Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bangsa-bangsa Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bangsa–bangsa Pertama
بڠسا٢ ڤرتام





Jumlah penduduk
698,025[1]
Bahasa
Bahasa orang asli
Bahasa Inggeris Kanada
Bahasa Perancis Kanada
Agama
Kristian (terutamanya Anglikan)
Kepercayaan tempatan

Bangsa–bangsa Pertama (Inggeris: First Nations) merupakan satu kelompok orang asli di Kanada yang bukan berbangsa Inuit dan Métis.[2] Keseluruhan jumlah penduduknya adalah 700,000 orang. Menurut Akta Ekuiti Pekerjaan, Bangsa–bangsa Pertama ialah "kelompok yang ditetapkan", bersama–sama dengan wanita, golongan minoriti terlihat dan mereka–mereka yang mempunyai ketidakupayaaan fizikal dan mental.[3] Walau bagaimanapun, Bangsa–bangsa Pertama tidak ditakrifkan sebagai minoriti terlihat di bawah Akta dan kriteria oleh Statistik Kanada.[4]

Di Kanada, "Bangsa–bangsa Pertama" telah menjadi suatu penggunaan lazim, di mana ia menggantikan istilah "Indian" untuk orang–orang asli Amerika. Individu yang menggunakan istilah ini diluar Kanada termasuklah penyokong pergerakan kemerdekaan Cascadia, puak–puak Amerika di Barat Laut Pasifik.

  1. ^ "Aboriginal Identity (2006 Census)". Statistik Kanada. Kerajaan Kanada. Dicapai pada 8 Oktober 2009.
  2. ^ "Terminology". Aboriginal Affairs and Northern Development Canada. 1 Oktober 2012. Dicapai pada 21 Januari 2013.
  3. ^ "Employment Equity". Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kanada. Kerajaan Kanada. 1 September 2013. Dicapai pada 25 Januari 2014.
  4. ^ "Visible minority of person". Definitions, data sources and methods. Statistik Kanada, Kerajaan Kanada. 18 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-24. Dicapai pada 25 Januari 2014.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]