Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bantuan:Kandungan

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini memberikan pertolongan dengan soalan-soalan yang terumum tentang Wikipedia.

Juga, laman-laman bantuan boleh dicarikan dengan menggunakan kotak carian di sebelah kanan.

Saya perlu maklumat tentang melayari atau mencari

FAQ Pembaca dan laman "Perihal" kami mengandungi maklumat tentang Wikipedia yang tersering dicari.

Di sudut atas kanan setiap laman terdapat sebuah kotak carian dengan perkataan "Cari" dalamnya. Taipkan sahaja apa yang anda sedang mencari ke dalamnya dan tekan Enter. Lihat Bantuan:Mencari untuk maklumat lanjut.

Terdapatlah cara-cara lain untuk melayari dan menjelajahi rencana-rencana Wikipedia; kebanyakannya boleh didapati di Portal:Kandungan. Juga lihat penafian-penafian kami untuk amaran-amaran tentang had-had Wikipedia.

Saya mahu menyunting Wikipedia

Menyumbang tidak susah: lihat cara untuk menyunting sebuah laman atau menyumbang kepada Wikipedia. Untuk sebuah ringkasan cepat tentang menyumbang, lihat panduan jelas dan mudah (Inggeris). Helaian pintas kod akan mengingatkan anda dengan markap wiki yang asas. Anda boleh berlatih menyunting dan mengkaji di dalam kotak pasir. Atau bermain The Wikipedia Adventure (Inggeris) untuk belajar menyunting dalam masa satu jam.

Beranilah dalam membaiki rencana! Apabila menambah fakta, berikan rujukan (Inggeris) supaya penyumbang lain boleh mengesahkannya. Jika anda tergabung dengan subjek sebuah rencana, sila lihat garis panduan pertikaian kepentingan (Inggeris) kami.

Jika anda sedang mencari tempat-tempat anda boleh menolong, portal Masyarakat adalah tempat untuk pergi.

Saya mahu melaporkan sebuah masalah dengan sebuah rencana

Jika anda mempunyai masalah atau soalan tentang sebuah rencana tentang anda sendiri, seorang ahli keluarga anda, kawan atau rakan sekerja, sila tambahkan sebuah perbincangan ke Kedai Kopi. Jangan cuba untuk menyelesaikan masalah ini melalui menyunting - ini boleh menyebab pertikaian kepentingan (Inggeris).

Jika anda ternampak masalah dengan sebuah rencana, anda boleh terus membaikinya dengan mengklik pautan "Sunting" pada permulaan laman itu. Lihat bahagian "Saya mahu menyunting Wikipedia" laman ini untuk maklumat lanjut.

Jika anda tidak rasa sedia atau layak untuk membaiki rencana tersebut sendiri, sila mengepos sebuah pesanan pada laman perbincangan rencana itu. Ini akan membawa perkara ini kepada perhatian penyumbang-penyumbang lain yang bekerja pada rencana itu. Terdapat pautan "Perbincangan" pada permulaan setiap laman rencana.

Sebagai alternatif, anda juga boleh hubungi kami (Inggeris). Jika ia asalah sebuah rencana tentang anda atau syarikat anda, lihat Hubungi kami - Subjek (Inggeris).

Saya mahu mencipta sebuah rencana baru atau muat naik media

Semak Rencana pertama anda untuk melihat jika topik anda adalah sesuai, kemudian Penciptaan rencana bestari akan menjalankan anda melalui proses penciptaan rencana tersebut.

Setelah anda mencipta sebuah rencana, lihat Garis panduan penulisan yang lebih baik untuk panduan tentang cara membaikinya dan apa untuk memasukkan (seperti petikan rujukan).

Untuk menyumbang fail imej, bunyi atau video, lihat Pengenalan kepada memuat naik imej (Inggeris). Kemudian Muat naik pintar akan mengikutkan anda melalui proses tersebut.

Saya mempunyai sebuah soalan fakta

Jika mencari Wikipedia belum menjawab soalan anda (contohnya, soalan-soalan seperti "Negara manakah yang mempunyai angkatan memancing yang terbesar di dunia?"), cubalah Meja rujukan. Sukarelawan di situ akan mencuba untuk menjawab soalan-soalan anda tentang apa-apa topik, atau menuju anda ke maklumat yang anda perlu.

Saya terjebak

Untuk kemudahan anda, jawapan telah dicatatkan untuk soalan-soalan yang terlazim ditanya.

Anda juga boleh mencari tempat untuk menanya soalan ataupun membuat komen.

Anda boleh menanya soalan tentang menggunakan Wikipedia di Meja bantuan atau di Kedai kopi . Sukarelawan akan membalas secepat mungkin.

Atau mohon bantuan pada laman perbincangan anda dan seorang sukarelawan akan melawat anda di situ!


Saya sedang mencari bantuan untuk sebarang yang khusus

Carian tambahan

Cari dalam Soalan Lazim Ditanya
Cari dalam arkib meja bantuan