Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bahagian Serian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serian ialah sebuah kawasan bahagian pentadbiran yang berkeluasan kira-kira sebanyak 2,039.9 kilometer persegi (atau 787.6 batu persegi) yang dipisahkan pada 11 April 2015 dari kawasan Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 40 batu (64 km) dari Kuching. Kawasan Bahagian Serian ini terbahagi kepada tiga buah daerah penting, iaitu Daerah Serian, Daerah Siburan, dan Daerah Gedong. Selain daripada itu, terdapat juga tiga daerah kecil di dalam Bahagian Serian ini, iaitu Daerah Kecil Tebedu, Daerah Kecil Tebakang, dan Daerah Kecil Balai Ringin.

Bahagian Serian
Tasik Danu (Serian Lake Garden), Serian
Tasik Danu (Serian Lake Garden), Serian
Negara Malaysia
Wilayah Sarawak
Daerah
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatan
  • Majlis Daerah Serian (MDS)
  • Pejabat Daerah Siburan
  • Pejabat Daerah Gedong
  • Pejabat Daerah Kecil Balai Ringin
  • Pejabat Daerah Kecil Tebedu
  • Pejabat Daerah Kecil Tebakang
 • Pegawai ResidenCaroline Cleophas Joseph
 • Pengerusi MDSEnting @ Inting anak Nyami
Keluasan
 • Jumlah2,039.9 km2 (787.6 batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
94700
Nombor plat kenderaanQC
Laman sesawangserian.sarawak.gov.my

Diisytiharkan secara rasmi sebagai bahagian ke-12 di Sarawak oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tan Sri Datuk Amar Patinggi Hj Adenan bin Hj Satem pada 11 April 2015[1][2].

Bahagian Serian ini sungguh terkenal dengan buah durian, yang kini semakin popular dan boleh dipercayai sebagai buah tempatan yang sangat sedap dan terbaik di Wilayah Sarawak. Ini telah mendorong Majlis Daerah Serian untuk mendirikan sebuah replika monumen buah durian, yang juga digelar sebagai "Bandar Buah Durian". Monumen ini dibina tepat di tengah dataran Bandar Serian.

Walau bagaimanapun, monumen-monumen lain seperti patung harimau dan monumen kerbau yang terbaru dilihat sangat kurang sesuai dan tidak relevan dengan kawasan Bandar Serian, bahkan ada yang mengatakan patung berkenaan mampu membuatkan para pengunjung tidak dapat melihat replika ikonik durian gergasi berkenaan, yang juga menjadi simbol rasmi Bahagian Serian.

Bandar ini mempunyai hubungan yang baik dengan kawasan pedalamannya yang kaya melalui jalan darat dan air dan oleh itu seseorang boleh menemui pelbagai jenis hasil hutan yang terdapat di pasaran hasil hutan tetapi akhir-akhir ini, kebanyakan hasil ini dibawa masuk dari Kalimantan, Indonesia kerana harganya lebih murah.

Demografi penduduk

[sunting | sunting sumber]
Mohor Rasmi Majlis Daerah Serian.

Populasi penduduk

Jumlah populasi penduduk di Bahagian Serian

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di Bahagian Serian berdasarkan daerah pada tahun 2023
No. Daerah Jumlah (orang) Mukim bandar Jumlah (orang)
1 Daerah Serian Bandar Serian
2 Teng Bukap
3 Daerah Siburan Bandar Siburan
4 Tapah
5 Tarat
6 Gedong Bandar Gedong
7 Batang Sadong
8 Daerah Kecil Tebedu Pekan Tebedu
9 Daerah Kecil Tebakang Tebakang
10 Daerah Kecil Balai Ringin Balai Ringin

Pembentukan batu kapur dan sawah padi boleh dilihat sepanjang perjalanan ke Tebedu. Tempat tarikan lain di Serian ialah Gua Tiab Bilanting yang terletak di Kampung Pichin dan juga Bukit Parang yang terletak di sempadan Sarawak – Kalimantan.

Terdapat juga kawasan air terjun yang ada di Daerah Serian. Air Terjun Ranchan adalah yang paling terkenal, terletak kira-kira 5 kilometer (3.1 mi) dari bandar Serian dan boleh diakses dengan mudah melalui jalan raya.

Air Terjun Simuja merupakan satu lagi air terjun yang boleh ditemui di Serian tetapi telah rosak teruk akibat kegiatan aktiviti pembalakan pada waktu itu. Ia terletak kira-kira 7 kilometer (4.3 mi) dari bandar. Tiada jalan yang betul ke air terjun dan pelawat perlu mendaki 1–2 kilometer (0.62–1.24 mi) dari jalan utama Serian-Sri Aman untuk ke sana.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran Pendidikan

  • Pejabat Pendidikan Daerah Serian (PPD Serian)
  • Pusat Kegiatan Guru Serian (PKG Serian)

Sekolah Rendah

  • SK Balai Ringin
  • SK Bedup
  • SK Daha
  • SK Engkeroh
  • SK Entayan
  • SK Entubuh
  • SK Gahat Mawang
  • SK Gemang
  • SK Koran
  • SK Krait
  • SK Krangan
  • SK Krusen
  • SK Kujang Mawang
  • SK Kujang Sain
  • SK Lebur/Remun
  • SK Lobang Batu
  • SK Lubok Antu Reban
  • SK Mapu
  • SK Mawang Taup
  • SK Melansai
  • SK Mentu Tapu
  • SK Merakai
  • SK Merbau
  • SK Mubok Berawan
  • SK Parun Suan
  • SK Pangkalan Sorah
  • SK Pati
  • SK Payau
  • SK Plaman Baki/Menaul
  • SK Pridan
  • SK Rayang
  • SK Reteh
  • SK Riih Daso
  • SK Rituh
  • SK Samarahan Estate
  • SK Sangai
  • SK Sebanban
  • SK Semada
  • SK Semukoi
  • SK Sejijag
  • SK Serian
  • SK Sumpas
  • SK Sungai Kenyah
  • SK Sungai Rimu
  • SK Sungai Sameran
  • SK Sungan
  • SK Tanah Merah
  • SK Tanah Puteh
  • SK Tarat
  • SK Tebakang
  • SK Tebedu
  • SK Tema
  • SK Temong
  • SK Tepoi
  • SK Tesu
  • SK Tian Murud
  • SK Triang
  • SK All Saints Plaman Nyabet
  • SK ST Alban Ampungan
  • SK ST Ambrose Panchor
  • SK ST Anthony Kawan
  • SK ST Barnabas Baru
  • SK ST Dominic Pichin
  • SK ST Henry Slabi
  • SK ST John Mantung
  • SK ST John Taee
  • SK ST Jude Bunan
  • SK ST Matthew Lanchang
  • SK ST Michael Mongkos
  • SK ST Norbert Paon Gahat
  • SK ST Patrick Tangga
  • SK ST Philip Bugu
  • SK ST Raymond Mujat
  • SK ST Teresa Serian
  • SJK Chung Hua Serian
  • SJK Chung Hua Bt. 29
  • SJK Chung Hua Bt. 35
  • SJK Chung Hua Bt. 32
  • SJK Sungai Menyan
  • SJK Pangkalan Bedup
  • Sekolah Ayer Manis

Sekolah Menengah

  • SMK Tebakang
  • SMK Tarat
  • SMK Taee
  • SMK Serian
  • SMK Tebedu
  • SMK Balai Ringin
  • SMK Tun Abdul Razak

Pusat perniagaan / komersial

[sunting | sunting sumber]
  • H&L Supermarket
  • Everwin Supermarket
  • UNACO Supermarket
  • Jun Rong Serian
  • Pasar Raya Sin Joon Miaw
  • LePaPa Hypermarket

Rumah-rumah ibadat

[sunting | sunting sumber]
  • St. Theresa's Church, Serian
  • St. Jude’s Church, Bunan Gega, Serian
  • Church of Holy Cross, Tebedu, Serian
  • St. Helen's Anglican Church, Serian
  • St. John's Church, Taee, Serian
  • Masjid Bahagian Serian
  • Masjid Nurul Ehsan, Taman Anggerik Indah, Serian
  • Masjid Nurhidayah, Kampung Ensebang Jaya, Serian
  • Masjid Tebedu (Tebedu Mosque), Tebedu, Serian
  • Tokong Tua Pek Kong, Tapah, Serian
  • Guan Di Temple, Serian
  • Tai Pak Kung Temple, Bandar Serian, Serian

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]