Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bahasa Anatolia Purba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Anatolia Purba
Rekonstruksi Rumpun bahasa Anatolia
RantauAnatolia
Zamans. 3000 SM

Bahasa Anatolia Purba ialah bahasa purba dan asal usul kepada rumpun bahasa Anatolia (bahasa Het dan bahasa-bahasa saudara terdekatnya). Seperti hampir semua bahasa purba lain, tiada bukti tulisan dalam bahasa ini sah ditemui; bahasa ini telah direkonstruksi dengan menggunakan kaedah perbandingan dengan semua bahasa Anatolia yang mempunyai bukti serta bahasa-bahasa Indo-Eropah yang lain.

Craig Melchert, pakar rumpun bahasa Anatolia, menganggarkan bahawa bahasa Anatolia Purba mula terbahagi sekitar 3000 – 2500 SM.[1]

Majoriti bahasa Anatolia Purba direkonstruksikan berdasarkan bahasa Het, bahasa Anatolia yang paling banyak didokumenkan. Namun, tulisan bahasa Het adalah tulisan pepaku, membuatkannya sukar untuk memahami dan membina semula fonologi bahasa Anatolia, antara sebabnya kerana sistem tulisan pepaku Akkadia yang digunakan untuk menulis fonem-fonem bahasa Het tidak begitu padan, dan juga kerana cara jurutulis bahasa Het tulis.

Ini berkaitan dengan kekeliruan antara bunyi /d/ dan /t/, yang digunakan secara saling berganti dalam perkataan-perkataan yang sama.[2] Tambahan pula, dalam suku kata struktur VK, hanya simbol-simbol dengan konsonan /t/ sahaja biasa digunakan. ***Dalam tulisan monumen-monumen tertua yang masih wujud, perubahan pola ejaan dalam Indo-Eropah Purba ejaan dengan konsonan tunggal dan permata dalam monumen tertua yang masih ada menunjukkan bahawa refleks hentian tanpa suara bahasa Indo-Eropah Purba dieja sebagai konsonan berganda dan refleks hentian bersuara IEP sebagai konsonan tunggal. Cara bunyi ini dieja kekal agak konsisten dalam teks-teks lama[2] tetapi teks yang lebih baharu kadangkala tidak mengikut pola ini.

Bahasa Anatolia Biasa mengekalkan sistem vokal IEP. Sesetengah pakar[2] menyatakan yang peleburan */o/ dan */a/ dalam IEP (termasuk daripada *h₂e) adalah perkara yang baharu dalam bahasa Anatolia Biasa, tetapi menurut Melchert,[3] peleburan ini berlaku dalam bahasa-bahasa terkemudian seperti bahasa Het, Pala dan Luwi, tetapi bukan dalam bahasa Lykia. Selaras dengan itu, bahasa Anatolia Biasa mempunyai bunyi-bunyi vokal pendek berikut: */i/, */u/, */e/, */o/ dan */a/.

Antara vokal-vokal panjang, */eː/ < *ē IEP dibezakan daripada */æː/ < *eh₁ IEP, sementara *eh₁ kemudiannya menjadi ā dalam bahasa Luwi, Lydia dan Lykia.[4] Melchert (1994) juga sebelum ini mengandaikan terdapatnya perbezaan antara vokal hadapan tengah yang lebih tertutup */eː/ < *ey IEP (kemudiannya menjadi ī dalam bahasa Het Lewat) dan */ɛː/ < *ē IEP yang lebih terbuka (yang kekal sebagai ē dalam bahasa Het Lewat.), tetapi tidak banyak contoh untuk menyokong hal ini.[5]

Perbezaan antara vokal panjang dan pendek dalam penulisan Het tidak jelas, tetapi ejaan Het diketahui tidak mengekalkan bezanya daripada IEP dan ejaan Het tidak seragam sehingga sukar untuk menentukan jika sesuatu vokal itu sepatutnya panjang atau pendek. Walaupun teks-teks lama lebih konsisten dalam menatatandakan vokal, perkataan-perkataan yang sama dieja dengan berbagai cara dengan kepanjangan vokal yang berlainan.[6] Oleh itu, telah dicadangkan oleh Carruba (1981) bahawa vokal-vokal tertentu yang ditanda dalam tulisan Het sebenarnya menunjukkan vokal yang ditekankan, bukannya vokal panjang seperti dalam bahasa IEP. Namun pandangan Carruba tidak diterima oleh semua; menurut Melchert, tanda-tanda ini hanya untuk menunjukkan kuantiti vokal; menurut beliau, kontras a/ā dalam bahasa Het adalah warisan kontras dwifonemik bahasa Anatolia Purba, dengan vokal */ā/ berubah kepada */o/, */a/ dan */ā/ dalam IEP, dan */a/ dalam bahasa Anatolia Purba mencerminkan */a/ dalam IEP. Beliau juga menyatakan bahawa apabila vokal pendek beraksen dalam suku kata terbuka dipanjangkan, atau vokal pendek dalam suku kata tertutup beraksen menjadi panjang, ia bukan datang daripada bahasa Anatolia Purba[7]

Salah satu ciri fonologi utama bagi semua bahasa Anatolia ialah pelenisan konsonan-konsonan tidak bersuara bahasa Indo-Eropah Purba (antaranya *s sibilan dan *ḫ larinks) di antara suku kata tidak ditekankan dan vokal panjang. Kedua-duanya boleh dikira sebagai peraturan pelenisan antara mora-mora yang tidak ditekankan, jika vokal panjang dianalisis sebagai urutan dua vokal.[8] Semua hentian bersuara awalan dalam bahasa Anatolia akhirnya menjadi hentian tak bersuara; Namun dalam bahasa Luwi, hentian velar bersuara *G- dan hentian velar tak bersuara *K- dilayan dengan berbeza (*G awalan dipalatalkan menjadi */j/ dan hilang apabila hadir sebelum /i/, berbeza dengan *K), menunjukkan bahawa ini perubahan yang datang kemudian di kawasan bahasa Luwi, bukan diwariskan daripada bahasa Anatolia Purba.[5]

Proto-Anatolia ialah satu-satunya bahasa turunan Indo-Eropah Purba yang langsung mengekalkan konsonan larinks. Dalam transkripsi-transkripsi tulisan pepaku bahasa Anatolia, huruf ‹ḫ› melambangkan bunyi (Proto-Anatolia *H) yang berasal daripada *h₂ larinks, malah mungkin—tetapi kurang pasti—*h₃ juga.[9] Urutan *h₂w dan *h₃w menghasilkan *ḫʷ larinks yang dibibirkan.[8]

Selain bunyi laring, bahasa Anatolia Biasa juga telah lama dianggap sebagai satu-satunya bahasa turunan yang mengekalkan perbezaan konsonan velar berbahagian tiga daripada bahasa Indo-Eropah Purba. Bukti terbaik untuk ini dipercayai berasal daripada bahasa turunannya,bahasa Luwi.[9] Walau bagaimanapun, Melchert mempertikaikan ini dan mengkategorikan bahasa Anatolia sebagai satu cabang bahasa sentum.[10]

Bunyi hentian berhembus bersuara lama-kelamaan hilang hembusannya dan lebur dengan hentian bersuara. Bunyi likuida dan sengauan diwarisi terus daripada bahasa Indo-Eropah Purba, begitu juga bunyi geluncuran *w. Tiada perkataan Anatolia Purba asli bermula dengan *r-. Satu penjelasan adalah mungkin ini juga benar bagi bahasa Indo-Eropah Purba. Satu lagi adalah ia merupakan ciri bahasa-bahasa dari kawasan di mana bahasa turunan Anatolia Purba dituturkan.[9]

Morfologi

[sunting | sunting sumber]

Menurut Fortson, bahasa Anatolia Purba mempunyai dua konjugasi kata kerja. Yang pertama, konjugasi mi jelas diperolehi daripada akhiran kala kini bahasa Indo-Eropah Purba. Yang kedua, konjugasi hi nampaknya berasal daripada kala sempurna bahasa Indo-Eropah Purba. Satu sebab mungkin kerana bahasa Anatolia menukar kala sempurna menjadi kala kini hanya untuk kata-kata kerja tertentu. Pendapat lain yang lebih baharu pula mengatakan kata kerja ḫi dahulunya kata kerja kala kini istimewa yang mempunyai hubungan kompleks dengan kala sempurna Indo-Eropah Purba.[11]

  1. ^ Melchert forthc., 7f.
  2. ^ a b c Luraghi 1998: 174
  3. ^ Melchert 1993: 244
  4. ^ Melchert 2015:10
  5. ^ a b Melchert 2015: 9
  6. ^ Luraghi 1998: 192
  7. ^ Melchert 1994: 76
  8. ^ a b Melchert 2015: 7
  9. ^ a b c Fortson 2009: 172
  10. ^ Melchert 2015: 15
  11. ^ Fortson 2009: 173
  • Fortson, Benjamin W. (2009). Indo-European language and culture: an introduction (ed. 2.). Oxford: Wiley-Blackwell. m/s. 170–199. ISBN 978-1-4051-8896-8.
  • Silvia Luraghi (1998). "The Anatolian languages". Dalam Anna Giacalone Ramat; Paul Ramat (penyunting). The Indo-European Languages. London and New York: Routledge. ISBN 978-0-415-06449-1.
  • Craig Melchert (1987). "PIE velars in Luvian" (PDF). Studies in Memory of Warren Cowgill. m/s. 182–204. Dicapai pada 2008-10-27.
  • Craig Melchert (1993). "Historical Phonology of Anatolian" (PDF). Journal of Indo-European Studies, 21. m/s. 237–257. Dicapai pada 2008-10-27.
  • Craig Melchert (1994). Anatolian Historical Phonology. Rodopi. ISBN 978-90-5183-697-4.
  • Melchert, H. Craig (2015). "Hittite Historical Phonology after 100 Years (and after 20 years)". Hrozny and Hittite: The First Hundred Years (PDF). Dicapai pada 2016-07-27.
  • Melchert, H. Craig. "The Position of Anatolian" (PDF). UCLA – Department of Linguistics – Craig Melchert's homepage. Los Angeles, CA: UCLA College of Letters and Science, University of California. m/s. 1–78. Dicapai pada 10 Jun 2019.