.CS1 maint: extra punctuation (link)
  5. ^ a b c Elisabeth M. C. Van Houts, Memory and Gender in Medieval Europe: 900–1200 (Toronto ; Buffalo : University of Toronto Press, 1999), pp. 19–20