Bismillah
Bismillah atau Basmalah (Arab: بسملة ) ialah sebuah perkataan Arab yang digunakan sebagai nama pengumpulan pada keseluruhan frasa Islam secara berulangan. Frasa ini merupakan ayat pertama pada "surah" (atau bab) dalam Al-Qur'an, dan digunakan dalam berbilang konteks oleh umat Islam. Ia disebut beberapa kali dalam solat dan sering dijadikan frasa mukadimah dalam segala urusan rasmi bagi beberapa negara Islam.
Dalam Al-Qur'an, ia sering dinomborkan sebagai ayat pertama surah pertama, tetapi menurut pandangan Al-Tabari, ia adalah pendahuluan sebelum ayat pertama. Ia juga terletak di semua permulaan surah kecuali surah kesembilan iaitu At-Taubah, tetapi tidak dinomborkan kecuali di surah pertama tadi. Frasa ini juga muncul dua kali dalam Surah An-Naml, iaitu di permulaan dan pada ayat ke-30.
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sebutan Arab: [bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi]
"Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani"
Perkataan "basmalah" sendiri terbit dari sebutan empat konsonan pertama bagi bismi-llāhi... yang akarnya adalah b-s-m-l (ب س م ل). Akar konsonan abstrak ini digunakan untuk menerbitkan kata nama basmalah, begitu juga bentuk kata kerja yang bermaksud "baca basmala". Perlakuan memberikan nama bagi perkataan yang lazim disebut atau zikir juga berlaku seperti frasa "Allahu Akbar", yang dirujuk sebagai "Takbir" (juga Ta'awwudh dll.); dan kaedah mengambil empat huruf konsonan juga seperti berlaku seperti kata nama "Hamdala" bagi Alhamdulillah.
Makna Kristian alternatif
[sunting | sunting sumber]Umat Kristian penutur bahasa Arab kadang-kadang menggunakan perkataan Bismillah untuk merujukkan pada rumusan liturgil "Dengan nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus" (باسم الآب والابن والروح القدس , bismi-l-’abi wa-l-ibni wa-r-rūḥi l-qudusi), dari Matthew 28:19.
Numerologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan | بسم الله | الرحمن | الرحيم | Jumlah nilai | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pecahan huruf | ه | ل | ل | ا | م | س | ب | ن | م | ح | ر | ل | ا | م | ي | ح | ر | ل | ا | |
Nilai huruf | 2 | 60 | 40 | 1 | 30 | 30 | 5 | 50 | 40 | 8 | 200 | 30 | 1 | 40 | 10 | 8 | 200 | 30 | 1 | 786 |
Jumlah nilai huruf dalam Bismillah al-Rahman al-Rahim, mengikut satu sistem numerologi bahasa Arab, adalah 786. Terdapat dua kaedah mengatur huruf abjad Arab. Salah satu kaedah adalah mengikut abjad biasa (digunakan untuk tujuan yang paling biasa), bermula dengan huruf Alif ا, ba ب, ta ت, tha ث, dan seterusnya. Kaedah lain yang dikenali sebagai kaedah angka Abjad (atau ordinal). Dalam kaedah ini, huruf akan disusun dalam susunan yang berikut: Abjad, Hawwaz, Hutti, Kalaman, Sa'fas, Qarshat, Sakhaz, Zazagh; setiap huruf mempunyai nilai aritmetik diberikan kepadanya, dari 1 hingga 1,000. Susunan ini mungkin dilakukan pada abad ke-3 Hijrah pada zaman Abbasiyah, berikutan amalan penutur bahasa Semitik lain seperti bahasa-bahasa Aramia, Ibrani, Suryani dan Kasdim.
Dengan mengambil kira nilai angka semua huruf-huruf dalam bismillah, menurut abjad susunan, jumlahnya ialah 786. Di benua kecil India angka Abjad telah menjadi popular. Sesetengah orang – kebanyakannya di India dan Pakistan – menggunakan 786 sebagai pengganti untuk Bismillah ("Dengan nama Allah"). Mereka menulis nombor ini untuk mengelakkan daripada menulis nama Allah atau ayat-ayat al-Quran pada kertas biasa (yang boleh menjadi kotor atau bersentuhan dengan bahan-bahan haram). Amalan ini tidak datang dari zaman Nabi Muhammad SAW, dan tidak diterima secara meluas oleh umat Islam.