Bakon (Bahasa Inggeris: bacon serapan Perancis Lama pinjaman Jerman Hulu Kunobacho turunan Jerman Purba Barat *bakō terbitan *baka- "belakang"[1][2]) atau dendeng ialah sejenis daging awet yang disediakan daripada beberapa potongan yang berbeza, biasanya daripada perut atau belakang yang kurang kandungan lemak; potongan begini diawet dengan lumuran garam, rempah ratus dan nitrit sebelum disalai untuk menggelapkan kulitnya dan disiat kerat menjadi jalur.[3][4] Sayatan jalur ini perlu dimasak dahulu sebelum dimakan, selepas itu ia boleh dimakan begitu sahaja atau sebagai hidangan sampingan (terutamanya dalam sarapan), atau digunakan sebagai ramuan kecil untuk memberi rasa pada masakan.