Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bas Bandar GoKL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
GOKL City Bus
SloganJourney Made Easy
Syarikat indukDewan Bandaraya Kuala Lumpur
Mula beroperasi1 September 2012
Daerah perkhidmatanKuala Lumpur
Jenis perkhidmatanBas transit percuma
Laluan14
Armada80
Jenis bahan apiGas asli padat
PengendaliCauseway Link
SKSBus
Laman WebLaman web rasmi DBKL
System map

Peta rasmi GOKL

Bas Bandar Go KL (dijenamakan sebagai GOKL CityBus) adalah sebuah rangkaian perkhidmatan bas percuma yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Mula-mula dimiliki oleh Agensi Perkhidmatan Awam Darat (APAD) di bawah kendalian Rapid Bus, ia diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Januari 2019,[1] diikuti penyerahan hak pengendalian oleh Rapid Bus kepada Causeway Link dan SKSBus pada 1 November 2021.[2] Perkhidmatan percuma ini mula beroperasi pada 31 Ogos 2012 dengan pelancaran dua laluan pekeliling, iaitu Hijau (KLCC-Bukit Bintang) dan Ungu (Pasar Seni-Bukit Bintang).[3]

Kebanyakan hentian bas di rangkaian ini terletak berhampiran tarikan-tarikan perlancongan, pusat membeli-belah utama dan stesen-stesen TRANSIT seperti KTM Komuter, LRT, Monorel KL dan ERL.

Laluan bas

[sunting | sunting sumber]

Semua bas melalui laluan pekeliling arah jam berdasarkan peta laluan GoKL. Laluan-laluan ini tidak selari dengan laluan-laluan bas berbayar lain seperti bas RapidKL untuk mengelakkan persaingan dalam penumpang.

Mulai 1 Ogos 2023, nama-nama laluan ditukarkan dari warna ke nombor.[4][5]

Fasa Laluan Terminus Diperkenalkan Jarak Jumlah Hentian Sambungan Ruj.
1 (last mile) GOKL 01 
(Hijau)
KLCC Bukit Bintang 31 Ogos 2012 7 km 15 5 KLCC
8 9 Bukit Bintang
8 Raja Chulan
[6]
GOKL 02 
(Ungu)
Hab Pasar Seni Bukit Bintang 31 Ogos 2012 9 km 15 5 9 Pasar Seni
8 9 Bukit Bintang
8 Raja Chulan
[7]
GOKL 03 
(Merah)
Hab Titiwangsa KL Sentral 1 Mei 2014 13 km 22 3 4 8 12 Titiwangsa
8 Chow Kit
1 2 Kuala Lumpur
9 Muzium Negara
1 2 5 6 7 KL Sentral
[8]
GOKL 04 
(Biru)
Hab Titiwangsa Bukit Bintang 1 Mei 2014 12 km 22 3 4 8 12 Titiwangsa
8 Chow Kit
5 Dang Wangi
8 Bukit Nanas
8 Raja Chulan
8 9 Bukit Bintang
[9]
2 (first mile) GOKL 05 
(Jingga)
Hab Titiwangsa MINDEF 28 Februari 2019 10.4 km 24 3 4 8 12 Titiwangsa
8 Chow Kit
[10]
GOKL 06 
(Merah Jambu)
LRT Universiti PPR Seri Pantai 1 April 2019 7.3 km 13 5 Universiti
2 Angkasapuri
[11]
GOKL 07 
(Biru Firus)
LRT Dato' Keramat Kelumpuk Bambu (Setiawangsa) 22 Oktober 2019 10 km 20 5 Dato' Keramat
5 Setiawangsa
[12]
GOKL 08 
(Merah Manggis)
LRT Sentul PPR Kampung Batu Muda 28 Ogos 2020 16.1 km 37 3 4 Sentul
1 12 Kampung Batu
[13]
GOKL 09 
(Coklat)
LRT Sri Rampai Seksyen 10 Wangsa Maju 16 Februari 2021 12.1 km 34 5 Sentul [14]
GOKL 10 
(Hijau Serindit)
Terminal Maluri Bandar Sri Permaisuri 1 November 2021 13.8 km 35 4 9 Maluri
4 Cheras
[15]
GOKL 11 
(Kelabu)
Terminal Maluri Bandar Tun Razak 1 November 2021 16.7 km 34 9 Cochrane
4 9 Maluri
[16]
GOKL 12 
(Krim)
Taman Fadason MRT Sri Delima 15 November 2022 16km 24 12 Jinjang
12 Sri Delima
[17]
GOKL 13 
(Merah Lembayung)
MRT Jinjang MATRADE 15 November 2022 15.7km 25 12 Jinjang
2 Segambut
[18]
GOKL 14  Kompleks Komuniti Muhibbah PPR Pinggiran Bukit Jalil 1 Ogos 2023 10km 31 4 Awan Besar
4 Muhibbah
[19]
GOKL 15  Alam Damai HUKM 25 Januari 2024 20.6 km 56 [20]
  • Yutong ZK6126HG (Causeway Link) – 40 buah (sejak 1 November 2021)
  • SKS LEC-300 (Causeway Link, SKSBus) – 40 buah (sejak 1 November 2021)
  • SKS Electric Bus (SKSBus) – 1 buah (sejak 1 November 2021)
  • King Long XMQ6121G (Rapid KL) – 20 buah (31 Ogos 2012 – 31 Julai 2015)
  • Daewoo BV120MA (CityLiner) – 20 buah (1 Mei 2014 – 31 Julai 2015)
  • Scania K250UB (Rapid KL) – 40 buah (1 Ogos 2015 – 31 Oktober 2021)
  • Alexander Dennis Enviro200 (Rapid KL) – 20 buah (1 Ogos 2015 – 1 Mei 2021)
  • Scania K270UB (Rapid KL) – 20 buah (28 Ogos 2020 – 31 Oktober 2021)

Waktu operasi dan kekerapan bas

[sunting | sunting sumber]

GoKL beroperasi setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam. Kekerapan dijangka dalam 5–15 minit untuk bas dalam bandar dan 30 minit untuk bas pengantara tetapi tertakluk kepada keadaan lalulintas.[21]

  1. ^ The Star Online. "Free city bus service is the way to GO". thestar.com.my. Dicapai pada 2 June 2013.
  2. ^ "Mulai 1 November 2021, perkhidmatan GoKL City Bus tidak lagi di bawah kendalian Rapid Bus Sdn Bhd". Halaman Facebook rasmi Rapid KL. 29 Oktober 2021.
  3. ^ Joseph Kaos Jr (26 Sep 2012). "Free city bus service is the way to GO". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Sep 2017. Dicapai pada 9 Mei 2019.
  4. ^ "DBKL: GOKL bus route names changed from colours to numbers". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-02. Dicapai pada 2023-08-28.
  5. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2023-09-03.
  6. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-01-(GREEN) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  7. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-02-(PURPLE) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  8. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-03-(RED) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  9. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-04-(BLUE) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  10. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-05-(ORANGE) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  11. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-06-(PINK) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  12. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-07-(TURQUOISE) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  13. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-08-(MAROON) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  14. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-09-(CHOCOLATE) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  15. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-10-(PARROT-GREEN) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  16. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-11-(GREY) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  17. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-12-(CREAM) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  18. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-13-(MAGENTA) - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  19. ^ "Jadual Untuk Laluan GOKL-14 - GOKL City Bus - Bas". Moovit. Dicapai pada 2023-09-29.
  20. ^ "gokl15 Route: Schedules, Stops & Maps - Alam Damai ↺ Bandar Tun Razak (Updated)". moovitapp.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-25.
  21. ^ "SPAD: Helping commuters get around the Central Business District (CBD) area". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2017. Dicapai pada 4 October 2017.