Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bateq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bateq
Bateq
Jumlah penduduk
1,359 (2010)[1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia (Pahang, Kelantan, Terengganu)
Bahasa
Bahasa Bateq, bahasa Melayu
Agama
Agama tradisi dan penganut Islam, Kristian or Buddhisme yang ketara.
Kumpulan etnik berkaitan
Jahai, Minriq

Suku Bateq merupakan orang asli dari puak Negrito yang terdapat di Kelantan dan Pahang. Jumlah mereka tidak ramai, sekitar 1516 orang. Mereka tinggal dalam hutan hujan tropika terutama di Taman Negara Malaysia.

Orang Bateq mula didokumentasikan oleh penulis Rusia bernama Nicholai Miklukho-Maklai pada 1878 .

Bahasa yang digunakan ialah sub Mon-Khmer dari keluarga bahasa Austro-Asia. Alat yang mereka miliki ialah alat sumpitan dan sikat rambut. Kini mereka turut memiliki radio, rokok dan telefon bimbit. Kerajaan Malaysia turut memberi rumah yang kukuh dan terancang, lengkap dengan air dan elektrik.

Suku Bateq ini hidup dalam kumpulan keluarga , dalam pondok atau khemah kecil. Bilangan keluarga sekitar 10 keluarga sahaja. Mereka percaya sebagai penjaga tanah dan bukan sebagai pemilik tanah. Mereka hidup pindah randah akibat aktiviti pembalakan dan pembangunan.

Mereka tidak ada pemimpin yang sebenar-benar kerana biasanya orang dewasa dianggap sebagai ketua. Orang dewasa lebih diutamakan.

  1. ^ Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. m/s. 2. ISBN 978-99-716-9861-4.